BAB 4

4.4K 396 26
                                    

SEORANG LELAKI berjalan dengan pantas keluar dari sebuah kedai, gayanya seperti dikejar seseorang. Dia memboloskan dirinya ke dalam kereta dengan kadar segera. Nafas berat yang tertahan sedari tadi dihembus lega. Stereng kereta digenggam erat seakan tidak mahu lepas.

"Fuh, nasib baik..." Katanya seorang diri.

Hampir sahaja identiti yang telah dirahsiakan sejak sekian lama terbongkar. Kuatnya ingatan wanita itu. Bagaimana wanita itu dapat mengecamnya dengan begitu mudah.

Hatinya gusar. Risau sekiranya wanita itu dapat mengesyak sesuatu.

'Mr. Black'

Jelas di pendengarannya bahawa wanita itu memanggilnya sedemikian sebentar tadi. Mengapa wanita itu meletakkan gelaran sebegitu kepadanya? Adakah kerana kulitnya? Namun, kulitnya berwarna cerah. Sekiranya ingin menggambarkan matanya pula, dia mempunyai iris mata berwarna hazel. Oh! Atau mungkin kerana alis matanya yang hitam dan keningnya yang tebal dan lebat.

"Aduh, apa aku merepek ni..." Dia mengeluh sendiri. Entah mengapa hanya kerana satu gelaran itu, telah berjaya membuatkan dia berfikir jauh.

"Okay, papa. Bye!" Suara Fateh yang didengarnya terngiang-ngiang.

"Papa? Aku tak kahwin lagi kot. Muka aku nampak macam bapak orang ke? Handsome, baby face, single. Dah kenapa tiba-tiba budak tu panggil aku papa?" Bebel lelaki itu seorang diri.

Air tin Milo yang sedia ada di dalam kereta dicapai segera lantas diteguk setelah membaca Bismillah. Tekaknya yang kering harus dibasahkan.

Sedang dia menikmati air itu, matanya dapat melihat dengan jelas seorang wanita dan budak lelaki yang baru dijumpainya sebentar tadi berjalan keluar dari kedai Pustaka Rakyat. Wanita itu menjinjing plastik yang berisi buku di tangan kananya, manakala tangan kirinya menggenggam erat tangan budak lelaki itu. Dia menyoroti langkah mereka sehingga mereka selamat masuk ke dalam kereta. Lelaki itu yakin bahawa mereka berdua tidak dapat melihatnya kerana cermin keretanya berwarna gelap. Akhirnya, kereta Honda Jazz yang sedang dinaiki oleh dua beranak itu meluncur laju membelah lebuh raya.

Telefon bimbit di dalam poket yang berbunyi lantas dikeluarkan dengan segera. Setelah melihat siapa pemanggilnya, lelaki itu lantas menjawab paggilan tersebut.

"Hello." Sapa suara di hujung talian.

"Hello, tuan." Balasnya dengan panggilan hormat.

"Perkembangan untuk hari ini?" Soal suara di sana.

"Semuanya baik-baik sahaja, tuan. Hannah dan Fateh baru sahaja keluar dari kedai buku dan sekarang mereka menuju ke kedai makan. Mereka berdua selamat." Lelaki itu memberi laporan penuh.

"Okay. Bagus."

Talian dimatikan.

Dia memasukkan kembali telefon bimbit ke dalam poketnya. Radio kereta dihidupkan. Lagu barat bertajuk Sunday Best nyanyian Surfaces sedang dimainkan.

Feeling good, like I should,

Went and took a walk around the neighborhood,

Feeling blessed, never stressed,

Got that sunshine on my Sunday best.

Every day can be a better day despite the challenge

All you gotta do is leave it better than you found it

It's gonna get difficult to stand but hold your balance

I just say whatever 'cause there is no way around it 'cause

Bibirnya mula menyanyi-nyanyi kecil, mengikut rentak lagu itu. Lalu, kenderaan pacuan 4 roda itu mula bergerak meninggalkan tempat tersebut.

HER GUARDIAN ANGELOn viuen les histories. Descobreix ara