•CERITERA 13•

7.6K 822 106
                                    

SARAHANA SAYANG memejam rapat matanya. Takut. Berderau darahnya ketika itu. Kuda milik abangnya masih laju memecut. Terasa kuat angin menampar dirinya. Tanda kelajuan Max semakin maksimum.

Sarahana Sayang mengetap rahang. Dia pasrah. Tekad. Dia harus turun jua dari kuda ini. Tidak kisahlah bagaimana caranya, dia tetap nak turun!

Tangan melepaskan tali kuda.

Sudah bersedia.

Satu...

Dua...

Tiga!



RAJA QAISER HAN laju memecut bersama Stallion mengejar Sarahana Sayang.

Dan pada ketika itu, dadanya bagai mahu pecah saat melihat Sarahana Sayang melepaskan pegangannya pada tali kuda itu. Raja Qaiser Han menelan liur.

Jangan... Jangan terjun...

Dan ya. Gadis itu mahu terjun gayanya.

Raja Qaiser Han terus mendadak menarik tali kudanya. Menghentikan Stallion sebelum dia terjun. Pantas dia memecut berlari ke arah Sarahana yang mahu terjun.

Dan saat Sarahana Sayang pasrah dan terjun dari kuda itu, Raja Qaiser Han pantas menarik tubuh kecil itu ke arahnya.

Bukk!!

Raja Qaiser Han mengaduh kecil saat belakang tubuhnya bercium dengan lantai hutan. Belakang badan rasa pedih. Belakang kepala rasa sakit.

Ya Allah!

Raja Qaiser Han perlahan-lahan bangkit sedikit bersama Sarahana Sayang di atasnya.

"Sarahana?"

Raja Qaiser Han tidak perasan bahawa gadis itu sedang elok duduk di atas riba. Dia cuma fikirkan akan gadis itu sahaja sekarang ini.

"Ana? Awak tidak apa-apa?" Tanya Raja Qaiser Han. Cuba mengintai wajah Sarahana di dadanya.

Tiba-tiba tangisan gadis itu pecah. Sayu Sarahana Sayang mengalirkan airmata.

"Abang... Puteri takut..." Adu Sarahana diselangi sedu sedan yang terlepas sama dari bibirnya.

Berkerut dahi Raja Qaiser Han saat mendengarkan kata-kata kurang jelas itu.

"Apa dia?" Tanya Raja Qaiser Han.

Semakin kuat Sarahana menangis. Wajah pula disembam di dada bidang itu tanpa sedar bahawa penyelamatnya bukanlah Putera Iman.

Tapi Raja Qaiser Han.

Dan tubuh Putera Mahkota itu terus mengeras saat tersedar akan sesuatu. Jarak antaranya dengan gadis itu terasa sangat dengan sehingga haruman kasturi yang terbit dari Sarahana Sayang terasa menusuk ke hidung.

Perlahan-lahan tangannya yang melingkar kejap di tubuh Sarahana Sayang dijauhkan.

Gulp.

Tenggelam timbul halkumnya ketika itu. Berdebar. Dada berdetak erat dan dia langsung menahan nafas.

Ya Allah!

Bila tersedar akan itu, mahu sahaja dia tolak Sarahana Sayang dari atas ribanya. Tapi dia bertahan. Takkanlah dia mahu tolak gadis itu begitu sahaja.

"Max jahat. Tak nak kawan Max..." Sarahana Sayang melepas tangis lagi. Terhinjut-hinjut bahunya menangis di dada 'abangnya'.

Daeng Hatta, Iskandar Zulkarnain dan Amatiz Azwar yang baru tiba terdiam melihat Raja Qaiser Han dan Sarahana Sayang. Automatik bibir mereka menyenget sedikit. Tahan senyum lucu. Sumpah kelakar bila Putera Mahkota angkat kedua-dua tangan gaya menyerah seperti itu. Mungkin kerana Tuanku Putera Mahkota itu malu agaknya.

PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD)Where stories live. Discover now