BAB 8

3.8K 337 19
                                    

"Haven't I told you before, I am your guardian angel. Still remember me, young lady?" Lelaki itu mendekatkan bibirnya ke sebelah telinga Hannah dan membisikkan sesuatu. Wajah beku itu mengukir senyum segaris menampakkan lesung pipit yang menghiasi kedua-dua belah pipinya.

Mata hazel itu mengunci mata Hannah. Adrenalin menghentam pembuluh darah, rentak sistolik jantung menjadi tidak sekata. Rama-rama di dalam perut Hannah mula berterbangan.

Hannah rasa mahu pengsan!

"Boleh bangun?" Soal Danial.

Hannah yang seperti baru tersedar dari angan-angannya cuba bangun, namun dia terduduk kembali. Hannah geleng kepala. Empangan matanya mula dipenuhi disebabkan oleh sakit yang menyengat buku lalinya. Cengeng betul!

Cubaan Hannah untuk bangun terhenti apabila satu tangan kekar memautnya, membantu dia untuk berdiri. Hannah hanya mengikut. Namun, dia tidak berdaya dan akhirnya jatuh sekali lagi.

"Kaki kau terseliuh ni, bengkak sangat. Kalau jalan nanti makin teruk." Danial tunduk lalu memerhatikan kedua-dua belah kaki Hannah. Kakinya mempunyai kesan biru akibat bengkak.

Hannah angguk mengiyakan. Suaranya serak jika dia bersuara. Prihatin sungguh lelaki itu terhadap dia.

"Izinkan aku..." Danial lantas mencempung tubuh Hannah.

"Ahh!" Hannah terjerit kecil kerana terkejut.

"Shhh. Nanti orang kata aku ni pervert pula." Tegas lelaki itu memberi amaran.

Fateh turut ikut bersama, sambil tangannya mencengkam erat hujung baju T-shirt yang dipakai oleh Danial. Lelaki itu membawa dia dengan berhati-hati ke kereta milik Hannah. Hannah tergamam dengan tindakan Danial namun dia hanya diam tanpa sebarang kata. Dia sedar lelaki itu bukan mahu ambil kesempatan, namun keadaan dirinya yang langsung tidak boleh berjalan menyebabkan lelaki itu terpaksa mencempungnya.

Bauan wood dan earth mencucuk rongga hidung Hannah menandakan kedudukan mereka sangat dekat. Wangian itu sungguh mendamaikan, membuatkan dia sedikit terbuai.

Tangan Hannah melekap pada dada lelaki itu. Rentaknya laju tidak sekata. Sama seperti rentak jantung Hannah yang bergendang tanpa tempo.

"Keep your hands off me." Tegas.

Segera Hannah menjauhkan tangannya.



USAI BERJUMPA DOKTOR dan diberikan ubat tahan sakit dan surut bengkak, Danial menghantar Hannah pulang. Sepanjang perjalanan, Fateh sudah tertidur kerana keletihan. Dia tidak banyak bercakap mahupun bertanya, mungkin dia juga masih terkejut dengan apa yang terjadi, sama seperti Hannah. Tapi mujur Mr. Black merangkap Danial muncul untuk menjadi penyelamatnya untuk yang ke berapa kali.

Pertembungan pertama di hadapan sebuah banglo usang, diikuti dengan peristiwa di kedai buku dan sehinggalah takdir menemukan mereka kembali pada malam ini.

Hannah menelek wajah lelaki di sebelahnya, dia dapat merasakan bahawa lelaki itu mempunyai kacukan Arab. Alis matanya yang lentik, hidung yang mancung, kening yang tebal dan hitam, bibirnya yang merah menandakan dia tidak merokok dan akhirnya mata Hannah jatuh pada sepasang mata Hazel yang tajam itu. Oh Tuhan, mengapa makhluk ciptaan-Mu ini terlalu indah?

Benarlah firasat dia selama ini. Orang yang sering menyelamatkan dia selama ini adalah Mr. Black.

Lama mata Hannah merenung sepasang mata hazel yang fokus memandang ke hadapan. Tiba-tiba sepasang hazel itu tajam menikam mata Hannah.

"Done checking me out?" Lelaki itu senyum sinis.

Alamak, kantoi! Hannah tertunduk malu. Pipinya berbahang kerana tertangkap merenung anak teruna orang.

"Sexy ke aku ni?"

Hah? Hannah blank!

Sepi.

"Boleh saya tanya sesuatu?" Banyak persoalan yang muncul di kepala Hannah. Mulutnya laju sahaja ingin menyoal sedari tadi, tidak dia endah akan suasana sepi yang menyelubungi mereka.

Danial diam. Setelah tiga kali pertemuan dengan seorang makhluk Tuhan ini, dia sudah dapat agak bahawa lelaki ini seorang yang beku dan dingin. Kata-kata yang keluar dari mulutnya tajam dan sinis tetapi apa yang dikatakan itu benar-benar belaka. Muka handsome tapi sombong!

"Niall..." Seperti selalu, Hannah tidak kisah dengan kedinginan yang ditunjukkan lelaki itu.

Danial masih diam dan tumpuannya masih pada jalan raya. Sedikit pun dia tak endah dengan panggilan Hannah.

'Kau beku, ya? Mari sini aku cairkan dengan kehangatan aku. Muahahahaha.' Getus Hannahh dalam hati.

Dia seorang yang peramah dan banyak cakap. Dengan sesiapa pun dia boleh aje masuk tanpa kekok. Sifatnya yang periang yang sedari kecil menyenangkan sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya. Jadi, tak mustahil untuk dia runtuhkan ego lelaki itu dan pecahkan tembok antara mereka.

Meskipun Hannah masih belum kenal lelaki itu, namun pertemuan mereka sebanyak 3 kali seperti menghantar makna sesuatu. Hannah sendiri tertanya takdir apakah yang telah dicaturkan oleh Tuhan untuknya.

"Niall..." Panggil Hannah sekali lagi.

"Tanya je lah." Suaranya datar.

"Kenapa waktu kita jumpa dekat kedai buku tu, awak buat-buat tak kenal saya? Lepastu kenapa setiap kali kita perlu berjumpa dalam keadaan yang berbahaya dan mencemaskan? Dan macam mana awak selalu muncul setiap kali saya dalam keadaan bahaya? Awak stalk saya eh?" Bertalu-talu soalan keluar dari bibir kecil Hannah. Di penghujung ayatnya, Hannah serkap jarang.

"Do you really need an answer?" Soal Danial.

"Yes." Hannah anguk laju. Dia sangat-sangat perlukan jawapan untuk mencatum puzzle yang berterabur di dalam kepalanya itu.

"I have no answer at all."

Itu je jawapan dia? Hannah sudah naik bengang. Nasiblah dia fikirkan kakinya yang sakit itu, kalau tak sudah lama dihentak ke lantai kereta tanda protes. Sebentar tadi dia dapat rasakan bahawa lelaki itu prihatin dan baik kerana menolong, tapi sekarang dia nak tarik balik kata-katanya sebentar tadi. Geram betul!

"But for your last question, no."

"Hmmmm. Okay..." Hannah juga sudah mati kutu.

Masing-masing berdiam diri. 

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now