•CERITERA 33•

12.1K 960 118
                                    

RAJA QAISER HAN diam berpandangan lama dengan barisan penasihat Inderaloka di hadapannya itu. Wajahnya agak tegang.

"Boleh saya minta Puteri Mahkota untuk bersama-sama dalam perjumpaan kita ini?" Ujar ketua Penasihat Inderaloka.

"Tak perlu. Sebarang perkara merepek yang awak mahu cakapkan, cakap terus kepada saya sahaja. Tak perlu libatkan isteri saya." Tegas suara Raja Qaiser Han. Tahu apa yang bakal menjadi topik dalam perjumpaan ini.

Raja dan Permaisuri Inderaloka diam mendengar suara anak mereka. Tahu Raja Qaiser Han tak pernah suka dengan Barisan Penasihat Dalam Inderaloka. Kerana baginya, kumpulan penasihat ini hanya menyibuk sahaja dalam urusan keluarga. Raja Ibrahim mengerti. Kerana dia juga tak suka dengan kumpulan penasihat ini.

"Seperti yang semua sudah sedia maklum, Putera Mahkota Inderaloka, Yang Mulia Raja Qaiser Han sudahpun menikahi Puteri Sarahana Sayang Putera Riayatun Shah. Oleh itu, kami perlu memberikan serba sedikit nasihat yang penting untuk meneruskan keluarga diraja Inderaloka ini." Ujar Engku Afwan tenang walaupun menghadap wajah beku di hadapannya itu.

"Yang pertama, jika selepas tiga bulan pernikahan, Puteri Mahkota masih belum hamilkan keturunan seterusnya untuk Tuanku, maka Tuanku sepatutnya akan dikahwinkan dengan anak keluarga kerabat diraja yang lain di Inderaloka sebagai ta..."

"No." Potong Raja Qaiser Han laju. Hanya sepatah tapi cukup membuat barisan penasihat itu jatuhkan kepala menunduk memandang lantai.

"Dan calon seterusnya yang berkemungkinan akan dikahwinkan dengan Tuanku adalah Tunku Qhairiysh. Lagipula kami sudah sedia maklum. Tuanku ada menyertai misi sulit Inderaloka. Di dalam buku Inderaloka ada menjelaskan bahawa Puteri Mahkota perlu dipastikan hamil dahulu, baru Tuanku Putera Mahkota dibenarkan mengikuti segala misi sulit di Inderaloka."

"Ah that old book? That book was written decades ago. Ini zaman moden. Lagipula sejak pemerintahan ayahanda saya, keluarga diraja Inderaloka tidak guna lagi peraturan yang satu itu." Hujah Raja Qaiser Han dengan wajahnya yang serius.

Diam. Mulut penasihat-penasihat itu terus terkelu.

"Tapi Tuanku Putera Mahkota. Tuanku sedang menyertai misi sulit yang barangkali boleh membahayakan Tuanku. Sekurang-kurangnya, kami perlu yakin ada keturunan Tuanku yang seterusnya dan jika ada apa-apa berlaku pada Tuanku mema..."

"Jadi. Tuan mahu saya mati awal ke?" Bidas Raja Qaiser Han garang.

Terdiam lagi semua di situ.

"Ampun Tuanku. Bukan begitu maksud saya. Saya..."

"Jadi tuan mahu dikurung? Atau Tuan dan barisan penasihat ini mahu saya gantung daripada kerja untuk lima tahun lagi sepertimana ayahanda saya lakukan dahulu? Seperti itu?" Potong Raja Qaiser Han lagi. Wajahnya garang. Kata-katanya sangat meyakinkan dan membuatkan semua di situ terdiam lama.

Diam seketika. Engku Afwan dilihat menarik nafas dalam-dalam.

"Tidak Tuanku Putera Mahkota. Saya cuma jalankan tugas untuk memastikan keluarga Diraja Inderaloka terus hidup dan terus dirgahayu. Hanya itu sahaja."

"Then do your job. Buat kerja Tuan. Tapi jangan sesekali masuk campur urusan keluarga saya. Faham?" Tajam mata bak helang itu menikam wajah-wajah di hadapannya.

Raja Ibrahim sembunyi senyum.

That's my son.









SARAHANA yang sedang memasang bulletproof vase di tubuh tegap itu hanya diam sahaja. Wajah pula langsung tak memberi reaksi apa-apa.

Raja Qaiser Han tipu.

Melihat wajah sedih itu membuatkan Raja Qaiser Han rasa serba salah pula.

PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD)Where stories live. Discover now