BDTA | 68

5.7K 269 66
                                    

Tibalah waktunya aku harus tinggalkan dia..
---

Ke hadapan Fareez Aiman, suami yang saya cintai. Di saat awak terima surat ini, ertinya saya dah tiada untuk menemani awak lagi.

Saya minta maaf, Fareez jika sepanjang perkahwinan kita saya banyak buat awak terasa hati dan susahkan diri awak. Sesungguhnya, saya tidak berniat untuk lukakan hati awak kerana awak adalah suami saya, syurga saya. Saya terlalu ikutkan emosi dan rasa marah saya pada awak sehingga saya menghukum awak sesuka hati saya sedangkan saya lupa yang saya juga pernah berbuat salah pada awak.

Saya minta maaf sayang, saya sangat cintakan awak dari dulu lagi dan saya takut saya akan kehilangan awak pada perempuan lain. Saya tidak rela berkongsi apa yang milik saya termasuk awak. Saya terlampau ikutkan perasaan dan libatkan awak dalam trauma saya sedangkan awak tak tahu menahu dan tidak bersalah langsung dalam hal ni. Saya sedar saya telah banyak berdosa pada awak walhal saya bakal melahirkan anak kita tak lama lagi. Macam mana jika saya tidak sempat untuk memohon ampun dan maaf dari awak dan saya ditakdirkan untuk pergi waktu melahirkan anak kita? Saya takut kalau itu yang bakal terjadi pada saya. Bukannya saya takut akan kematian tapi saya takut jika saya ditarik nyawa dalam keadaan saya belum mendapatkan kemaafan awak.

Saya tak menyesal jika saya terpaksa meninggal untuk selamatkan anak kita. Dan jika saya dipanjangkan nyawa, saya sangat bersyukur. Tapi Fareez, andai saya tidak dijemput ajal lagi, saya ingin meminta izin dari awak untuk lepaskan saya pergi.

Saya tidak meminta untuk berpisah dengan awak, jauh sekali ingin membawa jauh anak kita dari awak. Izinkan saya membawa diri untuk mendapatkan ketenangan dan mengubah diri saya kepada yang lebih baik agar saya tidak membuat tindakan yang salah lagi. Kepergian saya kali ini bukanlah selama-lamanya, saya akan pergi selama setahun saja. Tapi jika saya tidak pulang selepas tempoh setahun, anggaplah saya tidak ingin bersama dengan awak semula. Mungkin itu pengakhiran yang terbaik untuk kita.

Saya tinggalkan Aryan Adwan dalam jagaan awak dan keluarga. Aryan yang bermaksud kekuatan penuh dan Adwan bererti ketenangan. Jika Aryan Adwan telah menjadi sumber kekuatan dan ketenangan jiwa saya sepanjang saya berasa lemah dan ingin mengalah, biarlah Aryan Adwan menemani awak pula semasa ketiadaan saya. Saya harap awak dapat jaga anak kita sebaik mungkin. Saya percayakan awak, sayang.

Fareez, ingat lagi tak pada satu permintaan saya yang saya ingin awak tunaikan dulu? Awak cakap awak akan tunaikan apa saja permintaan saya, biarpun sekali saya meminta harta daripada awak. Saya tidak perlukan semua itu, saya cuma minta awak untuk tunggu saya sehingga saya pulang. Saya tak pentingkan diri kan untuk minta awak tunggu saya? Saya tidak memaksa, ianya cuma satu permintaan dari saya. Namun jika awak tidak mampu memenuhi permintaan ini, saya terima keputusan awak seadanya.

Saya mohon, jangan cari saya selama tempoh ini. Andai memang benar kita ditakdirkan berjodoh, saya akan kembali ke pangkuan awak lagi. Saya cintakan awak, Fareez. Dulu, kini dan selamanya.

Jaga Aryan Adwan baik-baik sebagaimana awak jaga saya dulu. Salam sayang, Qisya Aulia.

Air mata Fareez jatuh menitik membasahi surat yang dipegangnya. Sampai hati Qisya tinggalkan dia?

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now