BDTA | 38

2.8K 129 17
                                    

Apabila kesetiaanku diuji dengan kebohonganmu, keteguhan hatiku mulai rapuh. Rasa sayangku pada dirimu mulai goyah. Sampai satu saat aku mula bertanya pada diriku ini.

Masihkah tersisa perasaan cinta pada dirimu dalam sekeping hati ini walau hanya secebis rasa?
---

"Nah kunci." Segugus kunci Adam letak di atas meja.

Qisya terus memasukkan kunci rumah ke dalam bag tangannya. Kemudian tangannya mengeluarkan buku cek.  "Terima kasih abang Adam. Berapa Qisya kena bayar?"

Adam geleng. "Tak payah bayar apa-apa."

Raut wajah Qisya berubah keruh. "Kenapa pula? Abang Adam takut nak terima duit dari Qisya?"

"Astaghfirullahalazim, Abang Adam tak cakap pun macam itu pun kan." Adam laju menafikan.

"Habis tu? Kenapa abang Adam tak nak terima duit Qisya? Kenapa tiada bayaran?"

"Rumah itu sebenarnya untuk Qisya."

"Tapi bukan ke rumah keluarga kita dijual?" Qisya mula disapa hairan.

Kalau rumah itu benar untuknya, mengapa rumah itu dijual pula?

"Haykal tak pernah jual rumah tu pun, adik. Haykal tak ada hak nak jual rumah tu sebab itu rumah Qisya. Arwah papa bagi pada Qisya." balas Adam.

Dahi Qisya naik berkerut. "Qisya tak faham."

"Sebenarnya itu semua rancangan Haykal. Abang Adam dan akak pun tak tahu kenapa Haykal buat macam tu. Bukannya tak ada orang nak membeli rumah tu adik, tapi Haykal selalu cakap rumah tu dah dibeli orang." jelas Adam dengan lebih lanjut.

Dia sendiri pun tak faham apa fungsi Haykal pergi letak papan tanda 'rumah untuk dijual' sedangkan rumah itu bukan untuk dijual. Itu rumah sah milik Qisya.

Nak bertanya pun faham-faham lah. Adik iparnya tu tak akan menjawab.

"Kenapa mesti letak rumah untuk dijual?" soal Qisya lagi.

Mana mungkin dia lupa, setelah 8 tahun berlalu, tempat pertama yang dia tuju selepas pulang ke Malaysia adalah rumah keluarga mereka.

Tapi apa yang dia dapat?

Papan tanda 'Rumah Untuk Dijual' beserta nombor telefon.

"Macam yang abang Adam cakaplah, abang tak tahu apa sebabnya. Haykal seorang saja yang tahu kenapa dia buat macam tu."

Qisya diam. Sel-sel otaknya sedang aktif berhubung untuk memikirkan jawapannya. Namun perahlah seteruk mana pun otaknya, tetap dia tidak dapat menebak apa yang Haykal sedang fikirkan.

"Itu tandanya Haykal masih sayang adik." ujar Adam bersahaja.

Qisya ketawa kecil mendengar kata-kata abang iparnya. "Sayang? Along dah benci adik, datang dari mana perasaan sayang itu?"

"Adik yakin along tu betul dah bencikan Qisya? Hati manusia kita tak tahu tau. Lagipun adik dengan Haykal tetap adik beradik. Seteruk mana pun adik dan Haykal bergaduh, Haykal tak akan mampu buang adik dari hati dia." Adam cuba menyakinkan.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now