BDTA | 4

3.8K 148 1
                                    

Terpaksa melepaskan? Atau terpaksa bertahan? Hati kau punya jawapannya.
---

Baju hitam atau biru? Blouse atau baju kurung? Skirt atau seluar?

'Aish ambil jela mana mana pakaian pun, kau cuma nak pergi mall je.'

Setelah lama membatu di hadapan wardrobe, akhirnya Qisya memanjangkan tangan mengambil baju blouse yang tergantung paling atas.

Baju blouse berwarna biru navy diambil kemudian dipadankan dengan seluar jeans berwarna hitam. Tangan kiri pula mencapai selendang berwarna putih di dalam almari sebelah sebelum digayakan dengan style yang paling ringkas.

Lilit kiri sikit, kemudian lilit kanan. Lepas itu adjust sampai labuh bawah dada. Okay done!

Jam tangan dicapai dan dipakai di tangan kiri. Kemudian langkah kaki dibawa ke luar bilik.

"Selamat pagi mama, papa! " sapa Qisya riang. Dari jauh lagi dia melihat Puan Adjwa sedang sibuk menghidangkan makanan di atas meja manakala Encik Ikhmal pula sedang membantu Puan Adjwa.

Rasa menyesal pula bangun lambat tadi, kalau tak dah boleh tolong mama.

"Qisya nak pergi mana?" tanya Encik Ikhmal. Pelik pula tengok anak daranya bersiap cantik-cantik pagi ini padahal baru pukul 8 pagi.

"Qisya nak pergi mall." balas Qisya pendek.

Qisya sempat mencium pipi Puan Adjwa yang sedang sibuk menuang teh ke dalam cawan sebelum dia melabuhkan punggung di kerusi sebelah Encik Ikhmal.

"Sunway Piramid ke? Kalau adik nak pergi sana biar along hantarkan. Along pun nak pergi jumpa kawan lepas ini." sampuk Haykal.

Entah dari mana Haykal datang pun tak tahu lah, tiba-tiba muncul kat sebelah. Memang tabiat Haykal suka bagi orang terkejut kut.

Qisya mengangguk setuju. Okey juga tu, jimat duit tambang teksi.

"Tapi sampai mall je. Adik boleh balik sendiri sebab adik cadang nak singgah tempat lain juga."

Qisya menghabiskan suapan terakhir mi goreng sebelum bangkit daripada tempat duduk.

"Qisya nak buat apa pergi mall? Nak beli barang sekolah ke? Mama boleh temankan." pelawa Puan Adjwa.

Lagipun hari ini merupakan hari minggu, jadi dia tidak bekerja dan boleh lah waktu seperti ini diluangkan bersama-sama anaknya.

"Tak apa lah mama, Qisya nak pusing-pusing je . Kalau ada yang berkenan, baru Qisya ajak mama datang lagi untuk beli." tolaknya sopan.

Dia memang bercadang ingin mencuci mata sahaja di mall dan bukannya pergi membeli - belah. Sudah lah tempat membeli belah yang dia nak pergi tu nampak macam mewah, mesti lah barang yang dijual pun semuanya berjenama dan mahal.

Jangan buat-buat tak tahu pula, cuci mata pun satu kegembiraan bagi kaum wanita tau. Sambil cuci mata sambil berdoa dimurahkan rezeki untuk beli sesuatu yang diingini. Tetapi kalau dapat beli, lagi bagus hehe.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now