BDTA | 67

4.4K 268 46
                                    

Aku hanya mahu kamu.
----

"Amin ya rabbal alamin."

Selesai berdoa Qisya melipat sejadah dan menggantung kembali di tempat asalnya. Telekung sudah dilipat kemas dan diletakkan atas besi penyangkut.

Qisya mengatur langkah ke katil. Badannya direbahkan selesa di tengah-tengah katil.

Niat dia nak tidur kembali lepas solat subuh, malam tadi tak dapat tidur sangat sebab asyik bangun je nak muntah. Jadi anggap ajelah ni nak ganti tidur yang terganggu tadi. Solat subuh tadi pun lewat pukul 7 sebab tak sedar, mujur umi yang kejutkan.

Baru Qisya ingin melelapkan mata dia tersentak kerana bunyi bising di tingkat bawah.

"Hish apa bising-bising ni?" Qisya merungut tidak suka.

Kantuk masih tersisa tapi alamatnya tak dapat tidur lah kalau bising gaya nak pecah rumah.

Puas Qisya melekapkan telinganya rapat ke bantal supaya dia tidak dengar sebarang suara tapi masih suara budak-budak menjerit jelas kelihatan.

Ya Allah, sakitnya telinga...

Dengan hati yang mendongkol geram, Qisya turun dari katil dan mencapai shawl malasnya lalu dia keluar dari bilik. Qisya terus berjalan ke ruang tamu untuk mencari sumber suara yang telah menganggu tidurnya.

"Patutlah." Berapa banyak budak tengah berkejar-kejaran di ruang tamu sambil menyorak gembira..

Pagi-pagi yang indah macam ni dah mula main ke adik-adik oii ..

Puan Syafira muncul dari dapur sambil menatang dulang hanya menggeleng kecil melihat perangai cucu-cucu kakaknya.

"Hati-hati Arfan bila main dengan sepupu kamu tu! Jangan sampai terlanggar kak Qisya! Nanti kak Qisya jatuh. Lagi satu, main tu senyap sikit jangan jerit-jerit nanti jiran bising." bebel Puan Syafira sedikit menaikkan suara.

Arfan hanya melayangkan dua jarinya buat 'peace' kepada Puan Syafira.

Qisya senyum lega. Jadi sekarang dia boleh naik ke atas dan tidur balik la kan?

Baru sahaja Qisya ingin menghayun langkah, tubuhnya tiba-tiba dirempuh dari belakang. Kaki Qisya sudah hilang keseimbangan namun nyaris saja Fareez sempat memaut pinggangnya.

Akibat rempuhan itu, wajah Qisya tersembam ke dada Fareez. Fareez mengusap belakang isterinya untuk menenangkan.

"Mak Ngah!"

"Mak Teh!"

"Mak Lang!"

Fareez menjerit kuat memanggil mereka. Budak-budak yang bising tadi kecut perut melihat Fareez.

Serentak mereka bertiga kelam-kabut keluar dari dapur bersama Puan Syafira apabila dipanggil. "Kenapa Fareez?"

"Mana mak ayah budak-budak ni? Kenapa biarkan mereka main kejar-kejar kat ruang tamu sampai bising satu rumah ni? Pagi ni lagi dah kecoh sangat, kenapa?" tegas Fareez bertanya.

"Mak ayah dia orang semua kebetulan pergi outstation serentak. Kami yang jaga mereka sementara tunggu mak ayah dia orang balik." jelas Mak Ngah.

Mak Teh dan Mak Lang turut angguk tanda setuju dengan penjelasan Mak Ngah.

"Fareez tak kisah la semua tu tapi boleh tak suruh budak-budak ni main kat luar rumah? Halaman rumah umi ni luas kan, rasanya lagi best kalau main kat luar tu."

"Kenapa pulak Fareez? Biarlah budak-budak ni nak main kat ruang tamu." bantah Mak Teh sambil bercekak pinggang.

"Kami tengok elok aje dia orang main kat ruang tamu. Biasalah budak-budak, kalau main takkan tak keluar suara." tambah Mak Lang.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now