•CERITERA 22•

7.8K 781 75
                                    

SARAHANA yang asyik tidur mendengus kasar apabila ada seseorang mengetuk kuat pintu biliknya.

"Tuan Puteri? Tuan Puteri? Puan Besar minta Tuan Puteri turun dengan segera untuk bersarapan bersama-sama."

Sarahana gigit bibir bawah sebelum sebelah tangan capai bantal. Lantas bantal itu ditekup di muka.

"Tuan Puteri? Ooo Tuan Puteri..."

Sarahana terus meniarap. Bantal pula ditekup menutup telinga.

Tolonglah bagi aku rehat setelah hampir dua bulan aku tak berapa nak rehat di Istana Besar Inderaloka tu.

"Tuan Puteri?"

Sarahana terus campak bantal ke sebelah. Lantas dia bangun dan melangkah ke pintu. Tombol pintu dipusing kasar.

"Hmm ya."

"Haaa muncul pun. Eh. Tuan Puteri masih belum mandi? Sudah solat subuh ke belum?" Tanya dayang itu lagi.

Sarahana terpisat-pisat menggosok mata yang masih berat dengan rasa kantuk.

"Saya belum mandi. Saya cuti. Tu yang sedap tidur tak nak bangun." Sarahana menutup mulut yang menguap besar sebelum dia memandang dayang dihadapannya itu atas bawah.

"Tunggu apa lagi? Pergilah. Jangan risau nanti saya turun. Cakap dengan Puan Besar, Puteri Sarahana Sayang ni nak bersiap. Nanti dah cun pakai baju minyak wangi semua, saya turun. Don't worry. Trust meh." Sarahana menarik sengih. Cuba meyakinkan dayang itu walaupun dia tahu dayang tu macam nak tak nak je percayakan dia.

"Tapi Puan Besar suruh saya tunggu Tuan Puteri. Katanya jangan percaya kalau Tuan Puteri suruh percayakan Tuan Puteri sebab..."

"Thank you awak. Nanti saya turun." Potong Sarahana sebelum pintu bilik terus ditutup rapat. Langkah diatur ke katil semua.

Cis. Tak boleh jadi ni.

Habislah aku kalau umi dah turunkan ilmu keibuannya kepada dayang-dayang tentang bagaimana cara nak handle aku. Aduh.

Sarahana tepuk dahi. Namun bahu diangkat sebelum dia melompat ke atas katilnya semula.

Biarlah.

Aku nak bersiap dulu.

Bersiap masuk ke dalam mimpi semula.

DUA minggu sudah berlalu bersama berlalunya kehidupan di Istana Besar yang dulu. Hidupnya mula dilanda kebosanan yang semakin menggila.

Nak marathon drama Goryeo tapi sejak cuti ni dah dua drama dia marathon sampai habis.

Moon lovers.

Dan juga...

Hwarang.

Tapi hmm. Kenapalah semua kesayangan aku dalam drama tu mati!

Dari Baek Hyun sampailah ke Tae Hyung.

Cis!

Broken betul rasa hati. Tapi abaikan sahajalah. Dah jalan ceritanya seperti itu. Nak diapakan lagi. Mampu broken sahaja lah nampaknya.

Sarahana pegang dada yang terasa berdebar-debar. Barangkali diri yang kentang ini takut hendak menghidang bakal markah ujian akhir menghadap umi. Takut. Berdebar pun ya.

Sarahana berbaring di atas katil. Chandelier yang cantik tergantung di siling direnung lama.

Apalah khabar Putera Mahkota agaknya ya? Sihatkah dia. Baikkah khabarnya.

Haih.

Tiba rasa rindu.

Gurau je!

Mata Sarahana membulat apabila teringatkan sesuatu. Rasanya hadiah pemberian Putera Mahkota masih belum dia buka isinya.

PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD)Where stories live. Discover now