•CERITERA 15•

7.6K 796 115
                                    

PUTERA IZZARIL SHAH.

Sebaris nama yang cukup buatkan suasana jadi sunyi sepi. Sebaik sahaja tubuh tinggi lampai itu melangkah masuk ke dalam balairung, Sarahana terus tunduk memandang lantai. Tangan yang jatuh disisi menggenggam erat hujung baju kurungnya.

Dapat dia rasakan dingin mencengkam kulitnya. Tangannya menggigil. Rasa sejuk seluruh tubuhnya. Kali ini dia tidak akan angkat muka. Dia tidak akan melihat lelaki itu. Bahkan menjeling sekalipun dia tidak mahu.

Ya Allah!

Tenang Puteri.

Tenang.

Dan jantungnya bagai mahu tercabut saat lelaki itu tenang melangkah melepasinya dan melabuhkan punggung di sebelah YM Raja Qurratu' Aminah.

Tidak jauh dan tidak dekat jua. Namun cukup buatkan Sarahana rasa lemah lutut.

Umi. Ayah.

Sarahana jauh tenggelam di dalam ketakutan. Namun dia masih bertahan.

"... Putera Riayatun Shah Putera Hadhari Shah, Yang Mulia Puan Besar Ungku Aisyah Ungku Tahir serta Putera Enam bersaudara..."

Dan ya. Sarahana terus angkat kepala memandang ke arah ayah dan uminya. Nafas lega terlepas dari bibirnya saat melihat keenam-enam saudara lelakinya yang turut sama hadir ke Istiadat Diraja ini.

Ya. Dia rasa lega. Sekurang-kurangnya dia rasa selamat kerana dia tahu walaupun abang-abang dan adik-adiknya suka menyakitkan hati, namun mereka tetap akan melindunginya.

Ketika itu pandangan Putera Iman berlanggar dengan pandangannya. Terus Sarahana tersebek-sebek. Cuba memberitahu Putera Iman yang dia takut.

Putera Iman menyenggol sedikit bahu Putera Indra.

Putera Indra menjeling Sarahana. Mata Putera Indra seperti biasa. Beku dan dingin. Namun ketika itu, pandangannya lembut sahaja. Bagai mahu memujuk adik perempuannya itu.

Sarahana diam dan kembali menunduk. Dia rasa tenang sedikit. Dia ada abang-abang dan adik-adik yang hebat. Dan dia percaya dengan mereka.

"Mengumumkan keberangkatan tiba, YM Tunku Qhalil, YM Tunku Qhairiysh dan Cik muda Tunku Qhayda."

Suara pengacara itu membuatkan Sarahana semakin tenang sedikit. Dia akan melupakan semua.

Semuanya.

Buat sementara waktu ini.

SARAHANA SAYANG diam mengekori Putera Mahkota dan Duchess Courtney yang asyik berbual dan tertawa itu. Entah apa yang dibualkan mereka agaknya.

Sarahana mengeluh perlahan. Sudahlah fikirannya terganggu dengan Putera Izzaril tadi. Sekarang ini jadi serabut dengan merpati dua sejoli di hadapannya.

Dia bukannya cemburu. Tapi sesiapa yang single mesti faham akan perasaan ini. Perasaan yang sama bila kau teman member berdating.

Haa. Macam itulah.

Haih. Entahlah.

"Watch your steps." Dengan lagak penuh budiman, Putera Mahkota menghulurkan lengannya ke arah Duchess Courtney.

Duchess Courtney tersenyum dan memegang lengan Putera Mahkota. Langkahnya diatur penuh berhati-hati menuruni anak tangga itu.

"Thank you, gentleman." Ujar Duchess Courtney seraya melepaskan tangannya dari menyentuh lengan Putera Mahkota.

"You're welcome, pretty."

"Aww." Duchess Courtney mengelipkan matanya comel. Serentak itu tawa kedua-dua mereka pecah.

PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD)Where stories live. Discover now