BAB 38

2.3K 236 7
                                    

Sebelah tangan memegang dulang yang berisi bubur panas bersama ayam yang telah diracik-racik kecil manakala sebelah tangannya lagi memegang tangan Fateh. Mereka berdua berjalan beriringan ke bilik Hannah. Asap tipis keluar daripada bubur yang baru sahaja dia masakkan untuk Hannah, khas untuk wanita kesayangannya.

"Assalamualaikum." Salam diberi dan tudung diketuk terlebih dahulu sebelum mereka melangkah masuk. Kelihatan Hannah bersandar ke kepala katil sambil menonton televisyen. Hannah masih menjadi dirinya di mana dia tetap tidak mengabaikan auratnya di hadapan Rayyan. Apabila ada yang mengetuk biliknya untuk masuk, cepat-cepat dia mencapai dan menyarung tudung yang memang sentiasa dia sebelahnya.

Salam dijawab di dalam hati. Matanya jatuh ke wajah Fateh dan Rayyan yang kini berada di sebelahnya sebelum fokusnya kembali ke arah televisyen.

"Saya ada bawakan makanan untuk awak. Awak pernah beritahu saya yang awak suka makan bubur ayam kan? Ini saya sudah masakkan," Rayyan menghulurkan mangkuk berisi bubur kepada Hannah tetapi masih tak disambut.

Fateh hanya diam memerhati. Tengku Hannah langsung tidak menegur dirinya seperti selalu. Adakah dia sudah tidak lagi disayangi?

"Hannah, mari makan. Awak tak makan lagi hari ini." Rayyan meneruskan cubaan untuk memujuk. Susah benar Hannah hendak menelan makanan sekarang. Tapi dia risau jika dia terlalu memaksa, Hannah menjadi tidak selesa. Dia tidak mahu perkara itu berlaku.

"Mama, meh sini Fateh suap." Mangkuk di tangan Rayyan dicapai lalu Fateh duduk betul-betul di sebelah Hannah. Sudu dihulurkan kepada Hannah.

"Mama," panggil Fateh lagi apabila tiada balasan daripada Hannah.

"Mama, jomlah makan. Mama selalu suap Fateh waktu Fateh sakit. Sekarang bagi Fateh pula suap mama. Aaaa buka mulut." Sekali lagi disuakan sudu di hadapan mulut Hannah.

Perlahan-lahan Hannah membuka mulutnya dan mula mengunyah bubur ayam. Sedapnya Rayyan masak! Kedua-dua Rayyan dan Fateh mengukir senyum gembira.

"Mama nak lagi?" soal Fateh setelah Hannah menerima beberapa suap makanan. Ini sudah cukup baik. Selalunya Hanah makan satu dua suap sahaja. Itu pun sekadar mahu mengisi perut yang kosong sahaja.

Hannah menggeleng.

Fateh meletakkan mangkuk bubur ke tepi lalu dipeluk Hannah dengan berhati-hati. Risau Hannah sakit kerana kesan luka daripada kemalangan, "I miss you mama."

"I miss you a lot." Baju Hannah basah dengan air mata Fateh. Sedikit sebanyak jiwanya agak tersentuh. Sudah lama rasanya dia tidak bermanja dengan anak buahnya itu kerana terlalu bersedih dengan pemergian Tengku Akbar.

Rayyan menggosok perlahan-lahan belakang Fateh apabila Hannah tidak memberi sebarang riak. Mereka berdua bertentangan mata buat seketika dan mata Hannah merah berkaca.

"We are always here for you, my lady." Bisik Rayyan di dalam hati dan mengharapkan Hannah memahami apa yang tersirat melalui pandangan mata.

Hannah mengangguk dan bibirnya senyum segaris.

"Mama, can I sleep with you tonight?" soal Fateh takut-takut.

Hannah diam.

"Mama can I?" soal Fateh lagi. Dia memandang Hannah yang langsung tidak berpaling kepadanya walaupun sedikit pun.

Gelengan Hannah menghampakan Fateh. Dadanya dihimpit rasa sebak dan dia serasa ingin menangis semahu-mahunya.

"Fateh, mama penat. Lain kali Fateh tidur dengan mama, boleh? Mama nak rehat," pujuk Rayyan apabila melihat raut wajah Fateh berubah. Dia faham bahawa Hannah perlukan masa.

"Mama don't love me anymore." Fateh mengesat air mata yang mengalir di pipi. Apa salah yang dia buat sehingga Hannah melayannya sebegitu?

"Bukan Fateh. Mama penat. Kita bagi mama rehat ya?" Bahu Fateh dipeluk oleh Rayyan. Ya Allah, kuatkanlah mereka untuk menghadapi segala ujian ini.

Hannah terpaksa menguatkan hatinya. Serasa ingin sahaja dia peluk Fateh saat itu tetapi dia tidak mahu Fateh melihat sisi lemahnya. Setiap malam dia akan menangis kerana mengenangkan segala yang menimpa dirinya jadi dia tidak mahu Fateh turut bersedih melihat keadaannya. Bukan dia mahu bertindak kejam tetapi dia perlukan masa untuk dirinya sendiri bagi menerima segala takdir yang Allah telah tentukan untuknya. Dia lemah saat ini. Saban hari dia menangis tanpa henti.

"Saya tidur dulu," kata Hannah sebelum dia bersusah payah untuk baring. Rayyan pantas sahaja membantu Hannah menyelimutkan dirinya dan Hannah terus sahaja menutup seluruh tubuhnya. Air mata yang ditahan sedari tadi jatuh juga. Ditekup mulutnya agar tangisannya tidak kedengaran.

"Mama dah tak sayang Fateh." Dia mengongoi kerana sangat sedih. Teresak-esak dia menangis dalam pelukan Rayyan.

"Sleep well, Hannah. Don't worry, I will handle this for you. Te amo, my lady. Assalamualaikum." Rayyan mendukung Fateh lalu dibawanya Fateh keluar dari bilik tersebut. Dia memujuk-mujuk Fateh supaya berhenti menangis. Melihat Fateh dan Hannah menangis, dadanya turut dihimpit rasa sebak. Jika dia boleh menggantikan kesedihan yang dialami oleh kedua-dua insan yang dia sayang, sudah lama dia melakukan perkara tersebut. 


Jemput baca story Kak Fi yang satu lagi, Misi Memikat Tuan Syed. Boleh tekan profile untuk baca.

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now