BAB 40

2.7K 242 7
                                    

JAM menunjukkan pukul 1.00 pagi, Hannah berjalan ke dapur dengan perlahan-lahan dengan bantuan tongkat kerana ingin membasahkan tekaknya yang haus. Mujurlah bilik dia dan Rayyan berada di tingkat bawah, kalau tak pasti dia sukar untuk bergerak ke sana ke sini. Fateh pula disediakan bilik yang khas untuknya bersebelahan dengan bilik Rai. Nasib Hannah sudah mengajar Fateh untuk tidur sendirian, jadi dia tidak merengek. Selepas menunaikan solat Isyak, mereka berdua sama-sama terbaring lesu di atas katil. Hannah terasa lukanya yang belum sepenuhnya sembuh kembali mencucuk-cucuk dan kakinya sudah berbisa sakit. Itu yang sesudah mandi dan solat, dia terus tertidur lena.

Hannah membuka pintu peti sejuk lalu dikeluarkan air mineral dan dituang ke dalam gelas. Dia duduk di kerusi, manakala tongkat disandarkan ke kaunter dapur.

Leganya! Nikmatnya!

Matanya dipejam dengan erat. Tubuh Hannah menggeliat untuk meregangkan sendi-sendi badan. Lenguh seluruh badannya apabila menjadi terlalu aktif. Sudahlah tulang pipinya dipaksa untuk senyum sepanjang hari di hadapan ramai orang.

Ingatannya kembali melayang ke kejadian pagi tadi dan tanpa sedar bibirnya tersenyum nipis. Tidak sangka yang dia sudah pun bergelar seorang isteri kenapa lelaki yang telah lama diminatinya. Cincin yang tersarung elok di jari manisnya ditenung lama, tanda ikatan perkahwinan yang terjalin di antara dua insan yang saling mencintai. Persiapan perkahwinan hampir sepenuhnya diuruskan oleh Rayyan, dia hanya mengikut sahaja arahan Rayyan. Apa yang disuruh buat, barulah dia buat. Jika tidak, dia hanya terbaring di katil untuk berehat.

Daddy...

Dadanya dihimpit rasa sebak. Jika arwah daddy masih hidup, pasti daddy yang akan menjadi walinya sewaktu akad nikahnya tadi. Jika daddy masih hidup, mesti dialah orang pertama yang akan tersenyum bahagia saat melihat anaknya dinikahkan dengan seorang lelaki yang bertanggungjawab dan baik hati.

Jauh di sudut hati, Hannah sangat rindukan Tengku Akbar. Dia rasa ingin meraung tetapi dia tahu perkara itu tidak dapat mengembalikan arwah daddy yang telah pergi dijemput Ilahi 2 minggu lepas.

Sewaktu itu dia sedang berbual-bual mesra dengan Tengku Akbar di dalam kereta. Jalan raya agak licin kerana hari hujan dan pemanduannya sedikit terganggu apabila dia hanya mampu melihat dari jarak dekat sahaja. Perjalanan lancar sahaja sehinggalah lori di hadapannya membrek secara mengejut dan Hannah cepat-cepat tekan brek dan keretanya hilang kawalan lalu menghentam divider lebuh raya.

Kejadian yang terjadi begitu pantas. Tahu-tahu dia sudah tidak sedarkan diri dan koma beberapa hari. Apabila bangun sahaja daripada lena yang panjang, dia diberitahu bahawa Tengku Akbar sudah meninggal dunia. Badannya pula penuh luka-luka dan kakinya patah kerana tersepit.

Saban hari Hannah menyalahkan dirinya sendiri kerana cuai memandu. Jika dia tidak menngambil daddy dia pada hari tersebut, jika dia tidak memandu sewaktu hujan, jika dia dapat mengawal sterengnya dengan baik dan tidak terbabas, jika dia sempat meminta maaf kepada daddy dia dan mengatakan bahawa dia amat sayangkan daddy dia, sudah pasti dia tidak akan menyesal dan dihimpit perasaan bersalah yang menggunung tingginya.

"Daddy..." Hannah menekup bibirnya yang mula teresak-esak kecil. Setiap malam dia akan menangis tanpa henti mengenangkan nasib yang menimpa dirinya.

"Daddy, adik minta maaf..." bisik Hannah perlahan dan dia mengharapkan daddy dia dapat mendengar ucapan maaf yang dia sebutkan.

"Adik sayang daddy..." Teringat betapa gembiranya Tengku Akbar memberitahu bahawa dia sangat sayangkan Hannah sewaktu kali terakhir mereka bertemu. Patutlah wajah itu tersenyum sepanjang mereka berbual, seolah-olah dia sudah tahu bila dia akan pergi.

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now