•CERITERA 1•

9.3K 681 17
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



     TOK! TOK! TOK!

"Masuk!"

Automatik pintu kayu berukiran flora itu terkuak luas. Muncul wajah Madam Selena dan beberapa orang dayang. Dayang-dayang itu turut menolak satu rail yang penuh dengan baju-baju yang disediakan khas untuk puteri raja seorang itu.

Sarahana Sayang ternganga. Dia mendengus perlahan sebelum pejam mata rapat.

Ya Allah!

"Untuk apa ni madam?"

"Untuk Tuan Puteri. Puan besar sudahpun sediakan semua ini untuk Tuan Puteri ke kuliah hari ini. Jadi Tuan Puteri tinggal pilih sahaja." Ujar Madam Selena.

Sarahana tak tahu nak rasa gelak ke nak rasa marah.

"Tapi saya bukan budak-budak madam. Saya dah besar dan saya boleh pilih baju saya sendiri. Tidak mengapa, saya akan pilih yang mana saya nak pakai. Jadi awak semua bolehlah keluar dulu ya." Sarahana senyum lebar. Senyum yang sengaja dibuat-buat agar mereka mengerti.

"Baiklah. Tetapi sebelum itu, kami akan sediakan air mandian Tuan Puteri ya. Atiya dan Yana boleh sediakan mandian Tuan Puteri sekarang." Arah Madam Selena. Tegas. Penuh berwibawa. Dia kemudiannya mengatur langkah mahu keluar dari bilik itu.

"Baik madam."

Membulat mata Sarahana apabila melihat dua orang dayang itu mula melangkah ke pintu tandas. Pantas dia berdiri di hadapan pintu tandas. Lebih tepat lagi menghalang laluan Cik Atiya dan Cik Yana.

Semua di situ memandang pelik wajah Sarahana yang tersengih-sengih macam kerang busuk di tempatnya.

"Tak mengapa. Saya tahu nak sediakan semuanya sendiri. Awak semua boleh pergi ya?" Sarahana terus memegang dulang berisi pati haruman bunga mawar dan krim mandian. Dia cuba menarik dulang itu ke arahnya namun dayang itu mengemaskan pegangannya di situ.

Terus bengang wajah Sarahana melihatnya.

"Lepas."

"Maaf Tuan Puteri. Kami telahpun diberi arahan oleh madam untuk tidak benarkan Tuan Puteri sediakan mandian Tuan Puteri dengan sendirinya."

"Jadi? Awak rasa ada saya kisah?" Bidas Sarahana dengan wajahnya yang serius.

Diam. Semua dayang-dayang di situ terus berpandangan sesama sendiri.

"Tapi Tuan Puteri..."

"Lepas." Sarahana menjeling dulang di tangannya.

Atiya akur walaupun rasa berat hati. Dilepaskan jua dulang itu ke tangan Sarahana Sayang.

Sarahana senyum manis.

"Tunggu apa? Rasanya awak semua sudah boleh keluar kut." Ujar suara lunak itu. Memang lunak tapi masuk je dalam gegendang telinga jadi macam menyeramkan pula.

PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD)Where stories live. Discover now