•CERITERA 24•

7.7K 830 94
                                    

SARAHANA membetulkan tudungnya sebelum tangan menepuk lembut belakang tubuh anak kecil yang tidur berbantalkan pehanya. Kepala di angkat melihat wajah-wajah tahanan di dalam penjara ini. Semua kelihatan lemah tidak bersemangat.

Sarahana melepaskan keluhan. Kasihan dia melihat mereka. Suasana di penjara bawah tanah ini semakin sejuk. Menandakan angin malam mula bertiup.

Bunyi pintu besi yang terkuak membuatkan semua angkat kepala. Muncul seorang lelaki bersama tiga orang pengawal. Langkah lelaki itu kemas dan teratur. Derapan berat itu akhirnya terhenti di hadapan pintu jeriji yang menempatkan Sarahana dan kumpulan pertama tahanan pinggiran Inderaloka.

Sarahana tergamam.

Lelaki itu.

Putera Izzaril Shah!

Anak kecil yang berbaring di atas pehanya terus bangun dan mengecilkan tubuh di sebelah Sarahana. Ketakutan.

"Kakak. Saya takut..." Adu budak itu. Ini bukan pertama kali dia dibawa ke Kota Berampai. Jadi dia kenal susuk tubuh lelaki itu milik siapa.

Jantung berdegup kencang saat pintu jeriji besi itu terbuka. Sarahana tertelan liur dan terdiam di tempatnya apabila lelaki itu ambil langkah merapatinya.

Jangan.

Jangan dekat!

"Jangan dekat dengan aku!" Sarahana memberi amaran perlahan. Tapi lelaki itu terus jatuhkan sebelah lutut di atas lantai.

Sarahana memandang lelaki itu. Lama. Rasa macam ada perbezaan pada Putera Izzaril yang berada dihadapannya ini. Pandangan matanya. Senyuman sinisnya. Rambutnya yang sedikit kerinting dan keperangan.

Tapi aura dari lelaki ini terasa berbeza benar berbanding sebelum ini.

Sarahana mendengus kasar lantas menepis tangan kasar yang cuba memegang tangannya. Malangnya tangan itu lebih pantas mencengkam kejap rahangnya. Terpejam mata Sarahana. Sakit rasa rahangnya dicengkam lelaki itu.

"Senang sekali dapat berjumpa dengan kau, Puteri Sarahana Sayang Putera Riayatun Shah." Ujar suara garau itu.

Sarahana terus membuka mata. Suara garau itu... kedengaran berbeza? Suara ini jauh lebih garau dan dalam.

Tapi apa dia kira. Yang penting dia tak suka lelaki ini.

"Lepaslah!" Sarahana menolak lelaki itu menjauh. Berjaya. Tangan itu terlepas dari terus mencengkam rahangnya.

Sarahana memandang tajam wajah antagonis Putera Izzaril. Bibir itu tersenyum senget. Kelihatan sinis dan psiko.

Sarahana memandang orang-orang pinggiran Inderaloka yang tidak terkelip memandang ke arahnya. Pandangan mereka keliru. Mungkin mereka terdengar apa yang Putera Izzaril katakan tadi.

Putera Izzaril ketawa kecil. Suka melihat wajah pucat gadis kecil itu. Tangannya menangkap lengan Sarahana dan ditarik kasar agar berdiri.

Sarahana mendesis sakit. Terasa kuku lelaki itu terbenam di kulitnya.

"Saya pinjam Tuan Puteri awak ini ya? Opss. Pembetulan. Tuan Puteri saya." Putera Izzaril menyeringai jahat memandang wajah-wajah tahanan yang baru tiba petang tadi.

Semua berpandangan sesama sendiri. Aidel ternganga kecil. Dia dapat menangkap maksud kata-kata itu. Cucu angkat Nek Ma ini...

Anakanda Putera Riayatun Shah?

"Mari. Ikut saya ya sayang?" Putera Izzaril mengheret Sarahana agar mengikutinya. Sarahana melawan dan cuba merentap tangannya. Putera Izzaril berang. Lantas tubuh Sarahana ditolak kuat ke dinding.

PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD)Where stories live. Discover now