•CERITERA 19•

8.3K 808 272
                                    

SARAHANA menyeka peluh yang memercik di dahi. Sudah hampir dua jam dia mengemop lantai istana di tingkat dua ini tapi masih tak siap-siap. Kenapalah Istana ini besar sangat?

Dah nama pun Istana Besar Inderaloka.

Hmm.

Sarahana terus menyambung kerjanya. Cepat dia buat cepatlah semuanya selesai. Tak gitu?

Sarahana mula mengemop di sebelah tangga. Rianglah hatinya ketika itu apabila tersedar yang kerjanya tinggal sedikit sahaja lagi. Selepas selesai di bahagian ini maka selesailah semuanya.

"Ana." Suara garau yang tiba-tiba menyapa dari belakang membuatkan Sarahana terkejut. Terjerit kecil dia bila kaki tersalah pijak anak tangga.

"Umi!"

Namun ada tangan menarik lengan bajunya dari belakang. Menghalangnya jatuh.

Sarahana urut dada. Fuh selamat!

Dia memusingkan tubuh mencari wajah yang menyapanya tadi.

Dan Sarahana terus terkedu melihat wajah Putera Mahkota yang diam memandang ke arahnya.

"Tu... Tuanku!" Sarahana terus membongkokkan tubuh. Terkejut melihat lelaki itu.

Melihat wajah kosong Putera Mahkota buatkan Sarahana diterpa rasa bersalah. Terus dia bongkokkan tubuh berkali-kali. Mahu meminta maaf.

"Maafkan saya Tuanku. Saya minta maaf." Ujar Sarahana. Bergetar nada suaranya. Mata rasa panas. Tunggu masa sahaja airmata mengalir.

Putera Mahkota itu cuma diam. Hanya mata sahaja yang memandang lama wajah Sarahana. Seketika kemudian dia larikan pandangan mata. Rasa segan pula.

"Salahnya bukan pada awak. Kenapa awak perlu meminta maaf?" Ujar Putera Mahkota. Tenang.

Sarahana rasa sedih tiba-tiba. Mengalir air matanya. Setitis demi setitis. Sebelum semakin laju titisan jernih itu mengalir ke pipi. Puas Sarahana menyeka tapi tetap jatuh jua.

Baiknya Putera Mahkota ni.

Putera Mahkota terkejut melihat air mata itu. Cuak rasa.

"Ja... Janganlah menangis. Sarahana ke... Kenapa awak menangis ni? Beta ada salah bicara ke?" Putera Mahkota mendekati Sarahana namun dia tersedar yang dia tetap tak boleh buat apa-apa dan terundur semula. Tangan naik menggosok belakang leher.

Nak buat apa ni?

Sarahana diam. Cuma tangan sahaja yang asyik-asyik naik menyeka air mata di pipi. Bahu mula terhinjut-hinjut sedikit.

"Sarahana. Janganlah menangis. Beta... Beta tak tahu macam mana nak pujuk awak." Raja Qaiser Han gigit bibir bawah.

Ya. Aku tak reti pujuk perempuan.

Kalau halal itu lain cerita.

Sarahana tersebek-sebek cuba menahan air mata.

"Tapi... Tapi saya hampir beri Tuanku minum air yang beracun tu. Saya bodoh. Saya tak sepatutnya cuai dan tinggalkan air tu walau sekejap sekalipun. Saya... saya betul-betul minta maaf Tuanku." Adu Sarahana. Sedih sahaja nada suaranya ketika meluah rasa itu.

Raja Qaiser Han diam. Tangannya merampas lembut mop di tangan Sarahana dan di sandarkan di dinding.

"Mari. Ikut beta." Ajak Raja Qaiser Han sebelum dia memusingkan tubuh. Mahu melangkah.

Sarahana menyeka air mata di pipi. Ahh sudah. Mesti buruk muka aku sekarang ni.

"Kita nak ke mana Tuanku? Nak buat apa?" Tanya Sarahana.

PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD)Where stories live. Discover now