•CERITERA 28•

10.4K 862 153
                                    


SARAHANA diam duduk di taman botani Istana Putera. Di biar sahaja keluarganya berbincang dengan keluarga Putera Mahkota di dalam sana.

Sarahana mahu menangis.

Dia tak mahu kahwin. Bukan sekarang. Bukan dengan Putera Mahkota.

Sarahana senyum sahaja.

Mengenang nasib diri.

"Ana?"

Sarahana terus membatu. Tahu siapa pemilik suara itu.

"Kenapa Ana duduk sorang diri di sini?" Tanya suara lembut itu.

Tapi Sarahana terus mendiamkan diri.

"Ana... marahkan beta?" Suara Raja Qaiser Han berubah kendur. Tiba-tiba dia rasa bersalah.

"Tak. Tapi kenapa Tuanku pilih saya?" Tanya Sarahana pula.

Raja Qaiser Han senyum nipis.

"Raja tak lengkap tanpa permaisuri. Oleh sebab itu bonda dan ayahanda beta datang merisik Tuan Puteri Sarahana Sayang. Untuk menjadi isteri beta."

"Tuanku tak tahu kah seperti apa saya orangnya? Kalau Tuanku tahu, adakah Tuanku akan undur diri?"

"Ana. Bila beta sudah memilih, maksudnya beta takkan undur diri. Dan akhirnya, beta pilih Ana dan beta tekad untuk jadikan Ana isteri beta."

"Tapi saya tak sukakan Tuanku. Jauh sekali ada rasa cinta untuk Tuanku. Macam mana saya mahu teruskan hidup dengan Tuanku kalau memang benar saya tak ada rasa apa-apa terhadap Tuanku?"

Raja Qaiser Han terdiam mendengarnya. Sumpah rasa sakit mendengar kata-kata itu tapi... Tapi ikhlas dia mencintai Sarahana dengan sepenuh hatinya.

Sarahana gigit bibir bawah melihat wajah Raja Qaiser Han yang berubah mendung itu. Dia tak berniat mahu lukakan hati lelaki itu. Tapi dia hanya jujur sahaja.

"Ana. Takkanlah tak ada rasa cinta sedikitpun dalam hati Ana untuk beta?" Rapuh.

Sarahana diam. Suara rapuh itu membuatkan hatinya rapuh sama.

"Beta faham. Beta tak ada hak nak paksa Ana. Baiklah. Kalau memang itu yang Ana mahu, kalau memang itu satu-satunya cara supaya Ana bahagia, beta reda."

Sarahana terkedu. Pandangan mata karamel cair yang berkaca itu membuatkan Sarahana terkelu dan tak mampu berbicara.

Jahatkah aku?

Terlalu kasarkah aku?

"Tuanku..."

Sarahan kembali terbisu melihat senyuman nipis yang penuh terpaksa di bibir lelaki itu.

"Jika itu yang Ana mahukan, beta reda. Beta sendiri akan undur diri." Setelah itu, Raja Qaiser Han terus bangkit dan berlalu pergi.

Sarahana dapat rasakan bagai ada sesuatu menghempas kasar hatinya.

Ya Allah.



RAJA QAISER HAN diam melihat wajah-wajah ceria di hadapannya. Ayahanda dan bondanya tersenyum penuh gembira. Putera Riayatun Shah dan isterinya tersenyum lebar sama.

Dan Raja Qaiser Han rasa berat hati mahu menghancurkan kebahagiaan itu.

"Ayahanda, bonda. Tuan Putera dan Cik Puan. Saya... saya mahu minta maaf."

Semua diam memandang wajah mendung Raja Qaiser Han. Lama.

"Kenapa Qaiser? Ada apa-apakah?" Tanya Permaisuri Ratu Anggun Anding Kesuma. Risau wajahnya melihat wajah mendung anak lelakinya itu.

PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD)Where stories live. Discover now