𝔖𝔞𝔯𝔞𝔥𝔞𝔫𝔞'𝔰 𝔏𝔦𝔱𝔱𝔩𝔢 𝔗𝔞𝔩𝔨

8.7K 673 35
                                    


• ° • ° { ﷽ } ° • ° •

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

• ° • ° { ﷽ } ° • ° •

NAMA diberi Puteri Sarahana Sayang. Orang cakap aku ni cantik. Persis seorang puteri.

Tiberr!

Aku berasal dari keluarga diraja. Moyang aku dulu merupakan seorang Tunku. Tunku Salsabila Aminah. Dia seorang yang tidak sukakan hidup sebagai orang bangsawan. Ingin dikahwinkan dengan bakal Raja dari kerajaan jiran sebelah. Tapi dia menolak dan memilih berkahwin dengan orang biasa iaitu Putera Wazir. Maka, tiada lagi Tunku dari keturunan moyangku. Klise sampai rasa macam nak baling phone bukan?

That's how reality works honey...

Dan, aku ada dua identiti yang berbeza. Tapi bukan masalah identiti atau mental ya. Bukan! Alhamdulillah aku sihat.

Di istana, aku adalah Puteri. Kasar. Suka memberontak dan of course suka buat hal. Tak ikut ciri-ciri istana dan selalu langgar protokol. And i act like i care!

Di luar istana, aku adalah Sarahana. Si gadis yang lemah lembut. Lagi bersopan santun orangnya. Aku hipokrit? Kind of. Sebab di luar istana, aku bebas menjadi sesiapa sahaja yang aku mahukan.

Rasa-rasanya aku sama macam nenda Salsabila cuma versi amatur. Masih Noob.

Aku ada tiga orang abang dan tiga orang adik lelaki. Yup. Aku seorang je perempuan. Umi dan ayah jaga aku sangat-sangat. Didik aku bagaimana hidup dengan suasana diraja. Ajar aku protokol diraja dari kecil sampai besar. Sebab itu lah aku...

Troublemaker!

Hahah! Bukan selalu aku jadi budak nakal. Sikit-sikit saja.

"Sayang!"

Dan aku paling pantang kalau ada orang panggil aku macam tu. Memang aku hempuk sesiapa sahaja yang panggil aku dengan nama itu. Especially lelaki.

Jangan pelik kenapa nama aku ada sayang. Nama orang boleh ada cantik. Boleh ada molek. Takkan sayang tak boleh. Well we are unique.

Dan... jangan salah faham. Bukan aku tak suka nama sayang tu. Tapi nama tu terlalu berharga untuk aku. Hanya aku. Jadi sesiapa yang berani panggil aku sayang, aku pelangkung pakai kamus nanti.

Aku student High Royal Universiti of Inderaloka. Selalunya orang mesti ambil art. Mesti ambil seni teater. Ambil seni tari dan sebagainya. Tapi ditakdirkan seorang Sarahana Sayang terpaksa ambil Persiapan dan Protokol diraja.

Meh saya ulang.

Persiapan. Dan. Protokol. Diraja.

Urgh!

Bukan aku tak suka tapi kat istana dah terikat dengan protokol istana. Dekat uni pun kena belajar pasal protokol. Hello. Setakat protokol majlis makan diraja dan sebagainya tu, celah gigilah. Aku dah terbiasa.

Tapi mungkin ada baiknya juga. Aku mungkin dapat lulus dengan gemilangnya nanti. Itupun kalau aku belum muntah darahlah eh belajar pasal protokol. KALAU lah.

Course ni tak ramai yang sudi, sanggup dan mampu ambil. Sebab biasanya hanya yang terpilih dengan biasiswa penuh dan diraja sahaja yang dapat. Macam aku.

Hmmph!

Kalau ada ijazah dalam course ini, secara automatik kau akan ditarik masuk bekerja di istana. Mereka akan lihat pada keputusan kau. Ada yang akan jadi dayang istana. Dayang istana pun bukan boleh buat main-main. Setiap dayang akan ada bahagian masing-masing. Kira macam department gitu. Dan kalau korang betul-betul cemerlang, such as dapat four flat, maka, kau akan jadi ketua dayang. Macam kakak sepupu aku. Dia terus dapat jadi ketua dayang. Gaji pun... Fuh! Meletup mat.

Orang cakap kami yang terpilih masuk dalam course diraja sangat beruntung. Ya. Memang beruntung.

Tapi tidak bagi aku.

Aku tak suka. Aku mahukan kebebasan. Aku mahukan hidup seperti orang biasa.

Ramai orang rasa beruntung hidup seperti Puteri Sara itu. Tapi aku rasa tak selesa. Selalu diperhati pengawal peribadi.

Aku tahu kadang-kadang kedegilan aku mampu buat umi kat rumah pecahkan pinggan sebab bengang. Tapi bagi aku, aku masih muda. Masih berdarah muda. Di saat masih muda inilah aku langgar semuanya. Mungkin bila aku dah matang nanti, aku akan jadi lebih baik.

In shaa Allah.

Kita tak tahu apa yang jadi di masa hadapan kelak. Cuma...

Aku ada tiga future list yang sangat penting walaupun aku tak tahulah akan terjadi ke tidak sebab Allah yang takdir hidup aku. Aku berserah kepada-Nya.

Tapi tak apa. This is just a list of my hope of my unknown future.

1. Ada rumah tepi pantai.

2. Aku tak nak kahwin dengan kerabat diraja.

3. Suami penyayang.

4. Keluarga bahagia.

See? Easy.

Piece of cake.


PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD)Where stories live. Discover now