BAB 3

4.8K 432 35
                                    

Hannah ralit membelek buku-buku di rak. Dia dan Fateh kini berada di Pustaka Rakyat. Kebiasaannya, pada hari minggu, dia akan meluangkan masa seharian bersama Fateh. Hari ini, seawal jam 6 pagi lagi, Fateh beria-ia mengajaknya ke kedai buku. Katanya hendak membeli buku cerita yang baharu kerana bukunya yang sedia ada sudah habis dibaca kesemuanya.

Sejak dari kecil, Hannah telah menerapkan amalan membaca dalam diri Fateh. Dia mahu anak kecil itu membesar dengan ilmu yang penuh di dada. Dia juga mahukan anak kecil itu menguasai banyak perkara. Fateh telah pun berjaya menghafal sifir, malah dia juga sudah reti membaca. Walaupun masih merangkak-rangkak, namun Hannah amat bangga dengan pencapaian Fateh yang baginya amat memberangsangkan untuk budak kecil seusia Fateh. Di rumah juga, dia berkomunikasi dengan Fateh dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris secara seimbang. Banyak juga kosa kata yang telah dikuasai oleh Fateh berkat kegigihan dan kesungguhannya dalam menuntut ilmu.

"Mama, Fateh nak beli buku ni boleh?" Soalnya dengan mata yang bersinar-sinar. Tangannya laju sahaja mengambil buku tersebut.

"Boleh sayang. Tapi Fateh kena janji dengan mama yang Fateh kena habiskan baca buku ni tau." Kata Hannah kepada Fateh.

"Okay, mama. Fateh janji!" Ujar Fateh semangat, siap mengangkat tangan tanda ikrar.

Hannah tertawa kecil kerana terhibur dengan telatah Fateh.

"Good boy." Tangan Hannah mengusap-ngusap kepala anak kecil itu.

"Thank you, mama." Ujarnya sambil tersenyum girang.

"Welcome." Balas Hannah lantas bibirnya turut mengukit senyum.

Hannah menyambung kembali kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Dia kembali membelek-belek novel di rak buku. Jika difikirkan, sudah lama rasanya dia tidak membaca novel. Sewaktu zaman di IPG dahulu, hampir setiap bulan dia akan menghabiskan sekurang-kurangnya sebuah novel. Meskipun tugasan bertimbun, setiap hari penuh dengan assignment, lab report, test dan quiz, namun minatnya dalam membaca tidak menghalangnya untuk berbuat sedemikian. Tetapi, entah mengapa dia tidak lagi membaca novel apabila sudah bekerja. Barangkali dia penat kerana jadual hariannya amat sibuk. Atau mungkin sejak kehadiran Fateh, masa lapangnya telah terisi melayan keletah anak kecil itu.

Tangannya mengambil novel bertajuk 'Hello, Kesayangan' yang dikarang oleh Afiadz. Kulit buku itu berjaya menarik perhatian Hannah, berlatarbelakangkan seorang lelaki yang segak memakai pakaian seragam tentera. Sinopsis di belakang buku itu dibaca. Hannah tersenyum sendiri.

'Sweet and cute, I like!' Getus hati kecilnya.

'Muhammad Farhan Aryan dan Nur Addin. Orang kata jangan benci sangat seseorang itu, mana tahu suatu hari nanti, orang itulah yang akan jadi orang yang paling kita sayang. Tidak disangka perkenalan sejak di bangku sekolah akhirnya berakhir dengan sebuah perkahwinan. Meskipun berbagai-bagai dugaan dan halangan yang melanda mereka sepanjang tempoh perkenalan tersebut, namun mereka mampu menempuhnya bersama-sama sehingga ke akhirnya'.

Tertarik dengan buku itu, Hannah mengambil keputusan untuk membelinya tanpa berfikir panjang.

"Fateh?" Panggil Hannah sambil kepalanya menoleh ke sisi.

Kosong.

Hannah meliarkan matanya ke sekeliling. Kerana terleka, dia tidak sedar bahawa Fateh tidak lagi berada di sampingnya.

"Fateh!" Nama Fateh dilaung berulang kali.

Hatinya berdebar sakan bagai hendak pecah, seakan mahu sahaja dia menangis saat itu juga. Kakinya laju sahaja melangkah dari satu lorong ke satu lorong sambil matanya melilau mencari Fateh.

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now