BDTA | 7

2.8K 134 7
                                    

Aku diberi peluang sama ada untuk melepaskan atau bertahan.. Aku memilih untuk melepaskan.. Tapi, kedua-duanya masih perlukan kekuatan.
---

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun. Pejam celik, pejam celik tak sangka sekarang Qisya sudah berada di tingkatan 5.

Masa berlalu begitu pantas, segala-galanya berubah mengikut peredaran waktu.

Tapi kenapa rasa di hati ini masih tidak berubah...

Hari ini merupakan hari kemasukan Haykal ke sebuah universiti di Johor. Haykal mempunyai impian untuk menjadi seorang penternak yang berjaya.

Apabila Haykal menyuarakan cita-citanya kepada Encik Ikhmal dan Puan Adjwa, mereka hanya menurut dan menyokongnya. Biarlah Haykal ingin menjadi apa pun ketika besar nanti, asalkan tidak membuat kerja kotor sudah cukup baik.

Kerja sebagai penternak pun mulia apa, berbakti kepada haiwan.

"Ma, sudahlah itu." pujuk Haykal. Pelukan di tubuh Puan Adjwa dieratkan lagi .

Adam dan Qistina hanya memerhati. Hari ini mereka yang akan menghantar Haykal ke Johor dan perjalanan mereka tidak dapat disertai oleh Puan Adjwa dan Encik Ikhmal atas kekangan kerja .

Memang pada mulanya mereka ingin mengambil cuti tetapi cuti mereka ditolak atas alasan kerja yang banyak dan perlu disiapkan segera. Puan Adjwa dan Encik Ikhmal sama-sama bertugas sebagai pegawai kerajaan.

Encik Ikhmal yang hanya berdiri dari tadi di sebelah Qisya telah bergerak mendapatkan isterinya. Bahu isterinya ditarik lembut dari pelukan Haykal.

"Adjwa, sudahlah tu. Anak kita nak pergi belajar aje bukan pergi berperang pun."

Puan Adjwa masih lagi menangis. Dada Encik Ikhmal menjadi sasaran tempat kepalanya berlabuh.

Haykal berjalan merapati mereka. "Nanti kalau Haykal cuti panjang, Haykal balik lah rumah. Mama jangan risau, Haykal tak akan lari la. Bila-bila masa je mama papa boleh datang jenguk Haykal dekat sana." pujuk Haykal lagi.

Tangisan Puan Adjwa mulai reda. Puan Adjwa menggengam erat tangan Haykal. "Along tolong jaga diri di tempat orang, jangan buat hal kat sana. Haykal kena belajar sesuaikan diri dengan budaya dan adat orang Johor ."

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

"Ya mama. Haykal ingat pesanan mama. " Tangan Puan Adjwa diambil kemudian dikucup lembut. Haykal berpaling ke Encik Ikhmal pula lalu tubuh tua itu dipeluk erat.

Walaupun Haykal lelaki, tetapi Haykal juga anak manja tambahan dia satu-satunya anak lelaki.

Qisya yang sedang duduk di sofa kembar itu dihampiri. Dia juga mengulang perbuatan yang sama kepada Qisya .

"Adik along yang manja.." gumam Haykal.

"Jaga diri sayang. " sambung Haykal lagi.

Qisya hanya mendiamkan diri. Tangannya mengelus lembut belakang tubuh Haykal.

"I love you, Haykal Iman. Jaga diri."

"I love you too, adik."

"Kita kena bergerak sekarang, takut lambat sampai pula nanti." Adam bersuara.

Haykal mengangguk. "Sekejap abang."

Pelukan dileraikan. Haykal berjalan ke arah luggage yang berada di tepi tangga dan pemegang beg itu ditarik ke luar rumah.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now