•CERITERA 4•

6.4K 619 19
                                    

     "BERHENTI!" Sarahana terus berdiri di hadapan budak-budak itu. Menghalang lelaki berkumis melentik itu mendekati mereka.

Budak lelaki bernama Hariri tadi pantas memeluk kaki Sarahana. Menggeletar ketakutan.

"Kau gila? Mereka masih budak!" Garang Sarahana menengking lelaki-lelaki dihadapannya itu.

"Aku Amang. Panggil je... abang Amang." Lelaki itu terus gelak jahat bersama geng-gengnya. Kecil sahaja Sarahana di mata mereka.

"Cik adik manis ini dari mana mahu ke mana? Rasa-rasanya, aku tidak pernah melihat wajah cantik ini di kampung nelayan." Lelaki itu cuba mendekati Sarahana.

Sarahana terus mengundur ke belakang dengan menarik budak-budak itu agar mengikutinya.

"Biar aku teka. Emmm... Kau ini orang bandar Inderaloka ya?" Lelaki itu memandang miang tubuh Sarahana atas bawah.

"Cantik. Tak sangka kerajaan Inderaloka ada gadis-gadis cantik macam ni. Aku sudah muak tengok muka comot gadis-gadis kampung nelayan tu. Tak sangka malam ni ada rezeki berjumpa dengan perempuan cantik dari Inderaloka." Lagi sekali lelaki itu gelak jahat. Diikuti anak-anak kapalnya yang dungu ikut ketawa sama.

Sarahana senyum senget.

"Nampaknya kamu semua ini bukanlah rakyat Inderaloka ya?" Ujar Sarahana. Tenang nada suaranya.

Terus terdiam orang-orang itu. Terkebil-kebil mata mereka memandang ke arah Sarahana dengan si Amang bersilih ganti.

"Kamu semua dari mana? Dakota? Ataupun..." Sarahana senyum penuh misteri. Membuatkan mereka rasa panas punggung tiba-tiba.

"... kamu semua ini dari Kota Berampai?" Teka Sarahana dengan wajah yang saja dibuat tertanya-tanya.

"Ehem!" Automatik suasana dimeriahkan dengan suara-suara deheman yang sengaja dibuat-buat.

Sarahana mencebik. Tangan naik memeluk tubuh.

"Hmm. Rasa-rasanya, apa yang akan jadi kalau saya laporkan bahawa rakyat Kota Berampai memecah masuk perairan kerajaan Inderaloka pada Raja? Maaf pembetulan. Bukan rakyat. Tetapi lanun-lanun dari Kota Berampai."

Lelaki itu mengetap rahang melihat wajah yakin gadis itu.

"Kita patut bunuh dia, ketua." Bisik seorang lelaki botak ke arah lelaki tadi. Perlahan tapi cukup buat tubuh Sarahana rasa menggeletar tiba-tiba.

Amang mengangguk dan terus mengeluarkan pisau dari belakangnya.

Sarahana terkaku. Dia menarik tangan seorang remaja lelaki yang paling tua dan besar diantara budak-budak kecil itu.

"Bila saya sebut tiga, awak bawa mereka pergi dari sini." Bisik Sarahana. Sangat perlahan. Remaja itu terkelu.

"Tapi, kakak macam ma..."

"Jangan hiraukan kakak. Pandailah kakak lari nanti. Ikut je."

Remaja itu nampak serba salah namun kepala pantas dijatuhkan. Akur akan arahan Sarahana.

"Maaf cik adik manis. Otak kau terlalu bijak. Aku kena bunuh kau dulu. Baru aku bawa mereka semua semula." Amang senyum jahat. Dia mula mendekati Sarahana selangkah demi selangkah.

Sarahana telan liur.

Satu...

"Malangnya nasib. Sudahlah cantik."

Dua...

"Tiga!" Jerit Sarahana. Budak-budak di belakangnya terus bertempiaran lari menjauhi teluk kechil.

PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD)Where stories live. Discover now