•CERITERA 20•

8.6K 872 170
                                    

SARAHANA berlari-lari anak ke arah dapur apabila mendapat pesanan dari Aya bahawa kak Adryanna memanggilnya. Tak ubah seperti lipas kudung sahaja tingkahnya ketika itu.

Ya Allah.

Apa pula yang kak Adryanna mahukan ni?

"Kak!" Sarahana terus berlari mendekati Adryanna yang diam berdiri di dapur. Sarahana tercungap-cungap mencari nafas.

Fuh!

"Kak nak apa cari Puteri ni?" Tanya Sarahana.

Adryanna senyum misteri. Tab di tangan dibawa rapat ke dada. Sebelah tangan turun menolak teko putih dan keemasan di atas meja ke arah Sarahana.

Sarahana terkedu melihat teko itu.

Teko ini...

Petanda buruk ni. Dia punya pengalaman buruk dengan spesies binatang berbulu bernama teko. Petanda buruk!

"Apa ni kak?" Tanya Sarahana perlahan. Tidak terkelip mata memandang wajah Adryanna.

"Teko ini khas untuk hidangan Putera Mahkota. Mustahil Puteri tak tahu teko ini digunakan untuk apa." Ujar Adryanna perlahan.

Berkerut dahi Sarahana.

"Tapi kak. Kak tahu kan yang Puteri punya... pengalaman yang menakutkan dengan teko seperti ini?" Ujar Sarahana.

"Jangan risau. Teko itu sudahpun dibuang oleh pihak istana. Ini teko baru. Putera Mahkota dapatkan teko ini khas daripada seorang tukang kaca dan tembikar diraja dari Tanah Besar Qin." Ujar Adryanna. Dia mengerti jika Sarahana masih trauma dengan peristiwa itu.

"Jadi? Kenapa dengan teko ini?" Tanya Sarahana keliru.

"Sarahana perlu buatkan kopi kegemaran Putera Mahkota."

"Tak nak!" Sarahana terus menggeleng laju mendengar kata-kata Adryanna. Pantas dia berundur menjauhi Adryanna.

"Kak! Puteri tak naklah. Puteri... Puteri takut..."

"Kenapa mahu takut? Sekadar kopi sahaja. A coffee can't kill you indeed."

"But surely a coffee almost get me killed." Balas Sarahana Sayang.

Adryanna mahu membalas tapi seketika kemudian dia jatuhkan kepala.

"Well. That makes sense. Tapi tak apa. Kali ini, Puteri buat dan kakak sendiri yang pantau sebagai saksi. Biar kakak yang bertanggungjawab." Ujar Adryanna. Masih berusaha memujuk Sarahana.

"Tapi kak. Kenapa Puteri? Kan ada dayang lain yang boleh buat." Kata Sarahana. Masih tak yakin. Masih trauma dan takut.

"Puteri. You know his favourite."

"Yea but it can't be just me. Mesti ada orang lain yang lebih arif tentang Putera Mahkota. It is not like i'm the only one who knows His Highness's favourite." Bebel Sarahana. Masih membantah.

"Ish Puteri ni. Buat je lah. Karang kakak potong markah latihan lapangan Puteri ni. Biar gagal ujian akhir. Nak?"

"Eh tak apa. Puteri laaaagi suka. Lagi bagus. Nanti tak perlulah Puteri susah-susah nak kerja istana lepas ni. Duduk rumah goyang kaki je. Lagi senang." Jawab Sarahana.

Adryanna buat muka. Pasrah sahaja mendengarnya. Dah nama pun Puteri Sarahana Sayang. Pemegang takhta juara debat di sekolah menengah tinggi selama tiga tahun berturut-turut.

Hmmph. Memang susahlah nak lawan mulut bertih jagung dia tu.

Tapi ini Adryanna lah. Mana boleh kalah.

"Betul juga tu. Lepastu ayah long terus kahwinkan Puteri kalau ada orang mahu masuk meminang. Haa. Cepatlah sikit kakak dapat timang baby dari Puteri." Bidas Adryanna. Kalau Sarahana tu bertih jagung, Adryanna pula mesin popcorn.

PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD)Where stories live. Discover now