•CERITERA 23•

7.3K 806 76
                                    

AYA yang sedang membantu kakaknya Wani membawa dulang berisi pati haruman kasturi dan pelbagai lagi haruman yang lain terdiam bersama-sama beberapa dayang yang lain. Langkah mereka terhenti melihatkan pengawal-pengawal Istana Putera yang bergegas menuruni anak tangga. Sekumpulan lelaki bersut kemas itu terus berpecah kepada beberapa kumpulan dan mula melangkah laju ke setiap pelusuk istana. Ada yang utara. Ada yang ke timur dan ada pula yang ke barat.

Ada apa ni?

"Err maaf tuan. Saya mahu tumpang tanya, ada tetamu nak datang kah?" Tanya Aya sebaik sahaja berjaya menahan langkah seorang pengawal yang berlari-lari anak mahu melepasinya.

"Oh tidak. Tidak ada tetamu pun."

"Oh habis itu? Ada apa-apa masalah?" Tanya Aya lagi.

"Tuan Puteri hilang. Jadi Tuan Putera Indra meminta kami untuk cari di serata istana." Beritahu pengawal itu sebelum kembali menyambung langkah. Mahu mencari Tuan Puteri yang hilang itu.

Aya gigit bibir bawah. Tangan terus naik tepuk mulut yang jahat.

Aduhai.

Masin mulut aku!

SARAHANA melempar pandang jauh ke hadapan sana. Terasa tenang bunyi ombak menghempas pantas. Terasa nyaman sahaja bunyi desiran pasir dan ombak.

Pemandangan ini tak pernah tak indah dan dia pula tak pernah lelah mengagumi ciptaan tuhan ini. Hari ini suasana di perkampungan nelayan terasa suram. Senyap sunyi sahaja. Kadangkala Sarahana terserempak dengan orang pinggiran yang sedih sahaja wajahnya.

Ada juga Sarahana bertanyakan kepada Nenek Ma. Tapi Nenek Ma cuma senyum nipis sahaja. Tiada tanda-tanda mahu menjawab pertanyaan Sarahana.

Sarahana tahu. Penduduk perkampungan nelayan di pinggiran Inderaloka ini ada masalah. Tapi mereka cuma mendiamkan diri.

Hmm.

"Nak, kamu sudah makan?" Tanya Nenek Ma yang baru sahaja muncul dari dalam rumah usangnya.

Sarahana angkat kepala. Automatik bibir menarik senyum.

"Sudah Nek Ma. Kenyang sangat. Alhamdulillah. Masakan Nek Ma tak pernah tak sedap." Ujar Sarahana. Ya. Sedap sangat. Silap-silap hari bulan berat badan boleh mendadak meningkat kalau dia terus tinggal dengan Nek Ma. Malam tadi dipelawanya makan ikan bakar sampai dua ekor selamat berenang dalam perutnya. Hari ini pula makan nasi berlaukkan ikan pari asam pedas, sayur pucuk paku dan macam-macam lagi.

Fuh.

Memang boleh gemuk kalau macam inilah gayanya setiap hari.

"Kamu ni datang ke mari, mak pak kamu tak marah ke? Nanti kalau mereka risau macam mana?" Tanya Nek Ma. Entah anak gadis ini milik siapa. Ibu bapanya pula siapa. Pasti ada sahaja masanya untuk bermalam di sini. Biasanya kalau dah nama pun budak bandar, mana mahu jejakkan kaki di pinggiran Inderloka ini. Tapi lain pula dengan Sarahana. Kadang kala gayanya macam tak mahu pulang ke rumah.

"Tidak mengapa. Tak usah risaulah Nek Ma. Mereka dah kenal dengan saya ni ha. Saya pergi paling lama dua hari sahaja. Nanti saya pulanglah semula." Tertawa kecil Sarahana apabila Nenek Ma cuma menggeleng kepala mendengar jawapannya.

Ada je jawabnya tu.

"Nek Ma lihat, kalau kamu di sini, kamu pasti menghabiskan masa melihat laut di sana. Kenapa? Anak ada menantikan seseorang ke?" Tanya Nek Ma.

"Eh tidak. Saya nak tunggu siapa pula Nek Ma? Hahah! Saya cuma suka melihat air laut Inderaloka yang indah ini. Airnya biru seperti permata sapphire. Kadang airnya hijau seperti permata zamrud. Berkilau saat ada cahaya matahari menyentuh permukaannya. Entahlah. Yang penting saya rasa tenang melihat laut ini. Bunyian ombak menghempas dirinya ke pantai benar-benar bagai melodi merdu yang begitu mendamaikan." Sarahana tersenyum sendiri melihat air laut nun di sana. Jatuh cinta benar dia dengan laut tu.

PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD)Where stories live. Discover now