BDTA | 33

3.5K 190 28
                                    

Semakin lama semakin aku ingin tahu segalanya tentang dia.
---

"Ouch!" Qisya meringis kesakitan.

Fareez yang sedang menjinjing plastik barang di muka pintu terus sahaja berlari mendapatkan Qisya.

"Wife, are you okay?"  Fareez diserang panik. Jari Qisya yang terluka sedikit terus mengeluarkan darah.

"Ya, I'm okay."

Fareez memapah Qisya ke arah sinki. Jari Qisya dibilas dengan air. Qisya memejam mata erat, sakitnya ya tuhan.

Paip air ditutup rapat. "Tunggu sini. Saya ambil ubat sekejap." Fareez berlari masuk ke dalam bilik dan membawa keluar sebotol antiseptik, plaster, iodin dan kain kasa.

Qisya dibawa duduk di kerusi. Botol antiseptik dibuka. Fareez membersihkan luka kecil di jari Qisya menggunakan antiseptik. Seterusnya, Fareez menyapu iodin pada luka. Dan akhir sekali Fareez membalut luka dengan kain kasa dan plaster.

Fareez melakukannya dengan penuh cermat. Qisya hanya merenung wajah Fareez, segala kesakitan yang dia rasa tadi seolah - olah sudah hilang. Dia rasa sungguh terharu melihat Fareez yang begitu ambil berat dengannya.

"Ouch! Sakitnya saya." Fareez mengaduh sakit.

Qisya tersedar dari lamunan. Qisya pula panik melihat Fareez.

"Kat mana? Awak sakit kat mana?" Qisya membelek-belek wajah Fareez, wajah Fareez ditelengkan ke kiri dan ke kanan untuk memeriksa.

"Bukan kat situ sakitnya, sayang."

Qisya menurunkan tangannya kembali. Dia blur. "Habis tu?"

Fareez memegang tangan Qisya dan dibawa ke dadanya. "Saya rasa macam terkena serangan jantung pula bila awak pandang saya tak lepas."

Qisya menumbuk kuat dada Fareez. Ish, suka sangat bergurau.

"Sakit lah."

"Padan muka. Serangan jantung bagai lah. Ingat ni rancangan maharaja lawak mega ke?" Qisya menjeling Fareez.

"Mana saya tak sakit jantung kalau bidadari cantik depan saya ni tenung saya tak lepas. Handsome sangat ke saya, wife?" Fareez tersengih.

Qisya menjulingkan matanya. "Perasan."

"Kenapa jari awak boleh luka ni? Nasib luka ringan je."

"Saya pegang pisau tak betul gaya." Qisya menunjuk pisau yang dipegangnya tadi.

"Tak pernah masuk dapur ke?"

"Eh sorry sikit, saya pandai masaklah."

"Iyalah tu." usik Fareez lagi. Hidung Qisya dipicit lembut.

"Kalau macam tu, biar saya masak untuk makan tengah hari nanti."

"Eh tak payah. Awak nak saya kena bebel dengan umi? Nak saya kena ceramah dengan walid? Dia orang on the way nak sampai dah pun." halang Fareez.

Hari ini Fareez membawa Qisya pulang ke apartmentnya. Sepanjang mereka berkahwin, mereka hanya menetap di rumah keluarga Fareez.

Tapi memandangkan Qisya sudah makin sembuh, Fareez mengajak Qisya untuk pulang ke rumah dia. Puan Syafira ada juga menghalang, tapi mujurlah Encik Raid pandai memujuk Puan Syafira.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now