BAB 47

2.2K 210 13
                                    

KEESOKAN paginya, masing-masing terlewat bangun. Kalau ikutkan perancangan asal, mereka akan keluar berjalan seawal jam lapan pagi. Tapi disebabkan rasa penat dan mengantuk, pukul sepuluh pagi barulah mereka keluar untuk bersarapan. Padah tidur tak hengat dunia!

Pagi itu, mereka sekadar mengisi perut dengan roti canai. Rayyan kata tak nak makan berat, tapi dia bantai makan roti canai sampai 5 keping! Hannah hanya mampu melihat dan menggeleng kepala. Mujur perutnya tak boroi dan kekal kacak, kalau tak Hannah tak mahu mengaku Rayyan itu laki dia.

Usai bersarapan, mereka menuju ke Makam Mahsuri. Pada pandangan Hannah, kisah Mahsuri sangat tragis dan unik. Jika ditanya sesiapa pun, semua orang pasti tahu kisah yang menyayat hati yang menimpa Mahsuri. 

Berdekatan dengan makan Mahsuri, terdapat satu papan yang tertulis sejarah ringkas hidup Mahsuri.

Dikatakan bahawa Mahsuri ialah seorang gadis yang sangat cantik dan rupawan, lahir di Pulau Langkawi. Apabila meningkat dewasa, Mahsuri berkahwin dengan Wan Derus. Mereka hidup berbahagia. Suatu ketika, Mahsuri ditinggalkan kerana Wan Derus perlu keluar negeri untuk melawan tentera Siam. Saat ketiadaan Wan Derus, Mahsuri telah difitnah serta dibunuh kerana dituduh berdua-duaan dengan seorang penyair yang bernama Deramang.

Saat Mahsuri dibunuh, diceritakan bahawa darah yang memancut keluar dari badan Mahsuri berwarna putih. Ini membuktikan bahawa dia tidak bersalah dan difitnah. Akhirnya, Mahsuri menyumpah Pulau Langkawi supaya menjadi padang jarang dan padang tekukur. Bumi Langkawi tidak akan subur dan aman sehingga tujuh keturunan beliau.

Begitulah, doa orang yang teraniaya pasti akan dimakbulkan. Allah Maha Adil. Setiap apa yang kita lakukan di dunia ini pasti akan dihukum. Yang baik mahupun yang jahat. Satu pun tak akan terlepas daripada pengetahuan Dia.

Selesai melawat makam Mahsuri, mereka pergi ke Dataran Lang. Di tengah-tengah dataran itu, terdapat satu arca burung helang gergasi sebagai tarikan utama di situ dengan tulisan ‘Langkawi’ di hadapan arca itu. 

Dikatakan burung helang ada kaitan dengan Langkawi. Mengikut bahasa Melayu klasik, lang’ datang daripada perkataan ‘helang’ dan ‘kawi’ pula dimaksudkan perang yang kemerahan. Jadi, Langkawi merupakan simbolik burung helang yang berwarna perang kemerahan. Tetapi ada teori yang mengatakan bahawa perkataan Langkawi lahir daripada hasil  gabungan dua perkataan Sanskrit. ‘Langka’ bermaksud keindahan dan ‘wi’ pula membawa maksud tidak terkira.

Di sana, ramai pelancong asing yang dating dari pelbagai negara. Mereka sempat juga berkenalan dengan seorang pelancong yang datang dari Negara Eropah bernama Edric. Dia menawarkan dirinya untuk menangkap gambar Rayyan dan Hannah di hadapan arca helang itu. Sebagai balasan, Rayyan juga turut menangkap gambar Edric yang datang berseorangan. Kata Edric, dia pertama kali menjejakkan kaki di Malaysia, tapi hatinya sudah jatuh cinta. Juadah makanan di Malaysia sangat pelbagai. Dengan keramahan rakyat Malaysia yang tidak segan silu menghulur pertolongan, dia tidak rasa seperti berada di negara asing. Tarikan menarik juga ada banyak. 

Edric juga memberitahu yang sudah sebulan dia berada di Malaysia dan hampir kesemua negeri dia telah pergi. Hannah agak kagum dengan Edric. Dia sendiri belum sempat menjelajah semua negeri di dalam Malaysia. Contohnya, dia tidak pernah menjejakkan kaki di Sarawa bumi Kenyalang.

Sesudah itu, Rayyan sempat bertukar-tukar nombor dengan Edric. Dia menyuruh Hannah dan Rayyan menghubunginya apabila sampai ke sana kerana dia ingin memperkenalkan mereka pada negaranya pula.

Setelah berkeping-keping gambar diambil, akhirnya mereka bergerak pula ke Kedai Coklat Haji Ismail Group (HiG). Rugilah kepada sesiapa yang datang ke Pulau Langkawi, tapi tidak memborong coklat. Langkawi dikenali sebagai Pulau Bebas Cukai. Barang dan makanan yang dijual jauh lebih murah berbanding di tempat lain.

Dengan perasaan teruja, Hannah menarik tangan Rayyan. Bagi perempuan lain, mungkin shopping pakaian atau perkakas dapur akan membahagiakan mereka. Tetapi untuk Hannah, coklat sudah cukup untuk membuatkan dia berasa seperti di awang-awangan. Kecintaannya terhadap makanan manis itu sangat mendalam.

Saat kaki melangkah masuk ke dalam kedai coklat, Hannah menjadi rambang mata. Terlepas pegangan tangan yang bertaut mesra dengan jari-jemari Rayyan. Dari satu lorong ke satu Lorong, dia masuk. Nampak sahaja coklat yang dia suka, terus dicapai dan dimasukkan ke dalam bakul. Dia tidak kisah perhabis duit pada coklat. Kalau bukan duit dia yang habis, duit Rayyan akan jadi mangsa.

“Nampak coklat terus ditinggalnya abang dekat belakang.” Suara garau Rayyan mengetuk cecair di dalam koklea Hannah. Dia perhati je Hannah dari tadi yang seperti berada di dalam dunianya sendiri. Seronok sangat.

Terhenti pergerakan Hannah untuk mengambil coklat Kinder Bueno yang tersusun elok di rak. Dipandang Rayyan yang berada di sebelah lalu menayang sengih, “Sorry, abang.”

Mata Rayyan menyorot ke arah bakul yang berada di dalam pegangan Hannah yang sudah penuh dengan berbagai-bagai jenis coklat, “Tak cukup lagi ke sayang?”

Hannah menggeleng, “Separuh untuk saya. Yang lain saya nak kasi bonda, ayahanda, Rai, Fateh… Anak kita tu hantu coklat macam saya juga tau.” 

Kepala Rayyan tergeleng-geleng kecil. Apa-apa jelah, asalkan Hannah bahagia. Soal duit, dia langsung tidak berkira, “Sini abang pegangkan.” Diambil bakul pada Hannah.

“Okey, abang. Terim kasih. Saya nak pergi ambil lagi satu bakul. Tak muat pula.” Kata-kata yang keluar dari mulut Hannah membuatkan mata Rayyan terbuntang luas.

“Ya Allah, sayang. Tak cukup lagi ke?” Riak terkejut terpampang di wajah Rayyan.

“Ala, bukan selalu pun abang.” Tanpa menanti balasan daripada Rayyan, segera Hannah melangkah ke arah timbunan bakul yang ditindih banyak-banyak. Lalu dia meneruskan misinya untuk borong coklat.

Akhirnya, Rayyan hanya membuntuti langkah Hannah tanpa sebarang kata. Nanti risau muncung di bibir isterinya itu panjang sampai boleh sangkut hanger.

Habis sahaja shopping, mereka pulang ke hotel untuk seketika untuk menunaikan solat Zohor dan menukar pakaian. Petang itu, mereka akan melakukan aktiviti Island hoping. Mereka naik bot ke Tasik Dayang Bunting dan juga Pulau Beras Basah. Sambil menikmati keindahan alam, sambal itu mereka bermandi-manda. 

Hari itu berlalu dengan begitu pantas. Meskipun badan keletihan, tapi masing-masing berasa puas. Dapatlah melupakan tekanan dan bebanan kerja untuk seketika sambal merehatkan minda. Apa yang pasti, suasana tenang di sana jauh berbeza dengan suasana di Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk.

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now