•CERITERA 35•

13.5K 977 162
                                    

SARAHANA melepaskan keluhan. Rasa bosan sungguh berada di istana seorang diri. Kanda pujaan hati pula entah sudah hilang ke mana agaknya.

Mungkin Qaiser sibuk.

Sarahana rebahkan tubuh di atas katil. Sedang berangan-angan bagai di kayangan, akhirnya Sarahana terlena jua.

Namun Sarahana mula terjaga dari lena saat ada sesuatu berlabuh lembut di cuping telinga. Lambat-lambat dia buka mata.

"Rise and shine, my lady. Bangun. Tak elok tidur petang." Kejut satu suara lembut bersama satu tepukan lembut di sisi pinggang Sarahana.

Sarahana automatik menarik senyum.

Omoo...

Sarahana bangun dari perbaringan. Terkelip-kelip matanya melihat Qaiser Han yang santai berbaju loose t-shirt warna hitam dan sweatpants yang juga berwarna hitam.

"Abang dah mandi?" Tanya Sarahana.

"Dah. Solat asar pun dah. Ana dah solat asar?"

Sarahana menyengih seraya menggeleng kepala. Raja Qaiser Han tersenyum sama. Tangan kasarnya naik menggosok lembut sisi kepala Sarahana.

"Bangun. Pergi solat dulu. Abang tunggu. Nanti kita turun minum petang sama-sama. Bonda dah tunggu dah tu." Ujar Raja Qaiser Han.

Mengerti. Laju sahaja Sarahana berlari selepas itu. Membersihkan diri, mengambil wuduk dan mendirikan solat asar. Usai mendirikan solat, Sarahana bersiap-siap untuk minum petang.

Sarahana berdiri di hadapan cermin seraya membetulkan sedikit tudungnya. Mahu memastikan tiada kecacatan pada pakaiannya sebelum menikmati minum petang nanti. Sarahana memusingkan tubuh dan mengatur langkah ke arah Raja Qaiser Han.

"Abang. Dah siap. Jom tu..." Sarahana terdiam. Terkaku tubuhnya saat sepasang mata Qaiser Han gelap memandang ke arahnya lama. Gayanya santai dengan siku yang singgah di sisi sofa bersama tangan yang menongkat dagu.

Tapi pandangan itu...

Tak ubah seperti pandangan seorang pemangsa terhadap mangsanya.

Gulp...

Raja Qaiser Han menarik senyum lebar saat melihat pipi Sarahana mula memerah apabila ditenungnya. Selama ni dia buat kita. Bila kita buat dia ni rasa macam hmm.

Fun.

"Jom. Kita turun." Raja Qaiser Han bangun. Jari jemarinya disulam diantara jari jemari Sarahana sebelum tangan itu digenggam erat dan dipimpin agar mengikuti langkahnya.

Sarahana cuma diam. Seketika kemudian dia angkat kepala menoleh ke arah Raja Qaiser Han di sisinya.

"Kenapa abang pandang Ana macam tu? Takut Ana." Tanya Sarahana perlahan.

Pecah tawa dari bibir Raja Qaiser Han. Indah sahaja bunyi tawa itu di telinga yang mendengarnya.

"Sebab dulu abang dah terbiasa tak pandang perempuan. Bonda dan ayahanda selalu ajar. Lower your gaze. The real definition of a strong man is a man who can lower his gaze. Never stare at someone's daughter for more than three seconds. Lagipun dulu ramai tak tahu abang ni Putera Mahkota. Jadi hidup abang normal. Tak ada perempuan nak pandang abang. Dan abang pun tak pandang perempuan. Kawan perempuan abang pun Dutchess Courtney seorang sahaja." Ujar Raja Qaiser Han tenang. Mula bercerita bersama langkah mereka.

Sarahana terangguk-angguk mendengarnya. Kagum jugalah mendengarnya.

"Tapi..." Raja Qaiser Han melepaskan genggamannya di tangan Sarahana. Tangan kecil itu kemudian dikalihkan agar memeluk lengannya.

PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD)Where stories live. Discover now