•CERITERA 2•

6.9K 670 23
                                    

     ADA sekumpulan pelajar lelaki seni teater asyik benar mengekor langkah penuh sopan santun gadis berbaju kurung moden dan bertudung bawal itu. Langkahnya teratur kemas. Manis senyuman terukir di bibir.

Maka bermulalah hikayat kononnya tulang rusuk mereka bergetar.

Ceh bergetar konon. Dah kenapa? Gempa bumi ke?

Sarahana tersedar akan pandangan mereka tapi langsung dia tak layan. Buat-buat tak nampak.

Geli.

"Tak sabarnya aku nak praktikal di istana. Mesti best kan. Dahlah aku tak pernah lagi tengok istana dari jarak dekat. Lainlah macam kau." Aya ketawa melihat Sarahana yang sudah tarik muka mendengarnya. Tengah anti lah tu.

"Tak adanya. Kalau kau tahu istana besar tu macam mana, mesti kau pening kepala. Lagi satu, kau kena ada waze sebab istana tu besar. Kau bukannya boleh percaya. Nanti tiba-tiba sesat dalam bilik Putera Mahkota." Bidas Sarahana. Bibirnya menjungkit sinis.

Pecah gelak Aya. Tangan naik memukul bahu Sarahana. Gila ahh member ni. Macam tau-tau je kita nak menyesatkan diri ke dalam bilik beradu Putera Mahkota.

Ehek!

"Phewitt!"

"Adik manis. Nak ke mana tu?"

Langkah Aya dan Sarahana berhenti ketika lalu di hadapan sekumpulan pelajar lelaki tadi. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri.

"Nak pergi ke hati awaklah." Nadanya sarkastik. Tapi bibirnya manis menguntum senyum. Ya. Seorang Sarahana Sayang memang ada banyak idea nak kenakan orang dalam fikirannya.

"Waahh!"

"Aww!"

"Ni yang abang suka ni."

Aya rasa nak muntah dengar.

Abang kepala dia...

"Tapikan buat apa adik nak masuk dalam hati abang ni? Nak usyar ke?" Usik lelaki yang tersengih memandang Sarahana Sayang.

"Eh taklah. Bukannya nak usyar. Saya nak tikam hati awak dari dalam. Biar mati awal. Kan senang. Tak adalah asyik nak buat dosa je selalu."

Hambik kau!

Terdiam semua yang ada di situ.

Sarahana senyum manis. Macamlah dia tak kenal budak-budak teater ni. Mostly of them dah ada awek. Awek dia orang student diraja pula tu. Malas je nak cari gaduh dengan kumpulan apa tu nama dia, mangkuk jamban? Mangkuk hayun? Eh salah! Nama kumpulan tu Wannabe. Haa tudia. Hahah!

Evil laugh.

"Alah adik ni kasar ya bergurau." Lelaki tadi menjeling kad pelajar yang tergantung di leher Sarahana.

"Comelnya nama."

Sarahana terus terbalikkan kad pelajarnya. Dalam hati rasa nak hempuk-hempuk lelaki tu. Suka hati kau je usyar nama aku. Sekel karang.

"Kita kena pergi ni!" Aya menolak-nolak bahu Sarahana apabila terpandangkan Hellena and the gang mula berjalan ke arah mereka.

"Bala dah sampai. Jom." Sarahana menarik tangan Aya dan berlalu pergi dari situ. Langsung tak pandang budak-budak tadi.

Gampang.

SARAHANA memandang baju di tangan Madam Wani. Baju kurung diraja. Ada warna kuning diraja, biru diraja dan warna merah. Dah nama pun baju kurung diraja, mesti ada lip lap sana sini.

Ya Allah.

"Madam, baju ni lawa sangatlah. Tak ada baju biasa-biasa ke?" Sarahana mendengus kasar. Suka paksa-paksa tau. Pakai baju pun nak kena kongkong.

Apa nih!

"Mengapa Tuan Puteri mahukan baju yang biasa-biasa jika kecantikan paras rupa Tuan Puteri luar biasa. Hahah! Pakai jelah Tuan Puteri. Bukannya apa pun." Madam Wani tersengih.

Sarahana mengeluh. Baju berwarna biru diraja diambil dari tangan Madam Wani. Ini cantik. Tak over sangat glitternya.

"Tudung biar saya pakai tudung saya ya." Ujar Sarahana sebelum sempat Madam Wani hendak mengeluarkan tudung shawl dari beg hitam itu.

"Baiklah. Tuan puteri nak pakai baju yang Puan Besar sediakan pun dah kira bersyukur dah."

Kalau tidak, ada saja ragamnya yang pelik-pelik harus Madam Wani hadap.

Penat tau layan perangai Tuan Puteri seorang ini.

Sarahana terus mengunci pintu biliknya sebaik sahaja Madam Wani meninggalkannya bersendiri.

Sarahana mengeluh. Nasib baiklah dia perlu mengikut umi ke aktiviti amal. Membantu mereka yang memerlukan. Kalau aktiviti minum petang ke apa ke memang tak lah dia nak pergi.

Tapi, bukankah aktiviti amal ini dianjurkan di pinggiran Inderaloka?

Kenapa kena pakai baju kurung?

Sarahana senyum senget.

Let's get to work honey.

UNGKU AISYAH menggeleng kepala. Madam wani juga ternganga melihat wajah selamba Tuan Puteri yang melangkah turun dari anak tangga. Perlahan-lahan dia menjeling Ungku Aisyah. Rasa cuak dia saat Puan Besar itu memandang tajam wajahnya.

"Maaf Puan Besar, saya dah beri baju tu pada dia. Dia pun sudah ambil baju berwarna biru diraja dari saya. Tapi saya tak tahu kenapa dia..." Madam Wani memandang ke arah Puteri Sarahana yang tersengih tidak bersalah itu. Tubuhnya tersarung t-shirt besar dengan seluar tracksuit berwarna hitam. Tudung pula hanya memakai tudung bawal satin berwarna hitam.

Ya Allah budak ni...

"Assalamualaikum umi." Puteri Sarahana senyum memandang ibunya, Ungku Aisyah.

"Puteri Sarahana Sayang, baju apa yang Puteri pakai ni?" Suara Ungku Aisyah lembut sahaja. Tunggu masa nak meletus.

Degil betul budak ni!

"Ini baru namanya style umi."

"Style? Ini namanya style? Huh! Umi tak kira. Pergi naik, tukar baju!" Tegas suara Ungku Aisyah. Takkanlah nak biar anak gadisnya berpakaian seperti ini?

Ya Allah...

"Ala umi. Ini kan aktiviti amal. Puteri tahu kita nak pergi pinggiran Inderaloka kan? Tak mahulah Puteri pakai macam tu. Pinggiran Inderaloka tu kampung nelayan, umi. Apa salahnya Puteri pakai macam ini untuk dekatkan diri dengan masyarakat pinggiran tu. Boleh kan umi?" Puteri Sarahana gigih meyakinkan ibunya.

Ungku Aisyah diam. Boleh diterima pakai juga kata-kata anaknya itu.

"Suka hati kamulah Puteri..."

Pasrah. Biar sahajalah anak perempuannya itu dengan caranya sendiri.

Puteri Sarahana terus tersenyum lebar.

Yeah!

Emm caca merba penulisan aku. *Tepuk dahi. Huwaa maap kalau bosan...

Kpd yg sudi baca...

THANKS! LOVE YOU ❤️❤️ *Wink


PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD)Where stories live. Discover now