BDTA | 3

4.1K 168 3
                                    

You don't meet people by accident. There's always a reason or a blessing.
---

PEJABAT SMK HELANG

Haih lega akhirnya jumpa juga pejabat. Penat dah pusing-pusing satu sekolah semata-mata nak cari pejabat.

Tak sangka sekolah kat bandar ni besar tak macam di kampung. Hajat memang nak bertanya dekat cikgu atau pelajar yang lalu lalang, tapi masalahnya sekarang ni sunyi sepi aje sekolah. Memang semua tengah exam macam along ke apa ?

"Dik." sapa seorang wanita.

Qisya yang tengah tekun memandang pintu pejabat di hadapan tersentak apabila ditegur oleh seorang wanita. Tag nama yang tersemat kemas di baju kurung wanita yang menegurnya dibaca.

Alisa Syamimi.

"Kak, ini betul ke SMK Helang?" perlahan-lahan Qisya bertanya. Mata masih memandang kawasan sekeliling sekolah, mana tahu dia tersalah masuk bangunan ke. Tak akanlah sekolah sunyi sepi macam ni.

"Haah dik, akak ni kerani sekolah. Adik budak baru ke? Baru nak mendaftar?" tanya wanita yang bernama Alisa itu. Bibir wanita itu tidak lekang dari senyuman sambil memandang Qisya.

Kak Alisa ni macam terlebih ramah pula.

"Ya kak. Saya takut tersilap masuk bangunan sebab sekolah ni sunyi sangat." ujar Qisya polos.

"Biasalah macam tu, hari ini ada ujian awal tahun. Selalunya memang waktu peperiksaan berbeza ikut tingkatan, tapi disebabkan sekolah nak buat sukan awal pula tahun ni, itu yang sampai peperiksaan pun buat serentak."

Qisya mengangguk faham. Peluh di dahi diseka menggunakan belakang tapak tangan. Selalunya memang sapu tangan tak lekang di tangan tapi entah kenapa dia boleh lupa bawa sapu tangan pula hari ini.

Hari pertama tukar sekolah dah macam-macam benda pelik terjadi.

"Adik ikut akak. " arah Alisa. Qisya membuntuti langkah Alisa masuk ke dalam pejabat.

Setengah jam telah berlalu akhirnya urusan pendaftaran maklumat telah selesai. Memanglah data sudah ada dari sekolah lama tapi urusan bertambah sulit apabila Qisya meminta untuk menukar kelas.

Sepatutnya urusan seperti ini akan diuruskan oleh guru kelas tetapi memandangkan guru kelasnya sedang sibuk di dewan peperiksaan, tinggal lah Alisa mengambil alih sekejap menghulurkan borang pertukaran kelas.

Sebelum ini Qisya belajar di kelas sastera yang mewajibkan dia belajar subjek seni tetapi di sekolah baru ini, Qisya meminta untuk beralih ke kelas akaun. Teringin nak jadi business woman lah kononya.

"Qisya, rasanya peperiksaan belum habis lagi. Qisya tunggu sini sampai pukul 10 sebelum masuk kelas baru ya. Qisya boleh duduk dekat sofa tu z " kata Alisa.

Alisa menunjuk sofa yang berada di hujung bilik sebelum dia menyambung kerja untuk menyusun fail di rak.

"Baik kak." Qisya mengangguk perlahan.

Langkah kakinya diatur menuju ke sofa yang berada di hujung penjuru bilik. Dia membetulkan kaca mata yang sudah melorot jatuh di batang hidung sebelum membuang pandangan ke arah sekeliling bilik.

Cantik. Bilik yang sederhana besar dilengkapi dengan meja kerja dan sofa untuk menunggu. Kiranya okey la, tak sangka kerja kerani pun ada bilik sendiri.

Sepanjang menunggu, Qisya sempat berbual ringkas dengan Alisa. Tak sangka umur Alisa itu sudah masuk ke fasa 30-an , muka pun comel dan nampak awet muda saja. Dan tak sangka juga Alisa sudah berumah tangga dan mempunyai tiga orang cahaya mata.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now