•CERITERA 18•

8.6K 784 103
                                    

PUTERA MAHKOTA tenang melangkah masuk ke dalam Hospital Besar diRaja Inderaloka. Langkahnya kemas dan berwibawa. Menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.

Namun wajahnya serius. Langsung tiada senyuman seperti biasa.

Sebaik sahaja tiba di bilik wad diraja yang menempatkan Sarahana Sayang, pintu itu ditolak kasar dan terus terus masuk ke dalam.

Langkah Raja Qaiser Han terhenti. Nafasnya juga bagai terhenti sama. Terkaku persis patung.

Empat orang lelaki bersut kemas yang mengiringi Raja Qaiser Han terhenti sama. Mata mereka terkebil-kebil melihat katil pesakit itu.

Kosong.

Katil yang menempatkan Sarahana sudahpun dikemas rapi. Tiada tanda-tnada kewujudan manusia di situ. Ke mana pula perginya Sarahana ini?

Seorang jururawat pelatih yang sedang memegang dulang di tangannya terus terkedu saat melihat susuk tubuh Raja Qaiser Han.

"Mana pergi pesakit di dalam bilik ini?" Tanya Seth apabila Raja Qaiser Han cuma mendiamkan diri sahaja.

"Sa... Saya tidak tahu. Saya hanya menerima arahan untuk mengemas bilik wad ini sahaja. Saya... Saya tidak tahu." Balas jururawat itu.

Raja Qaiser Han melepaskan keluhan sebelum terus melangkah keluar dari bilik itu. Kakinya diatur menuju ke bilik Doktor Zaira.

"Aku dan Iskandar akan mengiringi Putera Mahkota. Seth dan Amariz pergi turun. Cuba cari Sarahana. Mungkin dia baru sahaja dibawa keluar." Ujar Hatta memberi arahan.

Seth dan Amariz jatuhkan kepala dan bergegas pergi dari situ. Mula mencari.

Hatta menepuk bahu Iskandar dan mereka sama-sama mengejar langkah Putera Mahkota.

Raja Qaiser Han mengetuk pintu dihadapannya.

"Masuk."

Serentak itu pintu dikuak kasar. Doktor Zaira yang sedang menganalisa sesuatu di paparan X-Ray terus berdiri tegak melihat Raja Qaiser Han. Terkejut dia melihat Putera Mahkota itu.

"Tuanku?!"

"Maaf mengganggu. Tapi boleh saya tahu ke mana dayang saya pergi?" Tanya Raja Qaiser Han. Wajahnya penuh berharap memandang wajah bingung Doktor Zaira.

Doktor Zaira menggaru belakang kepala yang tidak gatal. Tubuh dibongkokkan.

"Ampun Tuanku. Saya menerima arahan daripada Chairmain Hadry bahawa dia telahpun menukarkan doktor yang merawat Cik Sarahana kepada doktor lain. Saya bukan lagi doktor Cik Sarahana jadi maafkan saya. Saya memang tidak tahu apa-apa." Jelas Doktor Zaira tenang.

Raja Qaiser Han nanar mendengar kata-kata itu. Keluhan berat terlepas dari bibirnya. Terus diri diterpa rasa risau.

Ke mana pula Sarahana dibawa pergi?

"Tapi Sarahana tidak apa-apa kan?" Tanya Putera Mahkota.

"Pagi tadi pesakit mengalami SCA because her heart was weak. But we've performed immediate CPR, and thank goodness ROSC happened. Alhamdulillah semuanya terkawal dan keadaan Cik Sarahana kembali stabil. Tapi ampun Tuanku, selepas itu saya tak tahu apa-apa memandangkan saya bukan doktor Cik Sarahana lagi." Ujar Doktor Zaira. Sebagai doktor, mula-mula rasa pelik dan sedih juga bila pesakit ditukarkan kepada doktor lain. Seolah-olah dia bukan doktor yang terbaik untuk merawat pesakit namun dia mengerti. Pasti ada sebab mengapa Tuan Besar Hadry memberi arahan sebegitu rupa.

Raja Qaiser Han meraup wajah. Baiklah. Dia cuma mampu berharap Sarahana mendapat rawatan yang lebih baik.

Ya Allah.

PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD)Where stories live. Discover now