BAB 34

2.3K 240 20
                                    

HANNAH memarkirkan kereta di rumah agam milik keluarganya. Ada 2 biji kereta di perkarangan rumah tetapi dia tidak tahu milik siapa, mungkin milik daddynya. Lagipun sudah 4 tahun dia tidak pulang ke rumah ini, jadi logik jika banyak perubahan di rumah ini. Hari ini dia bertekad untuk bertemu dengan daddynya. Meskipun rasa ralat di hati masih belum hilang, meskipun kemaafan yang dipinta masih belum diberi, dia ingin bertentang mata dengan daddynya dan menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga. Dia masih ada kunci rumah agam tersebut. Dipulas pintu rumah namun tidak berkunci. Melangkah masuk ke rumah, segala memori terimbas di ingatan. Kenangan 4 tahun lalu yang tidak mahu dia ingat kembali semula.

"Adik pilih, daddy atau budak kecil itu." Tengku Akbar memandang marah ke arah Hannah yang sedang memeluk Fateh. Dia terduduk di atas lantai. Sampai hati daddy buatnya begini.

"Ini cucu daddy juga. Kenapa daddy perlu buat dia macam ini? Kakak baru sahaja meninggal dunia. Daddy tak ada perasaan langsung ke?" Air mata keluar mencurah-curah sedari tadi. Fateh yang baru usia setahun diam sahaja dalam pelukan Hannah, langsung tidak mengerti apa-apa.

"Kakak membelakangkan daddy. Dia kahwin tanpa beritahu daddy, entah anak dia sah taraf atau tidak. Penat daddy hantar belajar jauh-jauh, ini balasan dia kepada daddy. Daddy kecewa." Pelipis yang berdenyut-denyut diurut perlahan.

"Astaghfirullahalazim, daddy. Istighfar. Kakak beritahu yang dia sudah berkahwin, jadi anak ini sah taraf. Sudahlah daddy, kakak pun dah tiada. Tinggal kita bertiga sahaja. Kalau daddy suruh adik pilih, adik pilih daddy dan juga Fateh. Dua-dua darah daging adik," terang Hannah.

"Kakak tak bawa balik pun lelaki itu, adik. Entah betul sudah berkahwin atau tidak. Sekali lagi, daddy atau Fateh?" Soalan diajukan sekali lagi.

"Daddy tolonglah," rayu Hannah. Mengapa hati daddy begitu keras? Ya, memang kakaknya tersilap langkah sebab membelakangkan keluarga, tapi sekurang-kurangnya dia tidak berzina.

"Jawab adik," desak Tengku Akbar.

"Adik pilih Fateh," jawab Hannah tanpa ragu. Fateh baru sahaja berusia setahun. Jika tiada siapa yang menjaganya, ke mana dia harus pergi? Rumah anak yatim? Hannah tidak tergamak membiarkan anak buahnya diperlakukan sebegitu.

"Kalau begitu, daddy tak nak tengok kamu berdua dalam rumah ini lagi dah." Tengku Akbar memalingkan wajahnya. Egonya setinggi langit.

"Daddy!" teriak Hannah. Bersama tangisan, dia mencium ubun-ubun Fateh. Dia kenal daddy, jika dia kata hitam maka hitamlah jadinya. Fateh, mama akan jaga sayang.

"Hannah keluar dari rumah ini dan jangan jejak kaki ke sini lagi. Hannah bukan lagi anak daddy dan budak kecil itu bukan cucu daddy," ujar Tengku Akbar lantas dia berlalu tanpa berpaling lagi.

"Daddy." Suara Hannah semakin perlahan dan dia tenggelam dalam tangisan. Fateh dipeluk dengan erat untuk mendapatkan kekuatan. Ujian apakah ini ya Allah? Aku sudah kehilangan mummy, aku juga baru kehilangan kakak dan sekarang ini aku kehilangan daddy pula.

Hannah kembali ke alam realiti dan tanpa sedar air mata mengalir di pipinya. Hannah mengelap permata jernih yang mengalir lalu menarik nafas sedalam yang mungkin. Serasa ingin sahaja dia berpatah balik, namun dia sudah bertekad untuk meminta restu daripada daddy. Dia tidak akan membelakangi daddy, walau apa pun daddy masih darah dagingnya dan walinya yang sah. Sekurang-kurangnya hati kecilnya masih mahukan daddy menjadi walinya saat hari penikahan bersama Rayyan nanti.

Kakinya melangkah menuju ke tingkat paling atas yang menempatkan bilik mereka sekeluarga. Dia menuju ke bilik tidur daddy dan arwah mummy. Saat pintu terbuka, bilik itu kosong. Kemudian dia meneruskan langkah ke bilik kerja daddynya di bawah sebab tempat itulah yang sering daddy diami selain bilik tidur.

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now