BDTA | 23

3.5K 158 7
                                    

Selepas tempoh yang begitu lama, kita bersua buat kali kedua dalam keadaan yang tidak dijangka .
---

Qisya cuba mencelikkan matanya perlahan-lahan. Meskipun kepalanya masih terasa berat lagi, tapi telefonnya dari tadi menjerit minta diangkat.

Perlahan-lahan Qisya memanjangkan tangan cuba mencapai telefon yang berada di sisi katil. Langkah tangannya begitu perlahan sekali mencapai memandangkan badannya terasa lemah.

Nama pemanggil di skrin telefon cuba dilihat. Tapi nombor yang menelefonnya tidak pernah disimpan lagi. Siapa pula yang call pagi-pagi ni?

Qisya berkira-kira sama ada mahu mengangkat panggilan ataupun tidak. Kalau tak angkat takut emergency pula.

"Hello." Qisya menyapa lemah. Nak bagi salam nanti takut bukan melayu.

"Assalamualaikum, ni nombor Qisya kan?" soal suara di hujung talian.

"Waalaikumsalam. Ya saya. Ini siapa?"

Pemanggil itu tergelak kecil. Qisya mengerutkan dahi kerana hairan tiba-tiba saja orang itu ketawa.

"Ini abang Adam la!" ceria Abang Adam membalas.

Qisya menghela nafas kecil. "Abang rupanya."  Lega kerana ingatkan scammer tadi.

"Ya ini abang. Maaf ya kalau Qisya rasa menganggu. Abang terpaksa minta nombor telefon Qisya dari CEO syarikat lama Qisya."

"Mr.Benjamin ya?"

"Iya lah agaknya. Jenuh juga abang nak speaking dengan dia tadi. Abang pun dapat nombor agensi Qisya bekerja tu dekat internet, then abang fikir abang boleh call mereka tanya nombor Qisya sebab abang lupa nak minta Qisya semalam.

"Abang cakap apa pada Mr.Benjamin? Abang tahu kan yang Qisya tak bekerja dengan agensi dia orang lagi?" soal Qisya lagi.

Qisya cuba sedaya upaya untuk bangun dari pembaringan dan bersandar di kepala katil.

"Abang terpaksa cakap yang abang ni agensi baru yang nak sign kontrak dengan Qisya. Then Mr.Benjamin tu cakap lah yang dia tak uruskan Qisya lagi. Pastu abang dengan mudahnya minta la nombor telefon adik abang ni pada dia cakap nak berurusan sendiri dengan Qisya. " Adam tergelak ceria sambil bercerita.

Serta merta Qisya tersenyum nipis mendengar kata-kata abang iparnya.

Qisya berasa begitu terharu sekali apabila mendengar perkataan ' adik abang ' keluar dari mulut Adam. Walaupun mereka hanya sekadar berhubungan sebagai abang ipar dan adik ipar namun Adam tidak sama sekali menganggap Qisya sebagai adik ipar malah dianggapnya Qisya sebagai adik sendiri.

"Terima kasih abang sebab susah payah minta nombor Qisya." tutur Qisya dengan penuh keikhlasan.

"Kecil punya hal la tu. Qisya dekat mana ni? Bukan abang je risaukan Qisya tapi kakak pun risaukan Qisya tau."

Qisya terjeda seketika sambil bebola matanya bergerak-gerak memandang sekeliling.

Pemandangan sama seperti semalam .

"Dekat hotel."

"Hotel?" Kedengaran dari dalam talian, Adam sedang mengeluh panjang.

"Ya bang. Qisya masih di Perak lagi."

Air mata Qisya turun menitis apabila mengenangkan kisah semalam lagi. Lantas comforter digenggam erat supaya tangisannya tidak kedengaran kuat.

"Kenapa Qisya tak balik sana terus? Qisya ada kerjaya, jangan sia-siakan masa depan Qisya." lembut Adam menasihati.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now