•CERITERA 10•

7.5K 709 85
                                    

"TU... TUANKU!"

Sarahana terus angkat kepala memandang lelaki tegap di hadapannya.

Dia hanya nampak belakang kepala lelaki itu. Tapi itu sudah cukup membuatkan Sarahana menyedari segalanya.

Uh-oh...

Umi!

Sarahana terus melepaskan tangannya yang mencengkam belakang kemeja lelaki itu.

Alamak...

"Awak ada apa-apa masalah dengan dayang saya ke?" Tanya suara garau itu. Tenang.

Sarahana gigit bibir bawah.

Dayang saya~

Engku Darwisy tersenyum kelat sebelum menggeleng kepala.

"Tiada apa-apa Tuanku. Saya cuma ada sedikit perhitungan dengan dayang Tuanku itu." Ujar Engku Darwisy pula.

"Tidak kisahlah perhitungan apa sekalipun, awak tidak sepatutnya menyentuh dia sesuka hati. Dia anak gadis orang dan awak lelaki. Be a gentleman dan ajak selesaikan masalah elok-elok." Raja Qaiser bersuara lagi. Penuh berwibawa dan berkarisma nada suaranya. Tenang sahaja gayanya.

Sarahana terus menjengulkan kepala di sebalik tubuh tegap Raja Qaiser Han. Lidah terus dijelir ke arah Engku Darwisy.

Padan muka kena ceramah!

Raja Qaiser Han yang perasan akan tingkah nakal Sarahana Sayang tadi terus menggeleng kepalanya. Meminta Sarahana supaya tidak berbuat sedemikian rupa lagi.

Sarahana terus memuncung dan menjatuhkan kepala. Mengerti.

Engku Darwisy tahan rasa melihat Sarahana yang menjelir lidah ke arahnya tadi.

Amboi kau. Ada back up bukan main berani ya...

Dia mengeluh perlahan. Tak pasal-pasal kena ceramah pula dengan Putera Mahkota.

"Maaf Tuanku. Baiklah. Akan saya cuba mengikuti nasihat Tuanku sebentar tadi." Ujar Engku Darwisy. Dia terus membongkokkan tubuh. Tanda hormat.

Raja Qaiser Han senyum.

"Baguslah kalau macam tu. Sarahana Sayang..."

Sarahana terkedu sesaat mendengar suara garau itu menyeru lembut namanya.

Kedengaran...

Seksi?

Astaghfirullah!

Kau dah kenapa Sarahana?! No way! Jangan jatuh!

"Y... ya Tuanku. Ini, sut baru Tuanku." Sarahana menghulurkan sut hitam kepada Raja Qaiser Han.

Raja Qaiser Han senyum lagi sebelum menyambut sut hitam itu. Tanpa bicara, sut itu terus disarung ke tubuh tegapnya. Tiba-tiba pergerakannya terhenti. Terkelip-kelip matanya memandang sekeliling.

Ya. Banyak mata-mata pelajar memandang ke arahnya. Bersinar-sinar mata mereka ketika itu. Terus berbahang rasa wajah.

Gulp...

Raja Qaiser Han berdehem sedikit. Tangan naik membetulkan sedikit tali lehernya. Mahu berlagak tenang walaupun rasa gemuruh di dada benar-benar terasa.

"Mari ikut beta." Ujar Raja Qaiser Han lagi sebelum terus berjalan meninggalkan Sarahana.

Sarahana senyum nipis sebelum menjatuhkan kepala. Terus dia mengekor langkah Raja Qaiser Han. Sempat dia mengejek Engku Darwisy sebelum mencicit dia mengejar langkah kaki panjang Raja Qaiser Han.

PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD)Where stories live. Discover now