BDTA | 14

2.8K 107 2
                                    

Apa yang berlaku tidak seperti yang aku inginkan. Kenapa? Kenapa aku diuji sebegini, ya Allah?
-Fareez
----

Seminggu sebelum kejadian.

Fareez menilik jam di tangannya. Sudah pukul 8.15 pagi tapi bayang Areesya masih tidak kelihatan. Sempat juga dia joging dua pusingan di taman ini dan kalau sambung lagi sekarang mesti dah boleh sampai sepuluh pusingan pula.

"Sayang." Fareez menoleh ke belakang apabila mendengar namanya dipanggil.

Namanya dah tukar jadi sayang? Haha mengadalah kau Fareez, sebenarnya Areesya yang menukar nama panggilan mereka selepas bertunang. Katanya nak lebih mesra dan manja.

"Dear. Lambatnya sampai. I sempat joging dua pusingan sebab tunggu you."

"You punya pasal la! Ada ke you ajak I pergi dating kat taman ni! Panas tahu tak? Dengan you yang baru lepas joging ni mesti berpeluh satu badan. " Areesya menyilangkan tangannya memandang Fareez tajam. Sempat juga dia menilik penampilan lelaki itu dari atas sampai bawah.

"Baru lah rare sayang, tak akaah I nak ajak you dating kat mall pula. Selalu sangat pergi mall, I bosan. Sekali sekala apa salahnya kita tukar tempat dating." balas Fareez.

"Why not? I memang nak ajak you pergi mall pun untuk beli barang yang I nak bawa esok."

Terbeliak mata Fareez mendengarnya. Dia pergi mall dengan pakaian kasual ni? Pakaian macam nak pergi beriadah ni? Dengan kasut sport pergi masuk mall?

"Eh sayang, you ni agak-agaklah. Tengoklah I pakai baju apa ni, nanti I masuk mall tak pasal-pasal you kena gelak dan I pun kena gelak juga tau."

"Biarlah, I peduli apa. You pakai apa pun tetap kacak la. " selamba Areesya berkata.

Fareez yang mendengar sudah tersengih. Matanya tidak lekang memandang wajah Areesya.

Dia langsung tidak jemu melihat wajah putih Areesya yang bertukar kemerah-merahan kerana panahan cahaya matahari yang terik itu.

'Comel betul cik tunang aku!'

"You nak tenung muka I sampai malam ke Fareez? Tak nampak I dah panas ni?" Areesya mengipas-ngipas mukanya menggunakan tangan. Memang panas sangat ni, Fareez pula ajak main tenung-tenung dah kenapa.

"Kalau boleh apa salahnya sayang."

"Suka hati you lah. You tenung pokok tu sampai malam,  biar I pergi mall sorang -sorang. Mana tahu dapat usya salesman hensem ke." ujar Areesya lalu dia meninggalkan Fareez sendirian di belakang.

" Ish sayang, tunggulah I." Fareez berlari anak menyaingi langkah Areesya di hadapan.

"Tunang dah ada depan mata nak usya orang lain ye? Berani sangat dah tu."

"Selagi belum berkahwin, why not dear? " Areesya menguji lagi. Dia sudah ketawa terbahak-bahak dalam hati melihat wajah cemberut Fareez.

"Sayang!!"

"Sayang!!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now