•CERITERA 12•

7.6K 723 57
                                    

PUTERA IMAN menjeling pelik Raja Qaiser Han yang asyik-asyik membawa kuntuman bunga ros di tangannya ke hidung. Menghidu haruman bunga mawar itu.

Dah macam orang angau pun ada.

"Bunga tu daripada orang tersayang ke Tuanku? Sayang semacam sahaja Tuanku kepada bunga mawar itu." Ujar Putera Iman.

Raja Qaiser Han ketawa kecil.

"Orang tersayang? Mana ada. Ini cuma... ada orang tukarkan kuda saya untuk sepuluh minit dengan bunga ros ini." Ujar Raja Qaiser Han dengan senyuman di bibir yang bagai menahan senyum lucu.

"Apakah ini? Sistem barter?" Terlepas tawa kecil dari Putera Iman. Pelik-pelik je. Dan dia tahu siapa punca benda-benda pelik macam ini.

Siapa? Alahai ada seorang je manusia yang tak normal di Inderaloka ni. Pandai-pandailah teka. Haha!

"Salah ke lelaki dapat bunga?" Tanya Raja Qaiser Han. Wajahnya agak lurus dan pembaris. Sebab dia tidak pernah dapat bunga dari sesiapa.

"Tak pelik pun. Zaman moden sekarang ini, bukan perempuan sahaja yang dapat bunga. Ada lelaki pun selalu dapat bunga. Lagi-lagi kalau lelaki itu Putera Mahkota. Tak mustahil. Biasalah tu." Kata Putera Iman dengan tawa kecil di bibirnya.

Raja Qaiser Han senyum dan menjatuhkan kepala. Mengerti.

Tiba-tiba ada seorang wanita yang berumur dalam lingkungan akhir 30-an menghalang langkah Putera Iman dan Raja Qaiser Han setelah hampir dari jauh dia usyar bunga merah pekat di tangan Putera Mahkota. Tajam mata di sebalik kaca mata tebalnya merenung bunga ros itu.

"Ini bukankah bunga ros dari kawasan padang utama? Encik petik bunga ini?" Tanya wanita itu. Agak tegas.

Raja Qaiser Han tergamam sendiri. Terkebil-kebil mata memandang bunga ros di tangan dan wajah wanita dihadapannya bersilih ganti.

Uh-oh...

"Encik tak baca papan tanda di padang utama tadi ke? Pelawat tidak dibenarkan memetik bunga atau tumbuhan di sini sama sekali! Dan Encik memetik... ros merah..." Ujar wanita itu lagi. Penuh ketegasan.

Putera Iman cuba menghalang perempuan itu dari terus berkata-kata. Namun wanita itu tidak mengendahkannya. Putera Iman terus garu belakang kepala. Tak tahu nak buat apa dah. Wanita dengan tag nama Puteri Daria itu masih dengan ketegasannya. Raja Qaiser Han pula sudah cuak di tempatnya.

Aduhai mak su...

"Ma...maaf saya tak tahu." Raja Qaiser Han gigit bibir bawah.

Wanita itu hanya menggeleng kepala mendengarnya.

"Saya tak pernah lagi nampak Encik di sini. Mungkin ini kali pertama Encik datang ke tempat kami. Jadi tidak mengapalah. Encik dimaafkan." Ujar Puteri Daria.

Putera Iman rasa nak je hantuk kepala ke dinding di sebelah. Memanglah dia tak pernah datang sini mak su uii. Dia tu Putera Mahkota.

Raja Qaiser Han menelan liur melihat bunga ros di tangannya. Keadaannya sekarang persis bunga ros.

Batang bunga ros berduri kerana cuba melindungi bunganya.

Tapi sekarang ini, dia cuma ada bunga dan tiada batang berduri yang boleh melindunginya.

Hmm.

Hanya kerana bunga ros sahaja...

"Kalau begitu, biar saya membayar ganti rugi untuk sekuntum bunga ini." Ujar Raja Qaiser Han tenang.

Dan Putera Iman terus tepuk dahi.


"SINI. Saya nak bawa Medallion balik." Ujar Iskandar Zulkarnain.

PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD)Where stories live. Discover now