•CERITERA 6•

7K 692 59
                                    

     "SETERUSNYA, Daeng Hatta Bin Daeng Hamka sebagai ketua. Iskandar Zulkarnain bin Muhammad. Seth Idraki bin Hamzah dan Amariz Azwar bin Amshar. Awak semua akan berada di bawah Putera Mahkota."

Banyak suara-suara kecil berbunyi. Nama-nama student paling popular tadi semua disebut untuk berada di kumpulan protokol pemakaian diraja.

Daeng Hatta. Anak bangsawan dari kerajaan Dakota. Iskandar Zulkarnain pula anak General Batalion Muhammad dari Angkatan Tentera Diraja. Seth Idraki merupakan anak lelaki sulung setiausaha kanan Raja. Amariz Azwar ini pula anak bongsu Royal Inderaloka Embassy di kerajaan Dakota. Semua punya nama. Jadi tidak hairanlah kalau mereka semua dapat berada di bawah Putera Mahkota.

"Awak berempat punya tanggungjawab yang sangat besar. Bukan hanya protokol pemakaian diraja, tetapi keselamatan dan juga keamanan Putera Mahkota. Kumpulan yang sangat berat. Jadi saya harap awak semua dapat melaksanakan kerja dengan baik walaupun ini hanyalah sekadar praktikal." Adryanna memandang ipad di tangan. Masih memeriksa sedikit informasi.

"Padanlah tak nak orang lain. Untungnya mereka. Sudahlah punya nama yang hebat." Aya tersenyum sengih. Gedik.

"Eh. Nama kau mana?" Aya menyenggol bahu Sarahana.

Sarahana angkat bahu. Takkanlah nama aku tak ada?

"Err maaf saya nak tanya." Aya angkat tangan berani.

"Ya saya. Apa yang awak nak tanya?" Adryanna berdiri tegak memandang Aya.

"Kawan saya, Sarahana. Nama dia tidak disebut pun."

"Oh ya?" Adryanna memandang wajah Sarahana. Dia pun terlupa akan sepupunya itu.

"Sekejap. Saya cari nama awak ya?" Adryanna senyum nipis. Jemari runcingnya dilarikan ke atas skrin ipad pula.

Seketika kemudian wajah Adryanna berubah. Wajahnya berkerut sedikit bagai keliru.

"Sheila." Adryanna menggamit jari ke arah seseorang.

"Ya cik?" Perempuan bernama Sheila itu memandang ke arah skrin ipad yang ditunjuk Adryanna.

Suasana tiba-tiba sunyi apabila Adryanna dan Sheila mula berbisik sesuatu. Serius sahaja wajah mereka.

Adryanna kemudian berkata sesuatu dan meminta Sheila meninggalkannya. Sheila akur dan terus berlalu pergi.

Sarahana sudah panas punggung. Gelisah. Kenapa?

"Cik Sarahana Sayang? Saya tak tahu macam mana nak cakap dengan awak..." Adryanna membawa ipad ke dada. Kepala diangkat memandang tenang wajah Sarahana.

"Maaf tapi awak seorang sahaja perempuan yang ditarik masuk ke bahagian protokol pemakaian diraja." Ujar Adryanna dengan sekali nafas.

Suasana kembali riuh. Lebih-lebih lagi student perempuan. Semua memandangnya tidak percaya.

"Weh!" Aya sudah ternganga memandang Sarahana. Tidak percaya.

"Sa... Saya?" Sarahana terkebil-kebil sendiri. Jari telunjuk diangkat menunjuk dirinya.

Mengharapkan yang kak Adryanna saja ajak dia bergurau manja.

"Ya. Dalam sistem, nama awak sudah didaftarkan oleh pihak universiti di bawah protokol pemakaian diraja. Jadi saya hanya ikut sistem pendaftaran yang sudah diberi." Adryanna senyum nipis dan menayang ipad di tangan. Dalam hati sudah gelak jahat saat melihat wajah terkejut beruk Sarahana.

Ya Allah...

Apakah?

SARAHANA diam berdiri diantara empat orang jejaka tampan itu. Kepala langsung tidak diangkat memandang mereka. Salah satu sebabnya adalah kerana mereka tinggi-tinggi belaka. Rasa katik sungguh dirinya ketika ini sebab dia cuma paras dada mereka.

PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD)Where stories live. Discover now