•CERITERA 27•

7.8K 800 49
                                    

SARAHANA berhati-hati melabuhkan punggung di atas kerusi empuk di meja makan itu. Mata menjeling sedikit ke arah Raja Qaiser Han yang tenang melempar pandang ke arahnya.

Raja Qaiser Han senyum manis ke arahnya. Sarahana terkedu sesaat sebelum dia balas senyuman itu sama.

Canggung sungguh suasana ini.

"Tuan Puteri sudah sihat?"

Sarahana terus angkat kepala mendengar soalan itu. Terkebil-kebil matanya melihat senyuman manis di bibir merah jambu lelaki itu.

Tuan Puteri.

Lain pula bunyinya.

Sarahana rasa dia lebih suka dengan panggilan Ana tu.

Eh?

"Su... sudah! Alhamdulillah saya baik-baik sahaja. Tuanku pula bagaimana khabarnya? Adakah Tuanku baik-baik sahaja?" Tanya Sarahana. Penuh sopan santun gayanya persis perempuan melayu terakhir.

"Eh kak Puteri? Bukan main bersopan santun sungguh." Tegur Putera Idlan yang sedang tersengih memandang Sarahana dari hujung sana.

"Maaf Tuanku. Tapi selalunya kak Puteri tak adalah bersopan santun seperti ini. Musykil. Barangkali kerana ada Tuanku. Sebab itu dia jadi perempuan melayu terakhir." Usik Putera Iman pula.

"Lihatlah gayanya. Tadi poyo dengan hoodie dia. Sekarang sudah comel molek tukar ke baju kurung. Mahu tarik perhatian Tuanku lah tu." Seloroh Putera Iddan pula.

Membulat mata Sarahana mendengarnya. Terus dia menjegilkan mata ke arah adinda-adinda dan kakanda tersayang yang sesuka hati kutuk dia depan orang. Malu lah aku!

Sarahana jeling Putera Mahkota dengan ekor mata. Ternyata lelaki itu sudah tersenyum tahan lucu sambil menyisip kopi panas di cawannya.

Umi dengan ayah pun boleh senyum je?

Apakah?

"Tuanku, apa hajat Tuanku ke Istana Putera ini?" Tanya Sarahana.

Raja Qaiser Han tergamam sesaat mendengar pertanyaan itu. Namun kemudian bibirnya menarik senyum. Kepala pula menggeleng sedikit.

"Tiada apa Tuan Puteri. Saja mahu melawat keluarga Putera." Balas Raja Qaiser Han. Lembut sahaja nada suaranya. Suara yang Sarahana rindu sa...

Ahaks! Gurau je.

"Kalau begitu, marilah saya iringi Tuanku. Kita sama-sama melihat suasana sekitar Istana saya yang tidak seberapa ini." Ujar Putera Riayatun Shah.

Raja Qaiser Han senyum manis dan terus bangun dari duduknya. Putera Izhan bangkit sama sebelum mengekori langkah ayahnya dan Raja Qaiser Han.

Suasana di meja makan ini senyap sunyi seketika sehinggalah Raja Qaiser Han betul-betul menjauh.

Ungku Aisyah pantas menukar tempat duduknya ke sebelah Sarahana. Terkebil-kebil Sarahana dengan tingkah pelik adik-adiknya yang tersengih dari tadi. Ungku Aisyah pula bukan main tersenyum lebar.

"Kenapa ni? Umi sihat kah?" Tanya Sarahana.

Risau kadang.

"Umi sihat sahaja. Sekejap." Ungku Aisyah mengambil sesuatu di sebelahnya sebelum satu kotak berwarna merah di hulurkan ke arah Sarahana.

"Apa ni umi?" Sarahana mengulit kotak itu. Lama.

"Kak bukalah. Iddan mahu lihat isinya." Ujar Putera Iddan. Dia pula yang teruja.

Sarahana terus membuka kotak itu. Terserlah isinya yang cantik berukiran bunga dan berwarna keemasan terang.

"Cantik. Siapa punya ni umi?" Tanya Sarahana.

PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD)Where stories live. Discover now