•CERITERA 25•

10.1K 837 102
                                    

RAJA QAISER HAN yang sedang memasang butang baju celoreng hijau tua di tubuhnya hanya merenung jauh ke dalam pantulannya di cermin besar di hadapannya.

Kata-kata bonda semalam membuatkan hatinya terasa berat sahaja untuk melangkah hari ini.

Dia tahu bonda risau akan keselamatannya. Tapi dia seorang lelaki. Seorang Raja. Apa gunanya menjadi seorang pemimpin jika tidak mampu lakukan yang terbaik demi rakyatnya.

Lagipula Raja Qausar ada. Ringan sedikitlah rasa yang ada. Sekurang-kurang jika ada apa-apa yang jadi, Raja Qausar ada. Boleh gantikan tempatnya.

Raja Qaiser Han menarik nafas dalam-dalam.

Rahangnya bergerak-gerak.

Putera Izzaril mungkin fikir yang bahawa seorang Raja yang pasif sepertinya senang dipijak sesuka hati. Tetapi dia tak tahu sejauh mana seorang Raja Qaiser Han boleh hilang kawalan.

Pasif tak bermakna lemah.

Dalam diam, ada panasnya.

Dan dia tak akan berlembut lagi dengan putera dari Kota Berampai itu.

Takkan sesekali.

"Tuanku!"

Seth muncul. Dada berombak kasar bersama nafas yang semakin laju.

Raja Qaiser Han terus pusingkan tubuh dan memandang lama wajah tegang Seth.

"Ada apa-apa masalah?" Tanya Raja Qaiser. Soalan demi soalan mula bermain di fikiran saat melihat wajah Seth.

Kenapa?

RAJA QAISER HAN berlari-lari laju menuju ke rumah Tok Ramdi sebaik sahaja menerima berita itu.

Dilihatnya suasana agak riuh.

Penduduk kampung pinggiran Inderaloka berlari ke sana ke mari. Membantu memberi air dan bantuan kepada tahanan yang tiba dari Kota Berampai.

"Tuanku!"

"Tuanku!"

Penduduk pinggiran Inderaloka terus terdiam saat melihatkan susuk tubuh Putera Mahkota yang lengkap berpakaian celoreng tentera itu.

Raja Qaiser Han memandang sekelilingnya. Ada ramai manusia yang berbaring dan bersandar lemah di mana-mana. Wajah mereka kelihatan pucat. Kelelahan dan dehidrasi.

"Hatta?"

"Tuanku." Daeng Hatta terus merapat Raja Qaiser Han apabila diseru.

"Telefon Dr. Hadran. Minta dia hantar pasukan medik diraja ke sini dengan segera. Sekarang!" Arah Raja Qaiser Han tenang.

Daeng Hatta menjatuhkan kepala. Lantas di menjauhkan diri dan mengeluarkan telefon bimbitnya.

Raja Qaiser Han terus mendekati seorang lelaki yang sudah agak berumur yang bersandar di anak tangga. Wajah lelaki itu sudah pucat lesi. Lantas jari dilarikan ke pergelangan tangan lelaki itu. Mata pula dikalihkan ke arah jam tangan di pergelangan tangannya.

Mahu memeriksa nadi lelaki itu.

Lemah.

"Pak cik? Pak cik tak apa-apa?" Tanya Raja Qaiser Han lembut.

Lelaki itu menggeleng lemah. Memberitahu yang dia tak apa-apa.

Raja Qaiser Han tersentak apabila lengannya ditarik tiba-tiba. Lantas dia memusingkan tubuh. Ternyata ada seorang budak kecil yang kotor menyapa pandangannya.

Raja Qaiser Han tersenyum sebelum menyentuh lengan budak itu lembut.

"Nama siapa?"

"Mamat." Jawab budak itu. Kelihatan takut-takut sahaja wajahnya.

PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD)Where stories live. Discover now