BAB 11

3.6K 336 18
                                    

MUHAMMAD AL FATEH ditempatkan di wad. Setelah menjalani ujian darah dan beberapa prosedur yang lain, dia disahkan menghidapi demam denggi. Kemungkinan dia akan ditahan di wad selama beberapa hari atau mungkin cecah seminggu dua, bergantung pada tahap kesihatan. Antara tanda-tanda seseorang menghidapi demam denggi adalah demam panas, ruam merah pada kulit, cirit-birit, sakit perut, sakit sendi dan badan lemah. Banyak lagi tanda-tandanya, namun ini yang dialami oleh Fateh. Mujur dapat dikesan awal sebelum sakitnya melarat. Sakit bukan boleh dibuat main. Makin dibiar, makin teruk jadinya. Jika terdapat tanda-tanda awal, pergi jumpa doktor dengan segera. Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Di ruang wad itu, terdapat dua katil. Katil sebelah masih kosong tidak berpenghuni. Hannah merehatkan kepala dengan berbantalkan lengan di kepala katil, setia menemani Fateh sehingga ke saat ini. Jam tangan dikerling, pukul 5 pagi. Tidak hairan mata hampir sahaja terkatup sedari tadi. Sepanjang malam langsung tidak dapat melelapkan mata akibat rasa panik dan risau dengan kejadian yang menimpa. Manakan tidak, buah hati pengarang jantung jatuh sakit, mustahil sekali dapat tidur dengan aman dan tenang. Sedaya upaya ditahan rasa kantuk, risau Fateh tersedar dan merengek.

Kelopak mata semakin lama semakin berat. Dicubit lengan supaya badan kembali segar. Bertahan untuk 10 saat sahaja, kemudian mata mula buat hal balik. Dalam kepayahan menahan kantuk, sepasang matanya tertancap di suatu sudut. Mr. Black yang sedang duduk di sofa dengan gaya santai dengan mata yang tidak lepas daripada membelek telefon pintarnya. Dia langsung tidak berganjak dari sofa sedari tadi. Disuruh pulang, dia hanya diam, enggan barangkali. Sukar untuk ditebak riak lelaki itu, inikan pula untuk membaca apa yang terselindung di sebalik tembok hatinya.

Walau bagaimanapun, Hannah tetap memanjatkan rasa syukur. Mujur ada Rayyan, jika tidak, dia sudah tentu menangis sepanjang malam mengenangkan nasib yang menimpa diri. Begitulah perempuan, hati lembut bak tisu. Jika gembira, dia menangis. Jika sedih, dia juga menangis. Saat buntu dan runsing, air mata jugalah yang menjadi peneman. Air mata begitu sinonim dengan wanita. Namun, itu bukan lambang wanita itu lemah. Sejujurnya dengan menangis, hati menjadi lebih lega. Bukanlah masalah itu berlalu pergi dibawa air mata, namun beban yang ditanggung serba sedikit berkurang. Dia tidak punya sesiapa, jadi air mata seringkali menemaninya.

Itu sekadar teori Hannah sahaja. Tiada mana-mana kajian saintifik yang membuktikan perkara tersebut. Ada orang menggembirakan hati sendiri dengan makan, sesetengah orang mencari ketenangan dengan 'me time' dan ada juga segelintir yang mencari seseorang yang rapat untuk dijadikan tempat meluah masalah. Semua itu bergantung kepada individu. Gunalah cara apa sekali pun mengikut keselesaan diri sendiri.

Setiap masalah pasti akan ada penyelesaiannya. Setiap jalan, pasti ketemu pintu di penghujungnya. Bezanya, sama ada cepat atau lambat, itu sahaja.

Walau apa pun, berbalik lah kepada Tuhan yang Maha Pencipta. Apabila dikatakan Kun Fayakun, "jadilah, lalu terjadilah." Dia turunkan ujian, Dia jugalah yang akan beri penawar. Ujian yang diberi untuk menguatkan dan menguji keimanan hamba-Nya. Sesiapa yang dapat melaluinya dengan sabar, sudah tentu akan ada ganjaran buatnya. Sekiranya bukan di dunia, di alam akhirat sana bakal menanti.

Dalam ralit bermuhasabah diri, akhirnya matanya terpejam rapat. Rasa mengantuk semakin menguasai, ditambah dengan badan yang lesu bersama pakej kaki yang semakin berdenyut kuat, akhirnya dia tewas.



"HANNAH... HANNAH..." Sayup-sayup dia mendengar orang memanggil-manggil namanya. Terpisat-pisat dia membuka mata, otak masih mencerna keberadaannya saat ini. Diperhatikan sekeliling, semuanya serba putih. Oh, baru dia ingat dia berada di hospital sekarang!

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now