•CERITERA 17•

7.5K 788 115
                                    

SARAHANA terdiam memandang ke arah Tunku Qhairiysh yang tenang memandang ke arahnya juga.

Lama suasana menyepi.

Sarahana tarik nafas dalam-dalam. Dia yakin dia tiada buat apa-apa yang salah ketika membancuh kopi itu. Dia yakin.

"Jadi. Tunku fikir saya yang meletakkan bahan asing itu ke dalam minuman Putera Mahkota?" Tanya Sarahana. Juga tenang.

Tunku Qhairiysh ketawa kecil.

"Tidak. Saya cuma inginkan kepastian. Kenapa? Cik... Sarahana teragak-agak untuk tunaikan permintaan saya?" Tunku Qhairiysh senyum manis. Tapi percayalah. Senyuman itu kelihatan sangat sinis di mata Sarahana Sayang.

Wajah Putera Mahkota berubah tegang saat melihat wajah yakin Tunku Qhairiysh. Secawan kopi di hadapannya dijeling sebelum dia memusingkan sedikit tubuh memandang Sarahana Sayang yang terdiam di tempatnya.

Sarahana Sayang menelan liur saat pandangannya bersatu dengan sepasang mata redup Raja Qaiser Han. Pandangan Putera Mahkota itu redup. Bagai percaya dengannya.

"Kalau Cik Sarahana yakin, mengapa perlu ragu-ragu? Atau... Cik ada buat sesuatu yang tidak patut ke?" Tanya Tunku Qhairiysh lagi.

Sarahana menggenggam hujung baju kurungnya. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dia menarik senyum.

Berani kerana benar.

"Baiklah. Saya akan buktikan kepada Tunku." Sarahana membongkokkan sedikit tubuh dan terus mencapai cawan berisi air kopi itu.

"Sarahana jangan..."

Raja Qaiser Han cuba menghalang. Gagal. Sarahana sudahpun menyisip kopi itu. Sedikit. Sedikit demi sedikit sehingga habis satu cawan itu.

Sarahana tenang mencapai teko putih keemasan itu dan isinya dituang ke dalam cawan tadi. Cawan tadi diambil dan dia menyisip lagi isinya sehingga habis.

"Uhuks!" Sarahana terbatuk sedikit saat terasa hangat kopi itu melalui kerongkongnya. Namun kemudian bibir menarik senyum dan dia berundur sedikit. Wajah yakinnya di tayang.

"Saya sudah tunaikan permintaan Tunku. Ada apa-apa permintaan lain, Cik Muda Tunku Qhairiysh?" Sarahana tersenyum nipis.

Wajah Tunku Qhairiysh berubah. Sangkaannya meleset. Dia sendiri tidak menyangka bahawa gadis itu berani membuktikan semuanya.

Jadi. Siapa dayang istana itu?

"Itu sahaja. Terima kasih Cik Sarahana." Tunku Qhairiysh senyum. Dadanya sesak dengan rasa sendiri. Sesak dengan soalan demi soalan.

Raja Ibrahim Zulfaqar pantas memberi arahan kepada dayang istana untuk membawa teko itu pergi. Patuh. Dayang bernama Hajar itu pantas menatang dulang itu dan bergegas keluar dari ruangan makan ini.

Sarahana rasa berdebar. Dadanya tiba-tiba rasa sesak dengan pandangan-pandangan yang diterima. Dia berdiri tegak bagai seorang pesalah yang menanti hukuman. Dan mata-mata yang memerhati tajam seperti pemangsa yang mahu merobek mangsanya.

Sarahana menelan liur dan terus meminta diri agar bertenang.

In shaa Allah.

Semuanya akan baik-baik sahaja.

"Apa maksud Tunku Qhairiysh. Apa yang Qhairiysh nampak?" Tanya Permaisuri Ratu Anggun.

"Ampun Tuanku Permaisuri. Saya ternampak seorang perempuan memasukkan sesuatu ke dalam teko yang dibawa keluar sebentar tadi." Beritahu Tunku Qhairiysh. Jujur.

"Adakah perempuan itu dayang istana?" Tanya Raja Ibrahim Zulfaqar pula.

"Ya. Melihatkan pada pemakaiannya, saya pasti dia adalah salah seorang diantara dayang istana ini." Ujar Tunku Qhairiysh.

PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD)Where stories live. Discover now