BDTA | 51

3.9K 207 41
                                    

Mungkin dia yang kau inginkan,
bukannya aku. -Qisya
-----

Qisya membetulkan cermin mata hitam dan mask yang dipakai. Pintu Farmasi Affan ditolak. Rasa lega pula hari ini hari cuti, dia tak perlu bertembung dengan ramai orang.

"Ya cik, nak beli apa?" sapa seorang wanita yang menunggu di kaunter.

"Ubat tidur ada tak?" tanya Qisya .

Masalah insomnianya datang lagi. Hari ini dah genap tujuh hari dia tidak dapat tidur pada waktu malam. Setiap kali dia ingin pejamkan mata, bayangan hitam itu akan muncul menghantui lenanya.

Pekerja itu memeriksa bekalan ubat tidur di dalam rak. "Ada. Cik nak berapa botol?"

"Saya nak lima botol, boleh tak?" Qisya siap menunjuk lima jarinya kepada wanita itu.

Ubat tidur banyak-banyak boleh buat stok. Tak payah dia nak pergi farmasi banyak kali.

Wanita itu menggeleng. "Pembelian melebihi 1 botol kena ada surat doktor. Cik ada surat preskripsi dari doktor?"

Qisya menggeleng berani. Namun belum sempat dia meneruskan bicara, dia tersentak apabila dirinya ditegur.

"Kau gila ke apa?" Naik seoktaf suara Ren bertanya.

"Ren." seru Qisya perlahan.

Di mana Qisya pergi, di situ juga dia akan terserempak dengan Ren. Ren intip dia ke apa.

"Kau nak beli apa tadi? Ubat tidur?" Ren masih dingin bertanya.

Qisya mengaru lengan, rasa malu pula Ren marah dia depan pekerja wanita ni. Pekerja tu tengok dia dengan Ren siap tak berkedip mata.

"Sekejap eh dik." Qisya senyum nipis dan meminta diri. Lengan Ren yang berlapik dia pegang dan tarik sehingga ke kawasan tiada orang.

Qisya mendengus kecil. "Kenapa kau menyibuk? Alang-alang tu boleh tak kau cakap kau doktor aku?"

"Kau suruh aku pura-pura jadi doktor kau supaya kau dapat beli 5 botol ubat tidur? Kau gila ke apa Aulia?" Rahang Ren bergerak-gerak menahan marah melihat wajah selamba Qisya.

Nak minta tolong pun agak-agaklah.

Qisya mengangguk sambil ketawa kecil memandang Ren. "Aku gila? Adalah sikit."

Ren pandang muka Qisya tiada riak."Kau kenapa ni? Kau okey tak?"

"Okey je." Qisya menjawab ceria.

"Dah habis soal siasat kan? Aku boleh pergi sekarang kan?" Qisya ingin pulang cepat. Tak sabar nak makan ubat then tidur untuk seharian hari.

"Aulia." Belum sempat Ren memanggil, Qisya sudah selamat berjalan meninggalkannya di belakang. Laju sahaja langkah Qisya ke kaunter tadi.

"Dik, akak nak beli satu botol je. Tak payah nak surat doktor kan?"

Pekerja itu mengangguk. Satu botol ubat tidur diimbas harga dan dibungkus dalam plastik sebelum diserahkan kepada Qisya.

"Nah kak."

Ren merampas bungkusan itu. Wajah pekerja dipandang serupa nak telan. "No, are you blind? What kind of pharmacist are you? Tak nampak ke dia pregnant?!"

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now