BDTA | 60

4K 185 17
                                    

Adakah kehadiran dia yang aku
nanti-nantikan?
---

"Home sweet home!"

Haykal tarik senyuman nipis melihat Qisya yang begitu gembira. Pipi pucat adiknya dicuit geram. "Sukanya dia ya."

Pagi ini Qisya sudah boleh dibenarkan pulang ke rumah memandangkan Qisya sudah sembuh. Cumanya yang perlu dipulihkan adalah ingatan Qisya.

Haykal yang hantar Qisya pulang ke rumah hari ini memandangkan Fareez habis syif pada waktu malam. Haykal tidak melepaskan peluang itu untuk berbaik semula dengan adiknya demi menebus kesilapan lalu.

"Mestilah Qisya suka. Duduk kat hospital lama-lama tak boleh buat apa-apa pun, kalau setakat baring je kat rumah pun boleh baring." rungut Qisya.

Haykal menggosok lembut kepala Qisya. Banyak akal pula adiknya. Baring kat rumah dengan kat hospital tu lain sungguh la adikku.

"Qisya pergi naik atas lepas tu berehat. Tunggu suami Qisya balik. Along nak balik dah ni."

"Eh eh. Along nak pergi mana? Along tak tinggal sekali dengan Qisya?" soal Qisya.

Dia fikir kalau ini rumah keluarganya, pasti mereka adik-beradik tinggal sekali. Sama seperti dahulu waktu mereka tinggal bersama.

"Adik tu dah kahwin sayang, along pun dah kahwin. Takkanlah kita berdua nak tinggal serumah macam dulu lagi?"

Qisya mengeluh hampa. "Along tak boleh temankan Qisya ke? Qisya takut."

"Takut apa? Takut dengan Fareez?"

Qisya angguk laju. Entah kenapa dia rasa takut dengan suami sendiri. Seolah-olah bukan Fareez yang dia mahu jumpa setelah dia sedar dari koma.

"Fareez tu suami adik. Adik sendiri yang pilih Fareez sebagai suami, kenapa nak takut dengan dia pula?"

"Qisya rasa ada benda tak kena dengan Fareez."

Jauh di dalam hati Qisya , dia merasakan Fareez itu bukan seseorang yang dia rindukan selama ini. Tapi mungkin rasa ini hadir kerana dia tidak mempunyai satu memori pun tentang Fareez. Mungkin juga, kerana mustahil dia tak rindukan suami sendiri.

"Semua yang adik rasa sekarang hanya mainan perasaan adik je. Along tengok Fareez tu biasa je, dia suami yang baik dan bertanggungjawab. Along approve Fareez jadi suami adik. " balas Haykal.

Dalam hati Haykal, berbagai-bagai perasaan bercampur baur. Takut kalau-kalau adiknya dapat menghidu permasalahan dan hubungan tegang mereka sebelum Qisya hilang ingatan.

"Entahlah, Qisya pun tak tahu kenapa Qisya rasa macam tu. Sejujurnya, kali pertama Qisya buka mata Qisya nampak along kan? Sejujurnya Qisya rasa yang Qisya dah lama tak jumpa along sedangkan doktor Emir cakap Qisya tak sedarkan diri cuma 2 minggu aje. Kenapalah eh rindu Qisya pada along membuak-buak?" ujar Qisya lagi.

Pelukan pertama yang Qisya dapat adalah dari Haykal dan pelukan yang erat itu menggambarkan seolah-olah mereka sudah lama tidak bersua muka.

"Qisya tak sihat lagi sayang, sebab tu Qisya rasa yang bukan-bukan. Jangan risaulah, semuanya akan baik-baik saja."

"Fizikal Qisya dah sihat tapi ingatan Qisya sahaja yang bermasalah sekarang ni. Qisya takut dengan diri Qisya yang tak ingat sebahagian memori ni. "

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now