BAB 46

2.3K 228 15
                                    

MALAM itu, mereka hanya bersantai-santai di dalam bilik hotel. Penat seharian berjalan ke sana ke sini dari pagi. Usai membersihkan diri, Hannah melangkah keluar dari bilik air menuju ke katil dengan bathrobe tersarung di badan. Dilihatnya Rayyan yang sudah pun menyarung baju tidur berbaring di atas katil. Semakin mendekati si suami, dahi Hannah berkerut seribu. Telefon bimbitnya berada di tangan Rayyan. Tak pernah-pernah Rayyan spotcheck telefon bimbitnya. Ada apa-apa yang tidak kena ke?

"Abang, buat apa tu?" Rayyan yang leka menatal skrin telefon bimbit milik Hannah tersentak. Hannah berbaring di sebelah Rayyan sambil merehatkan kepalanya di dada Rayyan yang bidang.

"Terkejut abang. Sayang kut ya pun, bagilah salam dulu." Hampir terlepas telefon di tangannya.

"Abang tengok apa? Tak pernah-pernah abang check telefon saya." Aplikasi Shopee di dalam telefon bimbitnya itu terpapar di skrin.

"Abang dah checkout semua barang yang ada dalam cart sayang."

"Abang, biar betul?" Serta-merta tubuh Hannah tegak. Dia memandang ke arah Rayyan tidak percaya lantas dibalas oleh anggukan oleh Rayyan.

"Kenapa abang nak tipu sayang pula? Tak percaya, cuba tengok ni." Telefon bimbit bertukar tangan dan Hannah lihat semua barang di dalam Shopee cart miliknya sudah pun kosong kerana sudah dibayar.

"Ya Allah, abang..." Tangan ditekup ke mulut.

"Barang dalam cart saya ada beratus-ratus. Harga semuanya RM10000." Tidak cukup nafas Hannah menghabiskan ayatnya. Gila kentang si Rayyan ni? Dahlah ada barang yang merapu dan merepek dia add to cart.

Rayyan mendudukkan badannya berhadapan dengan Hannah. Lutut bertemu lutut. Wajah isterinya yang sudah bersih daripada sebarang alat solek dan kelihatan segar itu ditatap dengan penuh kasih sayang yang membuak-buak. Rambut yang biasanya diikat rapi kini dibiarkan lepas. Jari-jemari mereka bersulaman antara satu sama lain.

"I just want to make you happy, my lady. Money isn't everything. As long as you stay with me, that's more than enough. I want nothing in return. I just need you." Kekura tangan Hannah dicapai lantas dikucup hangat.

"You make me want to cry. You never failed to make me the happiest woman in this world..." Permata jernih bertakung di empangan mata Hannah. Dia mungkin sudah tiada lagi sesiapa di muka bumi ini. Tapi Allah telah hadirkan dia seorang lelaki yang benar-benar mencintai dirinya sepenuh hati.

"Isy, takmolah nangis. Kita datang sini nak happy-happy." Masak benar dengan sifat Hannah yang satu itu. Cengeng, kuat nangis. Tapi apa gunanya dia sebagai suami dan lelaki jika bukan menjadi tempat untuk bersandar.

Jari-jemari Rayyan mengesat air mata yang menodai pipi Hannah. Sampai merah hidung menangis. Comel!

"Sekejap, abang ada sesuatu untuk sayang." Tanpa menunggu balasan daripada Hannah, Rayyan bangkit lalu menuju ke luggage mereka yang terletak di satu sudut. Dibukanya beg itu lalu dia seakan-akan mencari sesuatu. Setelah mendapat apa yang dia inginkan, dia menarik lengan Hannah lalu kaki mereka diatur ke beranda. Mereka berdua sama-sama berdiri menghadap pantai. Suasana pantai di tengah malam gelap tanpa cahaya tapi, cukup untuk memberikan ketenangan buat yang melihatnya. Bayu malam yang dingin dan sejuk menampar-nampar lembut pipi.

Tubuh Hannah dipusingkan agar menghadapnya. Hadiah yang sedari tadi disorokkan di belakang badan kini disuakan kepada Hannah. Mulut Hannah terlopong sesaat apabila melihat hadiah pemberian Rayyan. Beg kertas yang berwarna ungu bertali putih dengan tulis 'Habib' tertera di atasnya lantas disambut oleh Hannah.

"Sejak kita berkahwin, abang tak pernah hadiahkan apa-apa untuk sayang. Jadi hadiah ini dan juga barang-barang Shopee sayang yang abang checkout tadi adalah sempena hadiah berbulan madu kita." Gila seronok! Hadiah berbulan madu pun ada. Selepas ini, bolehlah dia tuntut setiap tahun. Hadiah anniversary, hadiah honeymoon, hadiah birthday. Oh, ya! Mungkin dia patut minta Rayyan hadiah sebab jadi seorang isteri yang mithali dan solehah?

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now