•CERITERA 30•

10.4K 869 62
                                    

SARAHANA tersenyum nipis sambil melempar pandang lama ke hadapan sana. Tiada apa pun di sana. Tapi Sarahana senyum sendiri mengenangkan tariannya dengan Raja Qaiser Han tadi.

Haih.

Indahnya rasa ini.

Seketika kemudian Sarahana terus geleng kepala dan menekup pipi yang terasa panas.

Gila.

Merepek betul. Sarahana memang merepek. Ya. Sangat merepek.

Sarahana tergamam saat ada tangan melingkar elok di pinggangnya. Dada bagai mahu pecah. Dia tahu tangan kekar itu milik siapa. Tapi badan terus kaku.

"Ana fikirkan apa?" Bisik suara itu.

Oh hati.

Bawa bertenang...

"Tak ada apa."

Kemudian lama suasana sunyi sepi. Lama-lama Sarahana rasa tenang pula dalam pelukan itu.

Hangat.

Tenang.

Selesa.

"Err Tuanku. Sudah malam ini. Saya pun nak tidur." Penuh berhati-hati Sarahana merungkai tangan yang bersatu di abdomennya. Senyum dilempar ke arah Raja Qaiser Han. Tapi...

Uhuks!

Rasa seram sejuk pula dengan pandangan itu. Sudah tu senyum di bibir itu pula manis mengancam. Seksi pun ya.

Sudahlah tu Tuanku.

Tak bernafas saya dibuatnya.

Sarahana terus melangkah masuk ke dalam bilik. Mahu tidur. Dia pun rasa penat dengan jadualnya yang agak padat siang tadi.

Ini baru kahwin dengan putra mahkota. Belum jadi permaisuri lagi.

Haih.

Entah mana silapnya, boleh pula kaki tersadung karpet. Sudahnya Sarahana gagal seimbangkan tubuh dan Sarahana pasrah. Nak jatuh pun jatuhlah nak.

Krikk... Krikk... Krikk...

Sarahana tergamam apabila tersedar akan satu tangan yang menyambut tubuhnya dari jatuh mencium lantai. Perlahan-lahan Sarahana angkat kepala. Terkedu Sarahana saat pandangannya bertemu dengan pandangan karamel gelap itu.

Lama.

Gulp...

Sarahana telan liur.

"Ana cantik."

Puji suara itu. Memerah wajah Sarahana dibuatnya.

"Ana manis."

Sarahana tergamam saat lelaki itu menariknya rapat. Cepat-cepat Sarahana menolak dada Putera Mahkota. Tak mahu terlalu dekat. Tapi semakin lelaki itu mendekat. Sehingga Sarahana dapat rasakan nafas kasar itu menampar lembut wajahnya.

"Tuanku..."

"Ana..."

Sarahana terus terkelu saat suara lembut itu bergemersik menyerunya. Rasa hangatnya terasa sehingga jantung Sarahana semakin berdebar laju.

Sarahana tergamam saat belahan lembut itu menyentuh tulang klavikelnya.

Gila. Dada bagai mahu pecah dengan tindakan tiba-tiba Raja Qaiser Han itu.

Sentuhan lembut itu berlari lembut di sisi leher. Naik ke cuping telinga sebelum hangat berbisik di situ.

"Damn. You really mess me up."

Tangan kasar itu turut naik mengelus lembut pipi Sarahana yang sudah berbahang merah.

Sarahana terkebil-kebil sendiri. Bagai tidak percaya dengan sisi lain seorang Raja Qaiser Han.

PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD)Where stories live. Discover now