BAB 25

3.1K 303 71
                                    

"Niall, awak serius nak saya main benda ni?" Hannah mengangkat busur berserta anak panah yang berada di tangan untuk meminta kepastian. Dia memandang peralatan memanah dengan Rayyan bersilih ganti.

Rayyan angguk. Masih setia memeluk tubuh sedari tadi.

"Tapi saya mana reti main ni. Kalau benda ni terpatah dua macam mana? Mesti awak suruh saya ganti. Kalau awak suruh saya ganti, mana saya tahu nak cari jenama yang sama macam ni dekat mana. Kalau saya tak jumpa, nanti awak akan—"

Hannah senyap serta merta apabila jari telunjuk Rayyan hampir bersentuh dengan bibirnya. Kedudukan mereka yang rapat menambahkan lagi debar di dada. Hannah mendongak, mencari-cari sepasang mata helang Rayyan yang hazel warnanya.

Tawa kecil terletus dari bibir Rayyan. "Banyak cakaplah kau ni. Aku suruh main je pun, bukan suruh kau buat busur dengan anak panah ni."

Sekali lagi Hannah terkejut apabila perlakuannya berjaya menjentik hati Rayyan. Tanpa sedar, bibirnya turut mengukir senyum.

"Saya mana reti main." Rumput di tanah Hannah kuis dengan kaki.

Mereka kini berada di sebuah ladang yang begitu luas bagi mengisi masa lapang di hari minggu setelah sibuk bekerja. Hannah sendiri tidak dapat mengagak berapa ekar luasnya. Rayyan memberitahu bahawa ladang ini milik keluarganya. Terdapat beberapa buah chalet yang mempunyai seni bina moden, ada kandang kuda yang luas dan terdapat 3 ekor kuda yang dipelihara dengan begitu elok, Maximus, Juliet dan Apollo. Kuda-kuda peliharaan keluarga Rayyan kacak dan cantik belaka. Maximus berwarna putih, Juliet berwarna coklat dan anak mereka pula kuda betina berwarna putih bertompok coklat. Antara ketiga-tiga ekor kuda tersebut, Hannah paling tertarik dengan maximus kerana kuda itu merupakan kuda kepunyaan Rayyan dan kuda yang paling dia sayang. Kuda putih yang mempunyai bulu emas merupakan baka Akhal-Teke Perlino.

Rayyan memberitahunya bahawa kuda putih keemasan itu merupakan kuda yang berasal dari Turkmenistan dan menjadi kebanggaan rakyatnya. Golongan kenamaan dan kerabat raja berebut-rebut ingin memelihara kuda ini. Kuda baka Akhal-Teke sangat pantas, cerdik, unik, unik dan mempunyai bulu yang berkilat sehingga dia digelar kuda emas.

Banyak prosedur yang perlu dilalui untuk membawa kuda ini dari negara Turkmenistan masuk ke Malaysia. Hanya beberapa orang sahaja di Asia Tenggara yang memiliki kuda jenis ini dan Rayyan sangat bertuah kerana dia berjaya memelihara maximus.

Hannah diberitahu lagi bahawa hanya 50 ekor sahaja yang ada bagi jenis Perlino dan spesies ini dinobatkan sebagai kuda yang paling cantik dan amat jarang ditemui kerana mempunyai aura yang tersendiri. Bulu berwarna putih mutiara keemasan, matanya yang berwarna biru dan apa yang uniknya, peluhnya berwarna merah jambu.

Selain kandang kuda, ada juga kawasan di mana mereka menanam sayur-sayuran dan buah-buahan dengan kaedah hidroponik. Contoh tanaman yang ada seperti tomato, tembikai, roselle, lettuce dan banyak lagi. Tak lupa juga kawasan yang mereka sedang berada sekarang iaitu kawasan lapang untuk memanah bersebelahan dengan kandang kuda. Jika hendak diteroka kawasan ini dalam masa satu hari, pasti tidak puas untuk berkenalan dengan dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan ternakan di sini. Rayyan tidak pernah memberitahu atau bercerita tentang latar belakang keluarganya. Jadi Hannah tidak tahu bahawa Rayyan sebenarnya berasal dari sebuah keluarga yang berada.

Rayyan memetik jarinya betul-betul di hadapan Hannah. Sedari tadi dia memanggil-manggil nama wanita di hadapannya itu, tetapi langsung dia tidak pandang.

"Dah sampai mana termenung? Paris? London?" Ujarnya sinis.

"Baru sampai Perlis." Hannah menjulingkan mata ke atas, sempat lagi Rayyan memerlinya.

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now