BDTA | 6

2.9K 139 1
                                    

Dalam banyak-banyak benda, benda apa yang susah untuk dijaga selain muka?

Hati sendiri.
---

"Qisya!!"

Qisya mencelikkan kelopak mata dan saat itu wajah Haykal menyinggah pandangan matanya. Dia tersedar dari lena secara mengejut, tercungap-cungap nafasnya seperti baru lepas berlari.

"Adik mimpi apa sampai menangis ni?" tanya Haykal risau. Ubun-ubun adiknya dia usap dan peluh di dahi Qisya diseka lembut.

Tangan Qisya meraba-raba pipi sendiri. Pipinya terasa basah, benar dia menangis.

"Qisya mimpi buruk."

"Pasal apa?" Haykal bertanya kembali. Mimpi apa adikny sampai menangis dan menjerit dalam tidur? Ya tuhan, dia risau.

Qisya menggeleng kepala. "Qisya tak ingat."

"Qisya tidur waktu maghrib, patut lah Qisya mimpi buruk."

Kata-kata Haykal itu membuatkan Qisya terkedu. Qisya pantas melihat jam loceng yang berada di atas meja di sebelah katil.

7.20. Ya, sekarang sedang waktu maghrib. Mungkin itu mimpi mainan syaitan sahaja. Ingat nak tidur sekejap sahaja selepas asar tadi, tak sangka terlajak sampai ke maghrib.

"Pergi mandi dan bersiap cepat. Nanti along suruh mama papa tunggu sekali adik nak solat berjemaah."

Qisya hanya menganggukkan kepala. Tuala yang disangkut di pintu bilik dia ambil kemudian dia berjalan menuju bilik air.

'Sudahlah Qisya, lupakan. Itu mimpi mainan syaitan saja!'

Samar-samar ingatan tentang mimpi buruknya membuatkan hatinya tidak mampu duduk tenang.

Mana tidaknya jika dia bermimpi Haykal sedang memandang bengis dia dan berkasar dengannya. Dia juga bermimpi yang dia menangis di kubur tetapi entah siapa milik kubur itu.

Harap-harap itu hanya mimpi buruk dan tidak akan menjadi kenyataan. Risau dia dibuatnya.

Qisya membuang pandangan ke arah pelajar yang sedang beratur membeli makanan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Qisya membuang pandangan ke arah pelajar yang sedang beratur membeli makanan. Suasana di kantin sekolah riuh-rendah dengan suara para pelajar. Beginilah keadaan pelajar setiap hari sewaktu rehat, semuanya berpusu-pusu membeli makanan demi mengejar masa 20 minit waktu rehat yang diberikan.

Qisya mengalihkan pandangan ke hadapan semula. Kelihatan masing-masing sedang sibuk menjamu selera, semuanya kelihatan gembira sekali maklumlah program Lelongan Amal sudah berakhir. Tambahan lagi Cikgu Siti beriya-iya memuji kerjasama mereka menjayakan program ini sehingga membelanja mereka semua makan di kantin sekarang ini.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now