BAB 44

2.5K 236 11
                                    

SEJAK kaki Hannah mulai baik, dia bosan duduk di rumah. Fateh akan berada di tadika sehingga ke petang. Ibu dan bapa mertuanya juga selalu tiada di rumah. Maklumlah, sudah tua-tua begini, berjalan sahajalah kerja mereka. Rai pula selalu sibuk di butik miliknya. Jadi rumah itu selalunya tinggal pembantu rumah sahaja. Cuti sakitnya yang berbaki pula masih ada lagi dua minggu. Jadi Hannah memutuskan untuk mengacau Rayyan di pejabat pada hari itu.

Hannah melangkah ke bangunan Ghazali Holding Sdn. Bhd. milik Syed Ghazali yang kini diwarisi oleh Syed Rayyan Danial yang berdiri dengan gah di hadapan Hannah kini. Kakinya menuju ke tingkat 11 di mana terletaknya pejabat Rayyan. Inilah kali pertama di menjejakkan kaki ke situ.

Keluar sahaja dari lif, Hannah mengorak langkah ke wing kanan, di mana pejabat CEO terletak di situ. Dia tidak memberitahu Rayyan bahawa dia hendak ke situ. Di tangan kanannya, tali beg yang berisi bekal makanan untuk Rayyan digenggam kemas. Dia masakkan makanan istimewa untuk Rayyan.

"Puan cari siapa, ya?" Seorang lelaki muda yang berpakaian segak dalam kemejanya menegur Hannah saat Hannah melintasi satu meja. Lelaki itu memakai tag nama setiausaha. Akmal namaya.

"Rayyan ada dekat dalam?" soal Hannah. Hannah ingatkan pembantu peribadi Rayyan ialah seorang wanita. Tetapi tekaannya silap.

"Tuan ada di dalam bilik. Tapi puan kena buat temu janji terlebih dahulu sebab tuan selalunya sibuk," kata Akmal. Ketinggian Akmal yang tinggi daripada Hannah membuatkan dia terpaksa mendongakkan kepala. Logik sahaja jika pekerja-pekerja tidak tahu bahawa dia merupakan isteri Rayyan kerana sejak mereka berkahwin, dia tidak pernah datang ke syarikat ini. Lagipun, majlis akad nikah mereka hari itu hanya dihadiri oleh sahabat handai dan ahli keluarga terdekat sahaja.

"Tak apa. Saya rasa dia tak akan marah kalau saya kacau dia." Hannah menarik senyum.

"Eh, tapi—" Belum sempat Akmal menghalang, Hannah terlebih dahulu masuk ke dalam pejabat Rayyan dan cepat-cepat ditutup pintu lantas dikunci.

Dari luar, Akmal mengetuk-ngetuk pintu. Risau jika kehadiran wanita itu mengganggu bosnya. Bosnya itu tidak suka waktu kerjanya diganggu sesuka hati. Orangnya sangat teratur.

Rayyan yang berada di meja kerjanya mengadah kepala. Fokusnya pada kerja sedikit terganggu apabila pintu pejabatnya ditutup dengan kuat.

"Sayang," panggil Rayyan. Dia bingkas bangun daripada duduk lantas berjalan mendekati Hannah. Senyuman lahir di bibirnya yang merah. Tak pernah-pernah Hannah datang ke pejabatnya.

Hannah menjauhkan dirinya dari pintu apabila Rayyan hendak membukanya. Ketukan dari pintu sedari tadi terhenti apabila wajah Rayyan muncul. Dibuka pintu dengan lebih luas.

"Akmal, ini isteri saya. Tengku Hannah Medina." Rayyan memperkenalkan Hannah di hadapan pekerjanya.

"Ini pula Akmal, PA abang." Renungan Rayyan jatuh kepada Hannah. Hannah sekadar tersenyum lantas menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat.

"Saya minta maaf, tuan, puan. Saya tak tahu." Pekerja di hadapan mereka itu menundukkan badan tanda meminta maaf.

"Tak apa, Akmal. Awak boleh sambung kerja." Setelah diberi izin, Akmal beredar dari situ.

Lantas Rayyan menutup pintu dan ditolak Hannah rapat ke belakang pintu. Kedua-dua belah tangan dilekapkan pada pintu, mengepung Hannah agar dia tidak bergerak ke mana-mana. Dia tersenyum nakal.

Pandangan mereka bersatu, menghalirkan rasa hangat yang mampu membuatkan jantung berdegup dengan kencang. Rayyan merapatkan kedudukan mereka sehingga pucuk hidung mereka bersatu.

"A—"

"Abang—" Hannah meletakkan sebelah tangannya di dada Rayyan. Menolak Rayyan yang semakin mendekat tapi sedikit pun lelaki itu tak berganjak. Apabila Rayyan bersikap terlebih romantik, dia yang menjadi tidak tentu arah.

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now