BAB 14

3.3K 338 38
                                    

SYED RAYYAN DANIAL memegang erat sebungkus beg kertas Mc Donalds di genggaman tangan kanannya. Dia berjalan menuju ke wad 3B yang menempatkan Fateh. Dibelikan Mc chicken, ayam goreng McD, bubur, Mc Flurry oreo dan happy meal khas untuk Fateh dan juga Hannah. Dia memakai kemeja berwarna biru gelap dipadankan dengan seluar slack dan kasut kulit yang telah digilap sehingga bersinar. Lengan kemeja dilipat kemas hingga ke paras siku menyerlahkan lagi kekacakannya. Papa menyuruh dia datang ke pejabat sebentar tadi kerana ingin berbincang mengenai sesuatu perkara. Jadi, dia harus memakai pakaian formal. Usai sahaja perbincangan tersebut, terus dia memandu ke sini tanpa melengahkan masa. Rindu sungguh pada Fateh. Kalau Fateh sudah keluar dari hospital, apakah alasan yang dia boleh bagi kepada Hannah untuk berjumpa Fateh? Kalau sekarang, dia boleh guna alasan untuk melawat Fateh yang sakit. Pasti Hannah sudah jemu melihat dia yang setiap hari datang melawat Fateh. Bukan apa, kasihnya Fateh tidak dapat dibendung. Dia memang sukakan budak-budak. Sebab itulah dia mudah mesra dengan Fateh dan Fateh juga sudah dianggap dan dilayan seperti anak sendiri.

"Assalamualaikum." Usai memberi salam, pintu wad ditolak perlahan. Mata meliar ke sekeliling bilik.

"Papa!" Fateh terjerit keriangan saat melihat diri Rayyan. Terlakar senyuman lebar di wajah anak syurga itu.

Laju sahaja Rayyan menapak menghampiri, "Iya Fateh." Sahut Rayyan. Dari awal lagi, dia sudah biasakan dirinya untuk dipanggil papa meskipun dia tidak tahu mengapa Fateh menggelarnya sebegitu. Dia juga tahu Hannah sudah tegah berkali-kali, namun sedikit pun Fateh tidak ambil peduli akan tegahan itu. Sudahnya, mereka berdua hanya membiarkan dan tidak lagi berbalah mengenai hal tersebut.

"Papa ada bawa mainan untuk Fateh." Ucap Rayyan lantas tangannya mengeluarkan kotak happy meal dari beg kertas yang berwarna coklat itu lalu dihulur kepada Fateh.

"Thank you, papa, I love you." Disambut huluran kotak happy meal itu lalu dia memeluk Rayyan. Riak kegembiraan yang terpancar di wajah anak kecil itu membuatkan Rayyan turut sama melakar senyum.

Pernah dengar tak orang cakap, kalau kita rasa sedih atau tidak gembira dalam suatu hari tertentu, cuba kita gembirakan orang lain dengan bersedekah contohnya. Apabila kita buat orang lain gembira dan lihat senyuman di wajahnya, kita akan turut gembira sama. Cubalah. Dia sudah cuba dan hasilnya berkesan.

Fateh sudah leka bermain permainan We Bare Bears yang diperoleh dari kotak happy meal. Barulah kini Rayyan teringat akan Hannah.

Matanya meliar mencari Hannah dan akhirnya pandangannya terpaku di sofa. Kelihatan Hannah sedang tidur sambil duduk. Kedua-dua belah tangan disilang ke dada, manakala kaki dilunjur ke lantai. Matanya terpaku lama pada seraut wajah tenang yang sedang lena dibuai mimpi itu.

Cantik.

Benarlah, bidadari itu wujud.

Rayyan bingkas bangun daripada duduk. Dia membawa makanan yang selebihnya dibeli tadi lalu diletakkan di meja di hadapan Hannah. Dia membelikan ais krim untuk wanita itu, risau cair pula. Jadi, dia berkira-kira ingin mengejut Hannah bangun.

Rayyan melabuhkan puggung di sebelah Hannah. Jarak 1 meter okay! Diperhatikan wajah itu dari jauh, setitik air mata gugur membasahi pipinya.

Hannah menangis dalam tidur?

Serta merta dia membatalkan hasrat untuk mengejut Hannah. Diperhatikan seraut wajah di sebelahnya itu, muram dan sedih. Apa yang terjadi pada dia? Seperti seorag puteri yang sedang bersedih, tidur ditemani air mata. Menanti seorang putera raja datang lalu mengelap air matanya.

Akhirnya, Rayyan memilih untuk membiarkan sahaja. Cukuplah dia menemani Hannah di sisi seperti ini. Sekurang-kurangnya, wanita di sebelahnya tidak berasa keseorangan. Baru sahaja ingin mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar, Hannah bergerak-gerak sedikit. Lambat-lambat, matanya dibuka perlahan.

"Awak." Suara Hannah serak baru bangun tidur. Bila masa Rayyan sampai sini? Dia langsung tidak perasan.

Rayyan mengangkat muka lalu mata mereka bertentangan. Terdapat lingkaran hitam di bawah mata Hannah, matanya sembap. Air mata yang bersisa di pipi dilap pantas. Mukanya kelihatan betul-betul tidak bermaya.

"Kau okay?" Laju sahaja soalan itu keluar dari mulut Rayyan.

"Awak..." Suara Hannah kembali serak. Matanya semakin kabur dan mula panas, empangan hampir pecah. Dia benar-benar terkesan dengan apa yang berlaku malam tadi. Jadi, sampai ke hari ini dia terbawa-bawa. Sedari pagi, dia hanya tidur sahaja kerana dia berasa penat dan tidak berdaya sebab terlalu banyak menangis. Tambahan pula, malam tadi matanya langsung tidak dapat dilelapkan.

"Makanlah. Aku belikan." Mc Flurry oreo diambil lantas dihulurkan kepada Hannah. Kesian pula dia melihat wanita itu dalam keadaan sebegitu. Huluran itu disambut baik oleh Hannah.

"Thank you." Ucap Hannah tulus. Suapan pertama ditemani dengan air mata. Teharu. Macam tahu-tahu je aku tengah sedih, dia belikan ais krim.

Rayyan hanya memerhatikan sahaja perbuatan Hannah. Makan ais krim pun menangis. Dapat dia rasakan ada sesuatu yang terjadi kerana Hannah bersikap lain pada hari ini. Tidak ceria seperti selalu. Dia bermuram durja, sangat mudah untuk Rayyan baca dan mengagak apa yang tersirat di sekeping hati Hannah.

Usai menghabiskan ais krim, Rayyan menyuruh Hannah menghabiskan ayam goreng dan burger ayam pula. Kesemuanya Hannah habiskan dalam masa yang singkat. Selalunya dia akan offer Rayyan, tetapi kali ini tidak. Dia hanya makan tanpa henti dan Rayyan hanya membiarkan.

Perempuan dan makanan berpisah tiada.

Fateh sudah tertidur apabila dia kepenatan bermain dengan barang mainan yang baru diberikan oleh Rayyan. Makanan yang dibelikan langsung tidak berusik. Biasalah budak kecil bila dah dapat mainan, mak ayah sendiri pun boleh diabaikan kerana leka. Inikan pula makanan, langsung tidak hairan.

"Awak..." Hannah baru tersedar yang dia bukan seorang diri. Sungguh terlalu banyak perkara yang dia bermain di benak fikirannya ketika ini sehingga terlupa apa yang terjadi di sekeliling.

"Sorry, saya lupa nak offer awak makan." Ujar Hannah dengan muka serba salah. Dilihatnya bungkusan makanan di atas meja. Semuanya licin! Ya Allah, kau ni Hannah. Lapar sangat ke? Pelahap betul! Tidak ubah seperti seekor raksasa yang baru sahaja mendapat habuannya.

Rayyan hanya memandang tanpa riak. Dia tidak kisah. Jika itu yang membuatkan Hannah berasa lega, dia sanggup belikan McD dan berhabis beratus-ratus ringgit sekali pun untuk Hannah supaya wanita itu tidak lagi bersedih.

"Nanti saya ganti balik duit awak ya." Sambung Hannah lagi apabila tiada jawapan yang diterima.

"Tak perlu, aku belanja."

"Terima kasih." Malas mahu bertekak walaupun dia ingin menolak. Tahu sahaja jika Rayyan kata A, maka A lah jadinya.

"Apa jadi?" Soal Rayyan ingin tahu.

Hannah termenung buat seketika, cuba menyusun kata. Sepi menyelubungi mereka. Hanya kedengaran bunyi penghawa dingin di segenap bilik tersebut.

"Awak..." Panggil Hannah. Pandangannya tegak ke hadapan. Tidak mahu bertentang mata dengan Rayyan kerana risau dia akan banjir lagi.

"Ya." Pertama kali dia menyahut tanda dia ingin mendengar apa yang ingin Hannah katakan.

"Macam mana kalau dia ambil Fateh dari hidup saya?"

"Siapa?" Tanya Rayyan.

"Daddy." Jawab Hannah sepatah.

"Whose daddy? Yours or Fateh's?" Rayyan semakin berminat. Sudah lama dia tertanya-tanya apakah status Hannah yang sebenar.

"Mine. He does no longer have a dad." Jawab Hannah sambil memandang dari jauh Fateh yang sedang lena di katil.

"He's dead." Sambung Hannah lagi.

Rayyan menganggukkan kepala. Masih setia mendengar. Jadi, Hannah merupakan seorang janda dan ibu tunggal rupanya.


Siapa kata Rayyan ni beku je? Dia pun ada sweet dia yang tersendiri tau ^^

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now