•CERITERA 31•

9.1K 859 38
                                    

PENGAWAL-PENGAWAL yang berjaga di Istana Inderaloka menjeling lama ke arah tingkah comel Sarahana yang sedang bersandar di pintu besar istana.

"Itukah bakal permaisuri kita kelak?"

"Haa. Iyalah. Itulah orangnya. Comel molek. Cantik manis orangnya kan?" Bisik lagi seorang pengawal.

"Ya. Aku tahu. Dia kan pernah belajar lapangan di istana ni hari tu. Fuh. Nasib aku belum ajak dia dating."

"Betul. Rupa-rupanya dia satu-satunya anakanda perempuan Putera Riayatun Shah. Nasib baik." Bisik pengawal tadi.

Sarahana yang sedang berdiri di pintu utama itu memuncung sedikit. Manalah Putera Mahkota ini? Sudah lewat petang masih belum pulang. Kata pukul satu dia akan pulang.

Hmm.

Sarahana rasa bersalah pula. Sejak dua tiga hari ini, Raja Qaiser Han jarang bercakap dengannya. Layanan Raja Qaiser Han seperti biasa. Hangat dan sangat lembut. Tapi dia perasan yang Raja Qaiser Han semakin kurang bercakap. Tiada lagi kata-kata manis dari bibirnya.

Hmm.

Dia terasa ke?

Tapi dalam diari tu tak ada pun tulis yang Sarahana tak mahu kahwin dengan Putera Mahkota. Dia cuma tulis yang dia tak nak kahwin dengan kerabat di...

Yalah. Samalah tu dengan Putera Mahkota.

Hmm.

Macam mana nak pujuk? Aku tak reti lah nak pujuk memujuk ni.

Mata Sarahana bersinar saat melihat satu kereta hitam berkilat masuk melepasi pagar Istana. Kenal sungguh siapa di dalam kereta itu. Terus melebar senyuman Sarahana.

"Awak dah balik?" Sarahana terus merapati Raja Qaiser Han ceria. Tangan lelaki itu dicapai sebelum dicium lembut.

Raja Qaiser Han senyum. Berbunga jugalah rasa hati bila Sarahana menyambutnya pulang.

"Jom. Kita masuk. Dah lewat petang ni." Raja Qaiser Han menggenggam erat tangan Sarahana dan ditarik agar mengekori langkahnya. Sarahana sembunyi senyum. Gila tak suka bila suami pimpin.

Hahah!

Sarahana diam sebaik sahaja Raja Qaiser Han menolaknya agar duduk di atas sofa. Raja Qaiser Han duduk di sebelah Sarahana sebelum dia bersandar ke sofa. Penat sedikit rasa tubuh.

Sarahana gigit bibir bawah. Mesti Raja Qaiser Han penat kan?

"Abang penat? Nak Ana urut?" Tanya Sarahana.

Terkelip-kelip mata Raja Qaiser Han memandang Sarahana. Suka pula dia dengar suara lunak itu memanggilnya abang.

Kedengarannya indah.

Sarahana rasa malu sendiri. Err. Selalu kalau ayah penat, umi mesti tolong ayah buka baju. Tolong ayah angkat briefcase.

"Mari Ana... Ana tolong abang buka baju." Tawar Sarahana.

Raja Qaiser Han terus angkat kepala.

"Ba.. Baju abang?"

Sarahana jatuhkan kepala. Polos.

Raja Qaiser Han berdehem perlahan. Lama dia terdiam sendiri sebelum jatuhkan kepala.

"Sure." Raja Qaiser Han tegakkan tubuh. Teragak-agak dia hendak membuka sut di tubuhnya.

Sarahana yang melihat terus membantu membuka sut hitam di tubuh tegap itu. Kemudian sut itu disangkut di lengan sebelum dia meleraikan pula ikatan tali leher Raja Qaiser Han.

Putera Mahkota itu cuma diam. Membiarkan sahaja Sarahana melakukan kerjanya.

Okey siap.

Sarahana menolak lembut dagu Raja Qaiser Han agar mendongak. Lelaki itu patuh. Tangan Sarahana mula berlari membuka butang kemeja paling atas di tubuh tegap itu. Kemudian berkalih pula ke butang kedua. Apabila rasa bagai diperhatikan, Sarahana angkat kepala. Terus berbahang rasa wajah saat melihat pandangan karamel itu mencerun hangat menikam pandangannya.

PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD)Where stories live. Discover now