•CERITERA 11•

7.5K 793 77
                                    

SARAHANA SAYANG terdiam di tempatnya saat melihat Putera Mahkota Raja Qaiser Han yang segak dengan t-shirt hitam, seluar hitam dan bersama boot hitam. Di baju t-shirtnya, ada tulisan tekad dengan benang sutera keemasan.

King Qaiser.

Sounds majestic...

Raja Qaiser Han menggosok tapak tangannya sendiri yang terasa dingin. Tak tahu mengapa tapi serius dia rasa gementar sangat.

Perlahan-lahan Sarahana Sayang mendekati Raja Qaiser Han.

"Tuanku? Tuanku tak apa-apa?" Tanya Sarahana Sayang. Muka lelaki itu pun pucat semacam je.

"Beta rasa gementar. Beta tak pernah pergi ke khalayak ramai macam ni." Ujar Raja Qaiser Han dengan senyuman di bibirnya.

Sarahana Sayang mengangguk perlahan. Faham. Raja Qaiser Han disembunyikan daripada umum atas sebab-sebab tertentu. Jadi mungkin semua ini masih baru baginya. Tapi Sarahana tahu yang Raja Qaiser Han ini senang get along dengan orang walaupun Putera Mahkota ini agak introvert dan lebih suka bersendirian.

"Sarahana Sayang..."

Sarahana terus angkat kepala saat mendengar namanya diseru.

"Ya Tuanku?"

Raja Qaiser Han diam sejenak. Bagai sedang menyusun ayat di fikirannya.

"Why don't you give me a word or two?"

"Untuk?"

"Supaya beta menang hari ini." Ujar Raja Qaiser Han bersama senyuman di bibir.

Sarahana terus garu belakang kepala yang tak gatal. Allah. Tiba-tiba minta kata-kata semangat dari aku. Aku ni bukannya reti nak bagi semangat kepada orang.

Nak bagi kata-kata semangat apa eh?

"Err semoga berjaya!" Kata Sarahana Sayang dengan senyuman ceria di bibirnya.

Raja Qaiser Han ketawa kecil mendengarnya.

"Betul-betul dua perkataan ya awak beri pada beta." Ujar Raja Qaiser Han.

Sarahana menyengih sahaja.

Dari jauh, Sarahana dapat melihat lori diraja sedang menyediakan seekor kuda berwarna putih masuk ke dalam lori diraja.

Hmm. Mesti itu kuda Putera Mahkota kan?

RAJA QAISER HAN tenang di atas kuda putihnya melepasi banyak mata yang memandang tepat ke arahnya. Kebanyakan manusia ini kelihatan terkejut kerana melihat Putera Mahkota turun padang hari ini.

"Kacaknya!"

"Hensem!"

"Siapa itu? Tampan sungguh."

"Itukah Putera Mahkota?"

"Wah persis ayahandanya."

Raja Qaiser Han senyum ke arah sekelilingnya tanpa memandang satu pun mata orang-orang di situ.

Tak berani nak bertentang mata dengan sesiapa.

Sarahana Sayang pula yang rasa rimas dengan pandangan ramai orang ke arah mereka walaupun bukanlah tepat ke arahnya. Ya Allah, tak rimas ke Putera Mahkota macam ni?

Amariz Azwar menepuk perlahan peha kuda Putera Mahkota itu. Tanpa amaran, kuda itu terus melibas ekornya ke muka Amariz sebagai tanda dia tak suka disentuh di situ. Agak kuat. Memang sakit kalau kena libas dengan ekor kuda.

Dan Amariz terus buat muka. Cis!

Sarahana Sayang di belakang sudah gelakkan Amariz. Dah tahu kuda tu dari tadi anti dengan dia, lagi dia nak cari fasal.

PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD)Where stories live. Discover now