BAB 2

7K 603 65
                                    

MUHAMMAD AL-FATEH yang lena dibuai mimpi ditenung dengan penuh kasih sayang. Anak kecil seusia 5 tahun itu sering kali menjadi pengubat hatinya yang lara serta peneman di kala dia sunyi. Hannah langsung tidak dapat membayangkan andai Fateh hilang dari hidupnya, budak itu ibarat nyawa kepadanya, yang memberikan nafas kepada dia untuk terus hidup.

Muka Fateh dia usap lembut. Sunyi kondo ini apabila anak kecil itu tidur.

Maafkan mama, Fateh.

Hannah berasa sangat bersalah kepada Fateh kerana membiarkan Fateh menunggu kepulangannya sehingga tertidur. Berkali-kali Hannah meminta maaf kepada pengasuh Fateh, Cik Rozi kerana terlambat beberapa jam untuk mengambil Fateh. Jika dia tidak mengikutkan rasa ingin tahu yang membuak-buak sebentar tadi, pasti semua perkara ini tidak akan terjadi. Mujur nyawanya tidak melayang.

Hendak menyesal pun tiada guna. Nasi sudah menjadi bubur.

Fikirannya kembali menerawang, mengingati pertemuannya dengan seorang lelaki. Dingin dan beku, namun lelaki itu mempunyai auranya yang tersendiri, mampu membuatkan hati wanitanya tertarik. Hanya sekadar tertarik, tiada langsung niat untuk memiliki atau berkenalan dengan lebih mendalam. Tapi, kalau jodoh apa salahnya. Ceitttt..

Hannah tergelak sendiri mengenagkan diri yang melalut entah apa-apa.

Setelah lelaki itu menghantarnya pulang dengan menggunakan keretanya, lelaki itu terus hilang lalu membiarkan dia sendiri terkontang-kanting. Tidak tahu lelaki itu pulang dengan apa, barangkali menaiki teksi.

Mr. Black.

Gelaran itu sangat sesuai untuk lelaki itu, fikir Hannah. Berpakaian serba hitam dan misteri. Nama lelaki itu langsung dia tidak tahu. Apa-apa maklumat berkaitan lelaki itu lagilah. Sepanjang perjalanan ke rumahnya tadi, mereka hanya mendiamkan diri tanpa sepatah bicara. Saat Hannah ingin membuka mulut, lelaki itu menyuruhnya untuk diam. Akhirnya, Hannah akur. Nak berborak pun tidak boleh. Sombong!

Rupa Mr. Black ? Langsung dia tidak tahu. Lelaki itu tidak menanggalkan topeng mukanya walau untuk sekejap cuma. Tidak rimaskah? Atau dia sudah biasa bertopeng sebegitu? Tapi, sepasang mata helang yang tajam menikam milik Mr.Black tidak akan Hannah lupa. Hazel warna bebola matanya, menambahkan lagi daya tarikan yang sedia ada pada dirinya.

"Mama..." Panggil Fateh dengan suara yang serak, mata yang terkatup erat tercelik luas.

Terhenti segala lamunan Hannah mengenai kejadian yang berlaku sebentar tadi, juga mengenai Mr.Black yang sangat misteri.

"Ya, sayang." Balas Hannah lembut.

"Mama, Fateh rindu mama." Fateh memeluk Hannah dengan erat, seakan tidak mahu lepas. Meluahkan rasa rindu yang sarat ditanggung.

Hannah turut membalas pelukan Fateh, betapa sayangnya dia terhadap anak kecil itu. "Mama pun rindu Fateh."

"Kenapa mama balik lambat? Fateh tunggu mama lama." Petah dia berkata-kata meskipun usianya baru 5 tahun.

"Maafkan mama, sayang. Mama ada urusan yang perlu diselesaikan tadi." Hannah berdalih. Jika diceritakan hal yang sebenar, pasti Fateh terkejut.

"Fateh ingat mama nak tinggalkan Fateh." Nada suara Fateh bertukar sebak. Dapat Hannah rasakan baju yang dipakainya mula dibasahi air mata.

Pantas, Hannah mengangkat muka Fateh. Air mata yang mengalir di pipi anak kecil itu diusap lembut, berharap agar kesedihan yang melanda Fateh berlalu pergi. Dia menahan air matanya daripada turut mengalir. Hatinya tidak kuat melihat Fateh dalam keadaan sebegini. Fateh adalah sumber kekuatan buat Hannah. Jika Fateh bersedih, hatinya turut dihimpit pilu.

"Kenapa Fateh cakap macam ni? Mama sayang Fateh, tak mungkin mama akan tinggalkan Fateh." Pujuk Hannah lembut.

"Betul mama tak akan tinggalkan Fateh lagi?" Mata Fateh memandang Hannah dengan penuh berharap.

"Yes, my little boy." Hannah mengukir senyuman ikhlas.

"Promise me?" Soal Fateh. Jari kelengkeng dikeluarkan agar termeterai janji.

"I promise." Hannah menyambut huluran jari kelengkeng itu.

Pinky promise! Jari mereka bertaut.

"I love you, mama." Ucap Fateh.

"I love you too, Muhammad Al-Fateh." Balas Hannah.

"Fateh dah solat Isyak?" Soal Hannah. Dikerling jam di dinding, jarum jam menunjukkan pukul 12 tengah malam.

"Dah. Fateh solat dekat rumah Cik Rozi tadi."

"Bagusnya anak mama. Ini yang buat mama sayangkan Fateh lebih." Puji Hannah tanpa ragu. Seawal usianya 3 tahun, Hannah sudah mengajar Fateh untuk solat. Seharusnya anak-anak diajar untuk menunaikan solat sejak kecil kerana solat termasuk dalam 5 rukun Islam, amalan yang wajib dilakukan oleh setiap Muslim. Amalan pertama yang bakal dihisab di akhirat kelak. Ajar secara berperingkat. Meskipun ada pincang dalam solat mereka, sekurang-kurangnya mereka tahu mengenai rukun solat. Betulkan apa yang mereka salah. Jika bukan ibu bapa yang mengambil tugas untuk mengajar anak-anak tentang solat, siapa lagi? Tak kan hendak mengharapkan guru-guru di sekolah. Tak kan hendak mengharapkan jiran tetangga dan masyarakat sekeliling?

Anak-anak yang lahir ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya. Jika dicorakkan hitam, maka hitamlah jadinya.

"Fateh nak jadi anak yang soleh. Fateh nak Allah sayang Fateh dan nak mama sayang Fateh juga. Fateh nak masuk syurga." Kata Fateh.

"Fateh anak mama. Mama akan sentiasa sayang Fateh. Kalau Fateh nak Allah sayang Fateh dan nak masuk syurga, Fateh kena lakukan suruhan Allah. Fateh tak boleh tinggalkan solat, faham sayang?" Balas Hannah.

"Faham, mama." Berkali-kali Fateh menganggukkan kepalanya.

"Bagus anak mama ni, sentiasa mendengar kata." Tidak putus-putus pujian yang diberikan oleh Hannah kepada Fateh. Hendak menjaga Fateh, sangat mudah. Sejak kecil, Fateh seorang anak yang taat dan tidak banyak songeh. Jarang dia bersikap degil. Kebiasaanya, dia hanya mengikut sahaja apa yang disuruh.

Perkara itulah yang membuatkan kasih sayang Hannah kepada anaknya itu membuak-buak.

"Sekarang, kita tidur dulu ya, Fateh? Baru pukul 12 tengah malam."

"Okay, mama." Fateh akur.

"Baca doa tidur, tiga qul dan ayat kursi." Pesan Hannah sambil tangannya membelai-belai rambut Fateh. Amalan yang diajarkan oleh Hannah kepada Fateh sedari dahulu, sebagai pelindung dari gangguan syaitan dan jin semasa tidur.

Fateh mengikut dan mulut kecilnya itu mula menitip bacaan ayat Al-Quran yang suci dan sangat indah.

Tenang hati Hannah mendengarnya. Dalam masa yang sama, Hannah turut melakukan perkara yang sama. Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat Al-Quran.

"Selamat malam, mama. Jangan lupa kejut Fateh untuk solat subuh. I love you, mama. Assalamualaikum." Usai menghabiskan bacaan, Fateh berkata.

"Selamat malam, sayang. Mama sayang Fateh juga. Insha Allah mama kejut Fateh bangun esok. Waalaikumussalam." Balas Hannah.

Akhirnya, masing-masing melelapkan mata dan dibuai masuk ke alam mimpi. 

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now