BDTA | 43

3.4K 163 14
                                    

Rahsia.
Aku punya rahsia . Kau juga sama.
Lalu apa yang membedakan kita?
----

QISYA AULIA MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH?

Qisya mengeluh buat kesekian kalinya. Dia memicit kepala kerana runsing. Kenapa banyak sangat artikel pasalnya keluar sejak dia pulang ke Malaysia? Waktu dia bekerja di Australia, tak pernah pula dia dikaitkan dengan media negatif berbanding di sini.

Artikel palsu pula tu.. Siapalah punya kerja yang sanggup melemparkan fitnah sebegini kepada dia?

Qisya meletak telefon kasar atas meja. Skrin telefon yang tidak ditutup menarik perhatian Fareez yang sedang bersiap-siap untuk ke hospital.

"Sampai bila kita nak macam ni?" Fareez menyoal apabila berita tentang Qisya sudah dia baca sampai habis tak sampai seminit.

Qisya memandang suaminya dari pantulan cermin sambil membetulkan awning tudung. "Apa maksud awak? Kita ni macam mana yang awak tak suka tu?"

"Awak nak kita rahsiakan perkahwinan ni. Sekarang tengok lah apa dah jadi. Ada yang fitnah cakap awak mengandung anak luar nikah padahal ini anak sah kita. Awak tak rasa sakit hati ke bila orang mengata anak kita anak luar nikah?"

Qisya menghela nafas. Pasal artikel tu ke yang membuatkan Fareez berubah nada?

"Fareez, kalau awak fikirkan sangat kata-kata orang, tak ke mana kita. Dia orang semua tahu kecam aje. Jangan risau lah, saya tak terjejas sikit pun dengan berita palsu tu. Career saya teguh, setakat berita palsu macam ni tak bagi kesan besar pada saya."

"Mana awak tahu career awak tak akan terjejas, sayang? Soal mengandung anak luar nikah ni bukan benda kecil tau."

"Tak akan punya. Percayalah cakap saya."

Qisya yakin dengan kata-katanya. Yang tak tahu akan pura-pura tahu dan masuk campur dalam urusan orang lain. Sesuai lah dengan peribahasa, lebih sudu dari kuah. Dia tak rasa satu keperluan untuk beritahu semua orang.

"Memang lah dia orang akan kecam, sebab dia orang tak tahu perkara yang sebenar, sayang. Dia orang tak tahu awak dah kahwin, jadi masuk akal lah awak kena kecam macam ni." Fareez memprotes.

"Selama ni elok je kita rahsiakan perkahwinan kita." Qisya membela diri.

"Itu dulu, sayang. Itu dulu. Kalau berita pasal awak mengandung ni tak viral pun, lama-lama nanti perut awak akan membesar juga. Waktu tu awak nak sorok mana perut awak?"

Kenapa nak rahsiakan perkahwinan ni? Bukan kah perkahwinan itu satu perkara yang baik? Fareez bersedia untuk sebarkan status dia, tambahan dia cuma instafamous. Melainkan Qisya yang harus dijaga reputasi kerana Qisya adalah model.

"Kenapa Qisya? Kenapa awak nak rahsiakan sangat pasal perkahwinan ni?" Fareez mengeluh hampa.
Bahu isterinya dipeluk dari sisi ingin bermanja.

"Sebab saya benci dengan diri saya sendiri yang dah mula terima awak semula dalam hidup saya sedangkan awak adalah punca semua kejadian buruk yang menimpa saya.."

Namun kata-kata itu hanya terungkap dalam hati dan tidak terzahir di bibir mungilnya. Dia lebih rela meninggalkan Fareez dengan perasaan tanda tanya.

"Fareez.." Qisya peluk pinggang Fareez mahu memujuk. "Jangan paksa saya, boleh? Saya janji status perkahwinan kita tak akan dirahsiakan sampai bila-bila, nanti bila sampai waktu tepat saya akan umumkan perkahwinan kita. Waktu tu awak nak ajak saya bersanding secara public pun saya tak kisah, saya ikutkan."

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now